View: 1923|Reply: 9
|
[Tempatan]
Mental dunia ke 3:Lelaki kiciwa Butik Jadi Tunggang Langgang, Pengunjung Sepahkan Baju Raya
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 27-3-2024 12:25 AM
Kebanyakkan orang memilih datang ke butik untuk memilih baju raya. Ini dapat memudahkan orang ramai melihat kualiti baju dan saiz lebih baik lagi berbanding jika beli secara dalam talian.
Bagaimanapun, baru-baru ini seorang lelaki terkejut apabila melihat sebuah butik baju raya umpama dibadai ombak apabila baju raya bersepah-sepah sampai ke lantai
Menerusi hantaran video TikTok @nfakkkkk, kejadian itu dipercayai disebabkan oleh segelintir pengunjung yang tidak sabar dan gopoh semasa memilih baju raya.
Ramai berasa kasihan terhadap pekerja-pekerja butik itu kerana terpaksa mengemas dan menyusun semula pakaian yang dibuka oleh pelanggan.
Lebih memburukkan keadaan, ada kotak-kotak untuk menyimpan baju raya tidak boleh digunakan kerana sudah koyak teruk.
Menurut warganet, suasana seperti itu di butik tersebut sudah menjadi satu kebiasaan setiap kali tiba musim perayaan.
Sementara itu, warganet menegaskan perkara itu terjadi disebabkan mentaliti ‘pasar’ yang dibawa pelanggan masuk ke dalam butik.
Sehubungan itu, orang ramai meminta agar pihak butik dapat menghadkan jumlah pelanggan pada satu-satu masa untuk mengelakkan perkara itu berulang lagi pada masa hadapan.
Pada masa sama netizen meminta pengunjung yang bakal datang ke butik tersebut untuk tidak sesuka hati membuka kotak untuk mencuba pakaian.
Sebaliknya, dapatkan bantuan para pekerja terlebih dahulu kerana mereka lebih tahu apa yang disusun dalam kedai tersebut.
SUMBER
TikTok @nfakkkkk
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mak aihh terokk nau nau..smpi tahap mcm tu skali beli bju raya..xda pekerja ka |
|
|
|
|
|
|
|
Gituh takda beza dengan PRC yang korang kutuk2 tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ataupon ini marketing sendu? Zaman socmed ni susah mahu kenal fakey dengan non fakey. |
|
|
|
|
|
|
|
marketing nak up kedai ke?
huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Butik mana..X pernah lg tgk butik gini eventho berenyut manusia |
|
|
|
|
|
|
|
Kate tiap thn mcm ni.
Hadap ko ek customers pangai mcm beruk.
Marketing lettew |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun lepas member iols.gi.muaz
MCM Ni juga lah sebab orang ramai nak pilih2 tapi tak keluar dari bundle lagi..
Hoho...
Pening kepala katanya..tapi best la sebab semua murah2.. |
|
|
|
|
|
|
|
konten jelah
korang pun rajin percaya |
|
|
|
|
|
|
|
biasa kan kalau ke kedai stok2 letak tmpt lain takpun sorok bawah rak, yg sample je depa gantung.
ni butik pprt mana humban skali stok berkotak kat
luar hadap je la peel ummah nusantara.
eh kalau marketing....hanattttt. penat je aku komen |
|
|
|
|
|
|
| |
|