CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6254|Reply: 16

[Tempatan] Wakil rakyat India mahu tindakan pada penceramah hina agama bukan Islam

[Copy link]
Post time 26-3-2024 03:52 PM | Show all posts |Read mode
Wakil rakyat India mahu tindakan pada penceramah hina agama bukan Islam

https://www.malaysiakini.com/news/700734

Shakira Buang & Zarrah Morden & Isabelle Leong
Diterbitkan:  Mar 26, 2024 1:22 PM
Dikemaskini: 1:48 PM



PARLIMEN l Sekumpulan ahli Parlimen berbangsa India daripada Pakatan Harapan (PH) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap beberapa penceramah agama yang didakwa menghina agama bukan Islam.

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer berkata, mereka termasuk Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu, yang didakwa menghina kaum India beragama Hindu di negara ini.



RSN Rayer

“Semasa perasmian sidang Parlimen baru-baru ini Yang di-Pertuan Agong telah bertitah supaya isu-isu melibatkan 3R (agama, bangsa, raja) ini tidak disentuh.

“(Disebabkan itu) sebagai ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negara daripada kerajaan perpaduan kami bersama-sama ingin menuntut tindakan pendakwaan diambil terhadap Zamri Vinoth.

“Dalam beberapa siri Tiktok yang disiarkan di media sosial Zamri Vinoth telah dirakam sebagai memberi penjelasan tentang dewa Shiva Lingam yang disembah oleh kaum India beragama Hindu di Malaysia.

“Kami bersama-sama ingin menuntut supaya menteri KDN kerajaan perpaduan mengambil tindakan menuduh Zamri Vinoth di mahkamah di atas kenyataan yang telah dikeluarkan,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Hadir sama, aadalah ahli Parlimen Klang, Ganabatirau,, Yuneswaran Ramaraj (Segamat), P Prabakaran (Batu) dan senator Lingeshwaran R Arunasalam.

Senator Sivaraj Chandran yang juga bekas anggota MIC turut hadir dalam sidang media itu.


Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu

Rayer semalam membangkitkan persoalan berhubung tindakan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail terhadap pihak-pihak dan pensyarah agama seperti Zamri dan Firdaus Wong yang didakwa dengan sengaja membuat kenyataan-kenyataan mengguris hati masyarakat bukan Islam dalam syarahan agama.

Pada sidang Dewan Negara, semalam, Ganabatirau juga mempersoalkan mengapa tiada tindakan diambil apabila ada pihak yang cuba menghina agama selain daripada Islam.

“Ada dua individu yang didakwa sebagai pendakwah bebas dilaporkan sentiasa mengkritik agama selain agama Islam, apabila ada 1,008 laporan polis dibuat tapi tiada tindakan, dibawa ke mahkamah dan didakwa tapi masih kata NFA (tiada tindakan lanjut).

“Sedangkan ada pihak yang mengkritik agama (lain) di sebelah sana dalam masa 24 jam ditangkap dan dimasukkan dalam penjara, mana perginya kedaulatan undang-undang dan keadilan yang sama rata kepada semua,” soalnya.



Mengulas lanjut, Rayer berkata KDN perlu bertindak segera berhubung perkara yang dibangkitnya demi perpaduan, keamanan dan kesejahteraa semua kaum di negara ini.

“Kami sepakat, kami tidak mahu mana-mana agama dihina oleh mana-mana pihak dan demi perpaduan, keamanan dan kesejahteraan Malaysia yang diduduki oleh rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa.

“Kami merayu supaya kerajaan pimpinan perdana menteri dan juga khususnya KDN untuk ambil tindakan segara terhadap laporan-laporan polis yang telah dibuat terhadap Zamri Vinoth.

“Kerana penjelasan-penjelasan yang dibuat berunsur satu penghinaan kepada dewa Shiva Lingam yang disembah oleh kaum India di Malaysia,’ tegasnya.

Malaysiakini telah menghubungi Zamri Vinoth dan sedang menunggu maklum balasnya.

Ini bukan kali pertama Zamri berdepan dakwaan menghina Hindu.

Beberapa tahun lepas dia turut berdepan dakwaan sama ketika menyampaikan kuliah.

Setakat ini tidak jelas sama ada Rayer merujuk kepada kes yang sama atau berbeza.

Zamri bagaimanapun ketika itu, setelah direman polis empat hari, berkata tidak mempunyai sebarang niat untuk menghina.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ehh babi ko duduk mslaysia jgn nk arah itu ini
Kat india tu apa puak hindu tak buat kt muslim sana
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 26-3-2024 08:06 PM

Aku dengar kalau gempa Bumi kat Sumatera kuat.

