CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8839|Reply: 29

[Tempatan] Sanusi perjelas isu beli kereta rasmi baharu, bukan untuk bermewah

  [Copy link]
Post time 26-3-2024 06:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 26-3-2024 02:06 AM

Sanusi perjelas isu beli kereta rasmi baharu, bukan untuk bermewahROSLINDA HASHIM  -   24 Mac 2024




ALOR SETAR - Pembelian kenderaan rasmi kerajaan negeri dibuat mengikut keperluan termasuk kereta rasmi untuk kegunaan Menteri Besar Kedah.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, setiap tahun kerajaan negeri akan membeli pelbagai aset termasuk kenderaan, dan pada tahun ini memutuskan untuk membeli sebuah kenderaan rasmi Menteri Besar.

Menurutnya, ia berikutan sejak beliau dilantik menerajui negeri ini, pembelian kenderaan baharu untuk kegunaan Menteri Besar belum pernah dilakukan.

“Nombor KCX 8 kereta rasmi MB, sejak saya jadi Menteri Besar, kerajaan negeri tak pernah beli kenderaan baharu untuk kegunaan saya.

“Selama itu, saya gunakan kereta Mercedes Benz yang dibeli bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak pada tahun 2012 dan kereta dibeli Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada 2014,” katanya di sini pada Ahad.

Sanusi berkata demikian ketika ditanya berhubung dakwaan yang tular di media sosial bahawa beliau membeli kereta rasmi baharu bernilai lebih RM400,000 selepas tular foto kereta jenama Hyundai Palisade.

Menurutnya lagi, keperluan membeli kenderaan tersebut adalah bagi menggantikan kedua-dua kereta sedia ada yang kerap mengalami kerosakan, bukannya untuk bermewah.

“Dua-dua Mercedes Benz itu pernah ‘ranap’ tengah jalan, kerap bagi masalah dan sampai ke satu peringkat tidak lagi ekonomik digunakan, namun kita bawa ke bengkel perbaiki sebab nampak macam elok lagi.

“Alat gantian pula mahal, sekali baiki cecah puluhan ribu ringgit. Jadi tidak ekonomik untuk gasak kereta itu lagi,” jelasnya.

Sanusi memaklumkan, disebabkan itu, kerajaan negeri memutuskan untuk membeli kenderaan yang lebih lasak kerana beliau sering membuat perjalanan jauh untuk lawatan kerja.

“Pergerakan kerja saya selaku Menteri Besar sangat banyak, tak tentu masa, dalam sebulan cecah puluh ribu kilometer perjalanan, perlu ada kereta yang lasak.’
“Bukan kereta mewah pun, jenama itu biasa saja. Kalau saya nak beli untuk kegunaan peribadi pun saya mampu tetapi memandangkan dibeli oleh kerajaan negeri, jadi saya guna lah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sanusi menempelak Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin yang cuba mengaitkan pembelian kenderaan tersebut dengan isu kegagalan pembayaran gaji pekerja Kedah Agro, yang disifatkan tiada kaitan.

“Semua yang cemburu dengan kereta itu, tunggu hampa (anda) jadi MB, belilah. Bukan isu pun, dalam politik kalau hanya main isu kereta, lebih elok pergi mengaji Tadika.

“Orang zaman sekarang dah tak bercakap isu kereta dalam politik, dunia sudah jauh ke depan, hampa masih main isu lapuk (kereta).

“Yang bercakap pun kalah banyak dalam PRU lepas, kalah di peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri) lebih banyak masa kalah di peringkat Parlimen,” katanya lagi.

Justeru, Sanusi mencabar Shaiful Hazizy untuk membangkitkan isu lebih mencabar daya intelektual, dan bukan sekadar sengaja menimbulkan kekecohan mengenai pembelian kereta tersebut.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 06:58 PM | Show all posts
nak tunggu komen dari mereka2 yg kritik DSAI dibagi pinjam Mecedis oleh YDPA

btw...

naper x beli Toyota Camry mcm yg DSAI guna
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengar tu, katanya brand biasa2 jr kalau dia nak beli sendiri pun dia mampu.  Wow, banyak sungguh gaji dia ye, kalah PM ke gaji MB ni?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
PAS Kelantan pun pakai mecidis, elok jer.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sanusibat tersenyum sinis



