CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8629|Reply: 6

[Tempatan] Kerajaan jangka raih RM3 bilion hasil kenaikan SST, kata PMX Anwar Ibrahim

[Copy link]
Post time 26-3-2024 04:04 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan jangka raih RM3 bilion hasil kenaikan SST - Anwar

https://www.malaysiakini.com/news/700717

Zarrah Morden & Shakira Buang & Isabelle Leong
Diterbitkan:  Mar 26, 2024 11:47 AM
Dikemaskini: 11:47 AM



PARLIMEN l Kerajaan akan menerima anggaran pendapatan sebanyak RM3 bilion hasil daripada kenaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Dia yang juga menteri kewangan berkata, kenaikan itu juga disebabkan skop serta peningkatan cukai tersebut.



"Melalui skop dan perubahan kadar cukai perkhidmatan ini, kerajaan menjangkakan akan mengutip hasil berjumlah RM3 bilion," katanya di Dewan Rakyat pagi ini pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT).

Bagaimanapun, Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) berkata bahawa jumlah RM3 bilion itu dianggap masih kecil jika mengambil kira perbelanjaan kerajaan.

Cukai perkhidmatan dinaikkan kepada 8 peratus berkuatkuasa 1 Mac lalu berbanding kadar 6 peratus sebelum ini. Bagaimanapun, kadar baru itu tidak melibatkan perkhidmatan telekomunikasi, caj parkir serta untuk makanan dan minuman.

Sebelum ini, kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan Bernilai Rendah (LVG) 10 peratus bagi jualan dalam talian (e-dagang), Cukai Perkhidmatan Digital (DST) lapan peratus, dan Cukai Keuntungan Modal (CGT) serta Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT) yang masing-masing 10 peratus.

Perkara ini diumumkan oleh Anwar atas kapasitinya sebagai menteri kewangan semasa pembentangan Bajet 2024.

Langkah-langkah ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan negara sambil mengurangkan defisit perbelanjaannya.

Sementara itu, Anwar mempertahankan kenaikan SST dengan berkata ia tidak menjejaskan harga barangan keperluan dan perkhidmatan.

Tambahnya, cukai tersebut mempunyai skop yang kecil dan banyak pengecualian termasuk utiliti seperti air dan petrol.

Katanya, ia hanya memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti berkaitan perkhidmatan budi bicara dan aktiviti antara perniagaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 05:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Hebat tak babi terbang terpaling berfikiran ‘mantap’ bekas menteri kewangan terhebat Asia, meningkatkan pendapatan negara
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 05:28 AM From the mobile phone | Show all posts
3 biliyon ringgek sudah habis dibelanjakan oleh penjawat awam yang dapat RM2,000 ringgek tempoh hari
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 05:55 AM | Show all posts
Sebelum ini, kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan Bernilai Rendah (LVG) 10 peratus bagi jualan dalam talian (e-dagang), Cukai Perkhidmatan Digital (DST) lapan peratus, dan Cukai Keuntungan Modal (CGT) serta Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT) yang masing-masing 10 peratus.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tambahnya, cukai tersebut mempunyai skop yang kecil dan banyak pengecualian termasuk utiliti seperti air dan petrol.


........apa benda la ko merepek ni..tarif air seluruh ngra kan baru naik ko dan lapiji kaki temberang ckp x lama lg subsidi petrol ditarik balik.....bila ko dah biasa spin & membelit 1 hari x spin mcm org mengelupor x dpt ganja
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 06:18 AM | Show all posts
aku nak taw sangat poremner yg dok sokong PMX ... apa kata survey sekarang?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2024 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Dengan bangganya dia isytihar dapat kutip RM 3 billion hasil kezaliman mencekik leher rakyat jelata...  3 billion tu la yg ko rampas dari rakyat yg sudah pun sedia terhimpit dengan kelembapan ekonomi hasil pemerintahan gagal PH... Kau memang zalim wahai peliwat tua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.762550 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list