CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17372|Reply: 11

[Politik] 'Tembak kasi mati’, lelaki ugut Dr Akmal diberkas

  [Copy link]
Post time 27-3-2024 01:21 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 27-3-2024 02:33 AM

MELAKA – Polis menahan seorang lelaki yang mengeluarkan kata-kata ugutan bahawa Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh akan dibunuh kerana kelantangannya dalam isu KK Mart berkaitan stoking kalimah Allah baru-baru ini.


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek berusia 68 tahun itu ditahan di sekitar kawasan Kandang petang tadi selepas menerima laporan polis daripada pengadu.


Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang 20 Mac lalu apabila pengadu yang juga pesara kerajaan berusia 62 tahun terdengar suspek iaitu pemilik bengkel kereta di Bukit Duyong meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Dr Akmal berhubung isu KK Mart.


“Suspek telah memberitahu ‘Ketua Pemuda UMNO Malaysia (Dr. Akmal Salleh) banyak lebih-lebih dalam isu KK Mart, satu hari dia pasti kena tembak kasi mati’.


“Pengadu hanya berdiam diri dan tidak melayan lelaki itu sebelum membuat laporan polis pagi tadi kerana tidak berpuas hati dengan kata-kata ugutannya dan bimbang keselamatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu,” katanya.


Mengulas lanjut Christopher berkata, hasil siasatan mendapati, tempat kejadian merupakan sebuah pondok yang didirikan untuk menjalankan kerja-kerja membaiki kereta secara bersendirian bersebelahan rumah suspek.


“Tiada sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan perkhidmatan kawalan keselamatan di kawasan tersebut.


“Hasil soal siasat awal, suspek mengaku telah memberitahu pengadu ketidakpuasan hati terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Akmal Saleh mengenai isu KK Mart,” katanya.


Tambahnya, suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis kerana sakit dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah ugutan.

https://malaysiagazette.com/2024/03/26/suspek-ugut-dr-akmal-ditembak-mati-ditahan-polis/







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-3-2024 05:28 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 09:09 AM | Show all posts

Warga emas ugut bunuh Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh, ditahan

Warga emas ugut bunuh Akmal ditahan

https://www.freemalaysiatoday.co ... unuh-akmal-ditahan/

FMT Reporters
26 Mar 2024, 11:37 PM


Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit, berkata suspek yang juga pemilik bengkel mengaku suarakan rasa tidak puas hati terhadap Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkait isu KK Mart. (Gambar Facebook)

Bagaimanapun individu berusia 68 tahun yang mengalami masalah kesihatan bebas dengan jaminan polis.

PETALING JAYA: Warga emas yang juga pemilik bengkel ditahan selepas disyaki membuat ugutan bunuh terhadap Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh, hari ini.

Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit, berkata suspek berusia 68 tahun dicekup di kawasan Kandang, Melaka, susulan satu laporan dibuat seorang pesara kerajaan berhubung ugutan berkenaan.

Katanya, pengadu berusia 62 tahun memaklumkan ketika berada dalam bengkel di Bukit Duyong pada Rabu lalu, individu tersebut telah melahirkan ketidakpuasaan hati terhadap Akmal yang juga Adun Merlimau kerana tindakan wakil rakyat itu dalam isu KK Mart.

“Pengadu hanya berdiam diri dan tidak melayan lelaki tersebut sebelum membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan kata-kata ugutan suspek dan bimbang keselamatan Adun itu,” katanya lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, hasil soal siasat awal, individu tersebut mengakui memberitahu kepada pengadu ketidakpuasan hati terhadap kenyataan dikeluarkan Akmal mengenai KK Mart.

“Bagaimanapun suspek yang mempunyai masalah kesihatan telah dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 09:25 AM | Show all posts
huhu yang tak puas ati tu bangsa apa tanya je
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 10:29 AM | Show all posts
maknanye org dah bosan tuuu...kena move on... biar pihak berkuasa buat kerja. urghhh
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 01:38 PM | Show all posts
‘Ketua Pemuda UMNO Malaysia (Dr. Akmal Salleh) banyak lebih-lebih dalam isu KK Mart, satu hari dia pasti kena tembak kasi mati’.

Itu ja ayat dia? Boleh lepas ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2024 01:44 PM | Show all posts
epullipan replied at 27-3-2024 09:25 AM
huhu yang tak puas ati tu bangsa apa tanya je

lagi mau tanya ke
hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni macam nak tunjuk hero bagi orang kenal. Almaklumlah sekarang ade isu ni, jadi dia hentam kaw kaw, bagi orang tau sapa dia. Sebelum ni who r yus je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
dia target jadi ahli parlimen jasin kot
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 04:03 PM | Show all posts
muka mcm Jaapar Onn zaman muda..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 27-3-2024 01:38 PM
‘Ketua Pemuda UMNO Malaysia (Dr. Akmal Salleh) banyak lebih-lebih dalam isu KK Mart, satu hari dia  ...

Takda rakaman suara pun.

Pasang lawyer lepas la...tapi kena lawyer yg pandai la. Kalau cokia tak jadi gak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 12:45 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 28-3-2024 12:34 AM
Takda rakaman suara pun.

Pasang lawyer lepas la...tapi kena lawyer yg pandai la. Kalau cokia tak  ...

dapat dalam WhatsApp

This guy is despicable. He's lodged a police report about his having received a purported "death threat" WHEN he's NOT received any death threat from anyone.

What he's saying is that a "God's servant" meaning a fellow Muslim has warned him he could be shot if he continued to talk about the sock issue. But that's ONLY the personal OPINION of that "God's servant" supporter of his and it's not like he's actually received a death threat.

A low life indeed. No. His balls are not shrinking. He is only trying to tell Muslims how courageous he's been and how much he's risking his personal safety to "protect the sanctity of Islam".

And he's only escalating the tensions on purpose. Doubling down on the crisis he's created to score maximum political points.
Writer unknown.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.071980 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list