CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9445|Reply: 17

[Tempatan] 2 warga asing ditahan cuba larikan budak perempuan

  [Copy link]
Post time 26-3-2024 04:31 PM | Show all posts |Read mode
2 warga asing ditahan cuba larikan budak perempuan

https://www.freemalaysiatoday.co ... an-budak-perempuan/

FMT Reporters
26 Mar 2024, 01:26 PM


Dua lelaki warga asing yang ditangkap orang ramai sebelum diserahkan kepada polis kerana disyaki cuba melarikan seorang kanak-kanak perempuan di sebuah pasar raya di Klang.

Polis berkata suspek mengangkat kanak-kanak itu yang sedang menaiki eskalator bersama keluarganya di sebuah pasar raya di Klang.

PETALING JAYA: Polis menahan dua lelaki warga asing yang disyaki cuba melarikan seorang kanak-kanak perempuan berusia 19 bulan di sebuah pasar raya di Klang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara S Vijaya Rao berkata dalam kejadian  7.30 malam itu, kanak-kanak terbabit bersama ibu dan ibu saudaranya sedang menaiki eskalator di pasar raya berkenaan.

“Dua warga asing datang dari arah belakang dan salah seorang suspek tiba-tiba mengangkat kanak-kanak itu menyebabkan ibunya menjerit dan menarik semula anaknya.

“Dua lelaki berkenaan cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditangkap orang awam yang berada di pasar raya itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, dua lelaki warga asing itu kemudiannya diserahkan kepada polis.

“Kedua-dua suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda,” katanya.

Vijaya juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu untuk menghubungi IPD Klang Utara atau mana-mana balai polis berhampiran.

Katanya, dua lelaki warga asing itu kemudiannya diserahkan kepada polis.

“Kedua-dua suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda,” katanya.

Vijaya juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu untuk menghubungi IPD Klang Utara atau mana-mana balai polis berhampiran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Warga mana? Beribu ribu taniya la bagi muka sangat kat org asing ramai ramai memeriahkan Malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang2 culik anak orang.

Pegi la culik kaum sendiri.

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempat public pun dah berani nak culik budaj2 depan mak bapak pulak tu

Hati2 lah kalau bawak anak2 keluar terutama tempat2 mall untuk beli belah musim raya nie. Bilik tukar baju pun kena hati2, jgn tinggal anak2 dlm tu bila nak gi ambik baju size lain.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 26-3-2024 05:10 PM
JunkMail replied at 26-3-2024 04:41 PM
Warga mana? Beribu ribu taniya la bagi muka sangat kat org asing ramai ramai memeriahkan Malaysia ni


"takkan 2 orng jer...2 orng jer..buat hal..kita nak antar balik semua...sapa nak majukan Msia kalo drng xde"-Melayu Liberal
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 05:14 PM | Show all posts
the price that malaysian have to pay because of their own lazyness
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2024 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 26-3-2024 05:14 PM
the price that malaysian have to pay because of their own lazyness

warga asing pulok...RAJIN NAU MENCULIK...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 05:34 PM | Show all posts
Skuau replied at 26-3-2024 05:26 PM
warga asing pulok...RAJIN NAU MENCULIK...

Malaysia bawa masuk warga asing sampah...Singapore bawa masuk warga asing berkualiti tinggi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 05:41 PM | Show all posts
berani betul..kira terus rampas je ke..kasi potong la kepala terus
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Klang walaupun ko rakyat tmptn jgn buat pasal. Kalo terlanggar bahu tu cpt2 mintk maaf walaupun bkn ko yg langgar. Ini la hadiah bila negara ambik terlalu rmi warga asing. Tahniah malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhhh..setannya..dh berani nk culik anak org depan2 mata mak... celaka betul..

Hopefully pahala puasa aku x kurang sbb maki bangsat yg selayaknya dimaki
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Leluhur parashit paling hina dan terkutuk di atas muka bumi
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku doakan pasni tangan2 yang bawak masok warge2 asing ni punye anak cucu pulak kene culik.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunjuk kad UNHCR setel la tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 10:14 PM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 26-3-2024 06:43 PM
Aku doakan pasni tangan2 yang bawak masok warge2 asing ni punye anak cucu pulak kene culik.

Ai aminkan doa kaktum.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Wei.. Mall kat klg tu kat mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 12:22 AM | Show all posts
Dia nak buat apa dengan budak 19 bulan tu? Menarik untuk dibongkar.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 27-3-2024 12:22 AM
Dia nak buat apa dengan budak 19 bulan tu? Menarik untuk dibongkar.

Harap pihak polis dan 999 bongkar kes ini...mesti Ada sindiket diblkg penculik nih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.364284 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list