Garis Sesar Plat Sibumasu dan West Malaya akan aktif semua...for sure Batu Caves tu akan runtuh.

Aku pernah bawa ayah adik angkat Indonesia ke situ....dia kata Batu Caves tu tak selamat boleh runtuh. Dia macam boleh nampak benda akan dtg. Kalau gempa kuat Sumatera for sure dia kata boleh runtuh tak payah nak tunggu Plat Sibumasu aktif
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah penyokong2 PH.... PH menang, kafir garang
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
I nak katok mana satu dulu ni?

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Hina menghina
Amalan mulia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2024 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ha ha ha... kan aku dah kata
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Cewahhhh. Kicap kling kling pun nk jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 11:18 PM | Show all posts
Zamri Vinoth cabar Rayer buktikan dia hina agama Hindu
N Faizal Ghazali
Diterbitkan:  Mar 26, 2024 4:35 PM

Dikemaskini: 6:16 PM
2
Pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu mencabar Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer untuk membuktikan dakwaan dia menghina kaum India beragama Hindu di Malaysia.

“Bagi menjawab kenyataan Rayer dan rakan-rakannya, pertama sekali di Parlimen Rayer mengatakan saya telah menghina (agama Hindu).

“Jadi saya mencabarnya untuk membuktikan di mana yang saya menghina (agama itu),” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Baca: Wakil rakyat India mahu tindakan pada penceramah hina agama bukan Islam

Menurut Zamri, Rayer sendiri tidak menjelaskan penghinaan yang dibuatnya ketika membangkitkan dakwaan itu.

Hari ini, sekumpulan ahli Parlimen PH berbangsa India mengadakan sidang media bagi menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar mengambil tindakan tegas terhadap Zamri yang didakwa menghina agama bukan Islam.

“Dalam beberapa siri Tiktok yang disiarkan di media sosial Zamri Vinoth telah dirakam sebagai memberi penjelasan tentang dewa Shiva Lingam yang disembah oleh kaum India beragama Hindu di Malaysia,” kata Rayer dalam sidang media itu.

Mengulas lanjut, Zamri berkata dia hanya membuat penjelasan berhubung dakwaan segelintir penganut Hindu bahawa di dalam Kaabah mempunyai Shiva Lingam.

ADS
Katanya, sekiranya mereka tidak membuat sebarang tuduhan melibatkan Kaabah orang Islam di dalamnya Shiva Lingam, tidak ada keperluan untuk pihaknya menjawab perkara ini.

“Perkara ini pernah timbul beberapa tahun lepas apabila beberapa penganut hindu yang turut membuat video menyatakan ada Shiva Lingam di dalam Kaabah dan orang Islam turut menyembah dewa itu.

“Ketika itu saya buat video menjelaskan tentang apa yang ada di dalam Kaabah. Sudah tentu orang Islam tidak tahu apa itu Shiva Lingam, jadi saya menjelaskan apa maksudnya," katanya.

Dia berkata penjelasan tersebut bukan berdasarkan kefahaman sendiri, tetapi dengan merujuk kamus Bahasa Sanskrit dan Shiva Puranam, iaitu antara teks utama bagi agama Hindu.

“Jadi apabila saya ambil buku (kitab) Shiva Puranam dan beritahu apa maksud Shiva Linggam menurut kitab agama Hindu, di mana datangnya penghinaan dan sensitiviti?,” soalnya lagi.

Zamri berkata Rayer dan ahli-ahli parlimen berbangsa India yang lain sepatutnya meminta penjelasan penganut Hindu yang membuat dakwaan itu.

“Adakah menjawab dakwaan berkaitan Islam dianggap sebagai mencetuskan isu?

“Sepatutnya Rayer cari penganut Hindu yang membuat dakwaan itu, manakala saya hanya menjawab dan menjelaskan,” katanya lagi.

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 11:19 PM | Show all posts
tang mana dia hina? ke rayer tak paham bahasa melayu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan tak paham saja buat tak paham ketegaq nak mampuih…
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 05:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam biasa, macam dlm movie movie dorang, species drama terlebih2 melimpah ruah
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yg pernah gheja dgn kaum ini mungkin lebih faham perangai depa mcm mana...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 08:19 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 27-3-2024 08:25 AM

cari sekali siapa yg mula2 cakap dlm kaabah ade sembah bnde yg dorg ckp tu. amacam?? kalau ok kasi jatoh you punya kapla (senario)
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 03:01 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 03:04 PM | Show all posts
rayer nak jadi hero ka??? podahhhh cittt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.158868 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list