CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5111|Reply: 0

[Tempatan] PAS Selangor: Jangan biar isu stoking sampai jejas keharmonian negara

[Copy link]
Post time 27-3-2024 09:12 AM | Show all posts |Read mode
PAS S'gor: Jangan biar isu stoking sampai jejas keharmonian negara

https://www.malaysiakini.com/news/700799

Diterbitkan:  Mar 26, 2024 9:53 PM⋅
Dikemaskini: 9:53 PM



Beberapa jam selepas berita mengenai cawangan KK Mart dibaling bom petrol, pemimpin PAS Selangor mengakui kebimbangan terhadap sensitiviti agama tetapi menegaskan bahawa keharmonian Malaysia mesti diutamakan dan dilindungi.

Malay Mail memetik Pesuruhjaya PAS Selangor Ab Halim Tamuri berkata bahawa dia memahami kemarahan umat Islam di Malaysia berhubung isu stoking yang tertera kalimah 'Allah', namun, katanya ia tidak seharusnya sehingga menjejaskan identiti pelbagai kaum negara ini.

“Isu stoking harus dilihat melalui skop yang lebih luas. Dalam PAS, kita bukan hanya melihat kepada isu Allah, tetapi bagaimana untuk menghormati agama lain juga. Dalam negara yang hidup dalam harmoni, anda perlu berhati-hati apabila bercakap tentang isu sensitif.

“Dalam Islam, kita tidak dibenarkan menghina agama orang lain. Sebab itu kita uruskan, kita bincang dengan ilmu dan juga melalui proses penghakiman,” katanya seperti dipetik.

Ab Halim juga dilaporkan menasihatkan ahli politik supaya menjauhkan diri daripada menyemarakkan kontroversi itu untuk kepentingan politik.

Awal hari ini, polis memaklumkan bahawa suspek kejadian membaling bom petrol dirakam melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperolehi dari cawangan KK Mart di Bidor, Perak.

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri berkata, polis kini menyiasat kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat, yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, ahli parlimen DAP Kelvin Yii berkata ahli politik yang menyemarakkan api perpecahan secara tidak langsung bertanggungjawab terhadap cubaan membakar kedai serbaneka itu.

Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh merupakan antara yang lantang menggesa boikot terhadap KK Mart.

Akmal hari ini mengecam tindakan membaling bom petrol itu dengan melabelkannya sebagai "melampau" tetapi menegaskan bahawa boikot mesti diteruskan dengan cara yang "tenang".

KK Mart telah menjadi tumpuan kontroversi selepas stoking yang mengandungi kalimah 'Allah' ditemui di tiga cawangannya.

KK Mart dan bekas pembekalnya telah memohon maaf atas perkara itu dan mendakwa mereka terlepas pandang.

Permohonan maaf itu, serta seruan untuk bertenang, gagal menghalang Akmal daripada mendesak supaya tindakan diambil terhadap KK Mart.

Awal hari ini, KK Mart, bekas pembekalnya Xin Jian Chang Sdn Bhd, dan pengarah bagi kedua-dua syarikat didakwa di mahkamah kerana melukakan perasaan agama orang lain.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.050301 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list