CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9728|Reply: 30

[Politik] Sanusi dicabar saman wanita dedah salah tadbir Kedah Agro

[Copy link]
Post time 26-3-2024 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 1-4-2024 12:53 PM

Sanusi dicabar saman wanita dedah salah tadbir Kedah Agro
Oleh M Hifzuddin Ikhsan - Mac 28, 2024 @ 1:09pm
hifzuddin@bh.com.my


Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.


ALOR SETAR: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dicabar menyaman seorang wanita yang mendakwa berlaku kesalahan tadbir dalam Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) sehingga menyebabkannya menanggung kerugian.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata Menteri Besar Kedah itu wajar memberi penjelasan berhubungan dakwaan wanita yang dikatakan bekas kakitangan KAHB bahawa keuntungan syarikat diambil Perbadanan Menteri Besar (MBI).

"Baru-baru ini tular satu 'posting' di Facebook, MBI telah mengambil untung Kedah Agro, MBI telah mengambil staf Kedah Agro dan MBI lantik Ketua Pegawai Eksekutif dalam kalangan kroni MBI sahaja. Sanusi perlu perjelaskan perkara ini.

"Saya cabar Sanusi untuk bawa orang yang tuduh dia ke mahkamah. Berani kerana benar, jangan nampak takut.


"Sudah-sudahlah jadi 'pembangkang' dalam isu ini, anda wakil kerajaan negeri, guna lunas undang undang yang ada," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.



Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin.


Mengulas lanjut, Shaiful Hazizy sekali lagi mengulangi gesaan supaya Muhammad Sanusi selaku Pengerusi MBI membayar segera gaji 24 kakitangan KAHB yang tertunggak sejak September tahun lalu dan tidak menjadikan alasan Laporan Ketua Audit Negara 2017 untuk mengelak pembayaran gaji berkenaan.

Katanya, semua pihak tahu KAHB mempunyai masalah, namun kerajaan negeri terdahulu termasuk dari Barisan Nasional (BN), PAS atau BERSATU tetap juga berusaha membayar gaji kakitangannya.

"Sanusi perlu berhenti mengatakan tidak mahu bayar kerana akan guna duit rakyat. Apa Sanusi fikir rakyat bodoh sangat... sudah tentu Kedah Agro itu anak syarikat MBI (dan) MBI kena pandai cari dana atau struktur kewangan demi bayar gaji pekerja.

"Siapa suruh Sanusi guna duit rakyat (untuk bayar Kedah Agro), atau Sanusi memang sudah biasa guna duit rakyat untuk bayar syarikat GLC negeri?

"Sebagai Pengerusi MBI, Sanusi kena pandai fikir cara dan cari jalan untuk selesaikan masalah gaji ini atas kapasiti seorang Pengerusi.

"Kenapa zaman BN kita masih berusaha untuk bayar gaji pekerja Kedah Agro. Sebab setiap Menteri Besar tahu itu tanggung jawab mereka, hatta Menteri Besar PAS atau BERSATU, semua bayar," katanya.

Kelmarin, Muhammad Sanusi melalui kenyataan di laman sosialnya menyatakan akan menyaman seorang wanita yang dikatakan melempar tuduhan ke atas MBI dalam isu tunggakan gaji KAHB termasuk mengaitkannya dengan pentadbiran negeri di bawah kerajaan PAS terdahulu.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-4-2024 12:48 PM | Show all posts
Edited by Abahmung at 1-4-2024 12:53 PM

'Sanusi tiada alasan elak bayar gaji pekerja Kedah Agro' - Shaiful Hazizy

Mac 26, 2024 @ 1:36pm

hifzuddin@bh.com.my




ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, digesa berhenti bermain politik dengan segera membayar gaji 24 kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) yang tertunggak sejak September tahun lalu.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata pihaknya kesal apabila Sanusi menggelarkan kakitangan KAHB sebagai lintah kerana didakwa mengambil dana Perbadanan Menteri Besar (MBI).

