CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2906|Reply: 5

[Tempatan] Ada H ada kaya :Lelaki terkejut Pengemis Pandu Honda CRV

[Copy link]
Post time 27-3-2024 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 27-3-2024 12:38 AM

Kejadian seorang wanita pengemis yang didakwa memandu Honda CRV untuk meminta sedekah telah menimbulkan kontroversi di media sosial.




Video yang tular menunjukkan seorang lelaki telah membongkar aktiviti pengemis tersebut sehingga menimbulkan persoalan di kalangan netizen mengenai kejujuran dan niat sebenar golongan pengemis kaya ini.

Dalam rakaman video yang tular, seorang lelaki berjaya memaparkan kegiatan seorang wanita yang didakwa mengemis sebelum kantoi menaiki kereta berjenama Honda.

Wanita tersebut bagaimanapun menafi dakwaan bahawa itu adalah keretanya, namun rakaman video itu juga memaparkan pelekat kenderaan yang menunjukkan kediaman banglo dan semi-D di kawasan elit di Kuala Lumpur.

Rakaman yang tular ini telah mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat.

Individu yang merakam video, yang dikenali sebagai Ikbal, menekankan kepentingan kesedaran masyarakat dalam menyalurkan bantuan kepada pengemis.

Beliau mempersoalkan kejujuran pengemis tersebut serta menyatakan bahawa terdapat saluran yang betul untuk memberi bantuan kepada golongan yang memerlukannya.

Ikbal menegaskan bahawa perkongsian video tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menyelidik dan memastikan bantuan disalurkan kepada yang benar-benar memerlukannya.

Beliau menggariskan bahawa tindakan memberi bantuan harus dilakukan melalui saluran yang sah dan bertanggungjawab, seperti melalui agensi-agensi kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan kebajikan yang berlesen.

SUMBER
X/Twitter
mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by wirazam at 27-3-2024 06:43 AM

Jika jabatan kebajikan etc function..takdenya org nak bagi sedekah kat pengemis pengemis nih...org mesia kan berhati halus dan senang kesian..tambah tambah kalau pengemis Tu kokusen kan...hadaplah..

Aii pernah terserempak dgn org dari belah belah negara Stan Stan tuh..ingatkan nak tanya apa ..rupanya lepas berbual bual kosong pasal Mesia bagus ini ..bagus itu..Tun M ini terbaik..hujung hujung minta duit...yihhhhh sgt..bila refuse..dia pujuk ckp mesia bagus mesia bagus..sambil hulur tangan mintak duit...aii terus ckp sorry & tq dan terus jalan je..diaorg buat ramah rupanya ada udang sebalik mee..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 06:57 AM | Show all posts
hari tu nampak pompuan yg pimpin orang buta jual tisu kat kedai2 makan tu, pun naik hondy city...kaya2 depa ya..scam orang..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Thunderclouds at 27-3-2024 07:14 AM

Abeh tu.
Salah sendri la dh korang jugak enablers nye!
Buat pahala sampai xbertempat.
Patu yg mengemis bwk H, korang bwk viva yg bitter.
Ooo.. Reta doniya katanyehhhhhhh... Akhirat jua yg abadi.
Kah kah!
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
depa ada sindiket. kumpul org kampung ramai², bubuh kat area tertentu. cukup masa tokey kutip bawak balik.
kdg budak² kdg org tua. tk tau ler hasil derma tu share camne
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 09:27 AM | Show all posts
Bukan kereta dia ke kereta dia ke, I mmg tak akan bg duit kat pengemis or peminta sedekah.  derang ni scammer je.  Tak ada phrase, kita sedekah, apa dia buat itu antara dia dgn tuhan, in my dictionary.  baik aku sedekah kat mak, anak buah, sedara mara aku.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.250657 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list