Nak cari kayu, nak cari kayu

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Hg nak beli kereta, beli lah. Nak beli sampai 20 biji pun, beli lah. Tak dak sapa larang klu mmg hampa ada duit. Masalahnya, bayaq la dulu tunggakan gaji kakitangan anak syarikat MBI Kedah Agro tu. Sampai 9 bulan depa x terima gaji. Klu company tu x perform, sepatutnya dari awal lagi hg tutup company tu. Ini dok biaq sampai gaji 9 bulan tertunggak. Malang betui org kedah dapat mb mcm ni.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2024 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 26-3-2024 09:16 PM
Hg nak beli kereta, beli lah. Nak beli sampai 20 biji pun, beli lah. Tak dak sapa larang klu mmg ham ...

Setujuuu...
Kalau ko guna duit sendiri..ko beli lah apa pun nak beli...ini guna Dana negeri kot...kalau ko beli Toyota Camry pun ..byk dah jimat...ke Kedah mmg negeri nih kaya raya...zero miskin tegar etc etc
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 09:24 PM | Show all posts
Last beli 2014? Dah sepuluh tahun kot. Normal lah company car pun biasa dispose ja jual mur2 kat staff. Cari isu lain please.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 26-3-2024 09:16 PM
Hg nak beli kereta, beli lah. Nak beli sampai 20 biji pun, beli lah. Tak dak sapa larang klu mmg ham ...

Dah le tak bayar gaji, siap perlekehkan derang kata derang lintah la bagai. Kalau betul kata nak tutup glc yg bermasalah masa thun 2020 ka apa, kenapa tak tutup dah dekat 4 tahun simpan buat apa sekarang baru ckp derang tak buat kerja la bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 26-3-2024 09:24 PM
Last beli 2014? Dah sepuluh tahun kot. Normal lah company car pun biasa dispose ja jual mur2 kat sta ...

Isu dia ckp tak boleh byr gaji yg tertunggak tu guma duit rakyat tup tup state beli keta 400k kat dia guna duit rakyat ok pula. Boleh je beli hyundai yg rega half that price pun ok tapi tak le kan kena beli paling mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 09:36 PM | Show all posts
Samerosie replied at 26-3-2024 09:29 PM
Isu dia ckp tak boleh byr gaji yg tertunggak tu guma duit rakyat tup tup state beli keta 400k kat  ...

Dia kata dia banyak travel by road serata negeri Kedah nan luas. Kena keter sedap sikit kot kang sakit pinggang lagi susah. Yang ini aku boleh husnuzon lah.

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 26-3-2024 09:36 PM
Dia kata dia banyak travel by road serata negeri Kedah nan luas. Kena keter sedap sikit kot kang s ...

Little man syndrome dia tu hehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2024 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Politician always the same. Bodoh yg dok idolkan geng2 politician ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 09:46 AM | Show all posts
Ada peruntukan utk kereta. Kalau dia nk beli RR Cullinen pun boleh. Asalkan x lebihi peruntukkan. Kalau tak cukup boleh tambah duit sendiri.
Pekerja2 tu kalau dah 9 bulan x dpt gaji. Berentilah. and kenapa nk tunggu 9 bulan. Kerja free atau tak dak kerja nak buat, Sambil2 tu buat Delivery ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 10:58 AM | Show all posts
kena kat muka sendiri tahu plak menggelepoq kan!! Hahhaah
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 11:45 AM | Show all posts
matseh replied at 27-3-2024 09:46 AM
Ada peruntukan utk kereta. Kalau dia nk beli RR Cullinen pun boleh. Asalkan x lebihi peruntukkan. Ka ...

try nusi tak dapat 9 bulan gaji...tak dapat gaji letak jawatan buat delivery

beli kerta pun tak bayar cukai unit CKD sembang 400k
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 12:28 PM | Show all posts
Haritu SADA kan ada belikan dia vellfire juga kan..selama ni tak nampak pun dia naik merc kemana2 datang kl pun naik vellfire ke hapatah.  so pencapaian dia selama 4 tahun adalah pengumpul keta mewah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 03:22 AM | Show all posts
Kita putar dulu Halim!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 03:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Nok Isle ko nok jealous?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bkn utk bermewah, ko beli proton X70 sudah le..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.077627 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list