Jelasnya, Sanusi tidak boleh lari daripada bertanggungjawab dalam kes berkenaan kerana beliau adalah Pengerusi MBI dan KAHB adalah anak syarikat perbadanan itu.

"Terkejut, itu yang boleh saya katakan dengan kenyataan Sanusi yang mengatakan dia tidak akan bayar langsung gaji pekerja Kedah Agro. Lebih teruk, dia kata pekerja Kedah Agro tidak buat kerja, hanya jadi lintah sahaja.

"Siap yakin kata 'saya nak jaga 2.2 juta rakyat, bukan nak jaga perut 24 orang pekerja Kedah Agro sahaja'. Logik akal, 24 pun tak pandai jaga, ada hati hendak jaga 2.2 juta rakyat.

"Pesan saya kepada Sanusi, berhenti main politik, sebab akhirnya, hendak tidak hendak dia kena bayar juga gaji pekerja terbabit sebab Kedah Agro adalah bawah MBI, dan MBI bawah Sanusi," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Shaiful Hazizy mendakwa, Sanusi dilihat enggan mengambil tanggung jawab itu kerana tidak mahu dilihat lemah dalam pentadbirannya sehingga sanggup tidak membayar gaji kakitangan KAHB.

Katanya, kerajaan negeri sepatutnya mengambil tindakan menutup KAHB ketika Sanusi mula menjadi Menteri Besar, sekiranya mendapati syarikat itu mengalami kerugian berterusan.

"Saya kekal berpendirian, kerugian Kedah Agro dan beberapa anak syarikat kerajaan negeri lain bermula pada zaman pentadbiran Ustaz Azizan (bekas Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak).

"Penubuhan beberapa GLC yang hidup segan mati tak mahu pun di zaman Ustaz Azizan, zaman itu juga balak di tebang dengan rakus, faktanya PAS hanya pandai menunggang tapi tak boleh diharap jaga ekonomi dan menjana pendapatan.

"Kenapa selepas empat tahun Sanusi menjadi MB, baru tak nak bayar gaji pekerja semenjak September 2023? Kenapa baru hendak tutup sekarang? Kenapa tiba-tiba emosi dengan 24 pekerja yang menjadi mangsa ini? Kenapa tiada tindakan atau penstrukturan terhadap syarikat? Baru tahu? Sebelum ini buat apa?" katanya.

Berikutan itu, beliau meminta Muhammad Sanusi tidak menggunakan Laporan Ketua Audit Negara mengenai kerugian KAHB bagi mengelak membayar tunggakan gaji segera.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 27-3-2024 06:44 PM

Mcm2 bala kat kedah lepas dia ni ambik alih jadi mb..isu REE lah,rasuah bola lah,litar tak siap lah ,isu air xde mcm2..


Tapi takpalah..janji mb kami semphoiii

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 05:29 PM | Show all posts
Kesiannya, dah la nak raya tak de gaji berbulan2 lepas tu kena panggil lintah pula.  kenapa kalau lintah ke tak buat kerja ke apa, tak close je company dari dulu?  Naya orang betul mamat busuk ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:45 AM | Show all posts
Kereta baru boleh pulak guna duit kerajaan negeri kan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 02:44 AM | Show all posts
Mamat ni kalau kena dekat batang hidung dia, dia punya taichi macam cacing kepanasan. Mengelupur sana sini, tuduh kata tak buat kerja la apa la. Oiii gaji orang oiii haram tu kalau tak bayar. Islam mana yang ajar tak bayar gaji orang.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2024 05:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Macamana la boleh pilih dia ni jadi mb...kerek semacam..mb states lain nampak lah berjenis penampilan tu walaupun ada yg X reti buat kerja...Sanusi ni mmg aku X boleh laaa...kg.com+samseng kg dusun
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 05:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada sesiapa yg arif x pasal bende ni... Mmg kerajaan patut tanggung ke perbelanjaan syarikat glc klu dorang dlm situasi kewangan yg teruk? Jawapn based on law la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
saman je laa.. kita ada undang² buruh.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 09:31 AM | Show all posts
shida81 replied at 27-3-2024 05:58 AM
Ada sesiapa yg arif x pasal bende ni... Mmg kerajaan patut tanggung ke perbelanjaan syarikat glc klu ...

Glc ke tak glc, the company is responsible to pay whatever that is due to the workers.  Ada employment contract kan. Ini sekarang cerita dia is straight forward, Kedah Agro is a subsidiary of MBI.  Now, Kedah Agro kenalah bayar gaji, pinjam kat holding company (MBI) ke camne.  MBI ni pun operations dari duit rakyat, apa cerita si busuk ni cakap tak nak guna duit rakyat pula sebab MBI is owned by the state govt.  Mana state govt dapat duit for investment etc?  beli keta dia yg dia kata tak mewah tu 400K tu?  semua duit rakyat Kedah jugek.  EPF, SOCSO, tax semua dia dah potong tapi gaji dia tak bg..bagero betul.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 09:33 AM | Show all posts
zehra2 replied at 27-3-2024 08:01 AM
saman je laa.. kita ada undang² buruh.

Tu yg Steven Sim dok mediate. Kedah Agro kata akan minta tolong MBI.  Busuk pulak kata staff Kedah Agro lintah tak nak bayar gaji guna duit rakyat (ye le political mileage kan, walaun dengar pun kagum gilos sungguh amanah MB kami).  Ujung2 kalau tak bayar juga, saman la tu nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
nw111 replied at 27-3-2024 05:24 AM
Macamana la boleh pilih dia ni jadi mb...kerek semacam..mb states lain nampak lah berjenis penampila ...

Betul, setuju. Sebab aku tak reti karang ayat macam uols. Nampak takde ketokohan jadi pemimpin, loqlaq semcm ja, cakap pun berterabuq,mesti orang kedah kata dah Kami orang kedah memang cakap bahasa lagu ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa lah kejam sgt tak byr gaji org....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 27-3-2024 09:31 AM
Glc ke tak glc, the company is responsible to pay whatever that is due to the workers.  Ada employm ...

Meaning klu ikut law.. Kerajaan mmg patut byr gj glc klu company tu x mampu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 10:19 AM | Show all posts
ingatkan kk mart je kena boikot.
rupanya penang-agro pun kena boikot dgn kominis

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 11:00 AM | Show all posts
shida81 replied at 27-3-2024 10:15 AM
Meaning klu ikut law.. Kerajaan mmg patut byr gj glc klu company tu x mampu...

In this case, disebabkan parent company dia state arm, kenalah tolong.  Bg pinjaman ke camne.  Nanti bila dah bungkus boleh la MBI jadi one of the creditors.  Kalau tak suruh la another glc tolong yg also bawah state govt.  alah bail out la orang kata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 11:25 AM | Show all posts
Siapa CEO Agro..?? Kenapa diam. Yg banyak bercakap ni org2 luar. Take ownership utk buat proposal, bail out plan, bungkus plan etc. Kesian staff yg teraniaya
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 11:27 AM | Show all posts
apasal plak kerajaan negeri kena bayar gaji swasta?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 11:53 AM | Show all posts
honam replied at 27-3-2024 11:27 AM
apasal plak kerajaan negeri kena bayar gaji swasta?

Kedah Agro bukan full swasta, dia anak syarikat kerajaan negeri.  Parent company dia ialah MBI Kedah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 03:29 PM | Show all posts
Samerosie replied at 27-3-2024 11:53 AM
Kedah Agro bukan full swasta, dia anak syarikat kerajaan negeri.  Parent company dia ialah MBI Ked ...

sebelum ni memang kerajaan negeri ke yg bayar gaji, atau bila dah bermasalah baru minta kerajaan negeri bayar gaji
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 04:18 PM | Show all posts
honam replied at 27-3-2024 03:29 PM
sebelum ni memang kerajaan negeri ke yg bayar gaji, atau bila dah bermasalah baru minta kerajaan n ...

Iye le selama ni gaji derang state govt yg bayar ie MBI.  Busuk sendiri mengaku kan katanya since 2016 MBI inject dana tuk Kedah Agro tuk operasi.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.100344 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list