CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4605|Reply: 3

[Tempatan] Kilang besar monopoli pembelian padi

  [Copy link]
Post time 27-3-2024 09:37 AM | Show all posts |Read mode
Kilang besar monopoli pembelian padi

https://www.bharian.com.my/berit ... poli-pembelian-padi

Oleh Suzalina Halid - Mac 26, 2024 @ 1:03pm
suzalina@bh.com.my


PPBMM syor kuota belian padi ditetapkan kira-kira 10,000 tan setahun bagi pengilang kecil manakala antara 30,0000 hingga 40,000 tan kepada pengilang besar. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Ketika isu bekalan beras putih tempatan belum selesai, Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM) mendedahkan hanya lima peratus atau 7,000 daripada 140,000 tan beras tempatan 'berada' di kilang kecil Bumiputera.

Mendakwa keadaan itu disebabkan pengilang dan pemborong besar menguasai rantaian bekalan beras tempatan dan import, Setiausaha PPBMM, Musonnef Md Radzi merayu kerajaan menetapkan kuota belian padi supaya pengilang kecil Bumiputera boleh bernafas semula.

"Jika monopoli bertambah buruk, mereka dikhuatiri boleh gulung tikar," katanya kepada BH.


Musonnef Md Radzi. - Foto fail NSTP

Jumaat lalu, Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood, berkata kerajaan menggesa pengilang untuk memproses segera sebanyak 140,000 tan padi dan beras tempatan yang ada untuk jualan di pasaran.

Jualan di pasaran akan digerakkan melalui tiga pendekatan, iaitu dengan melambakkannya di pasar raya dan pusat jualan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Sementara itu, Musonnef berkata, pihak persatuan mencadangkan kuota belian padi ditetapkan kira-kira 10,000 tan setahun bagi pengilang kecil dan antara 30,0000 hingga 40,000 tan kepada pengilang besar.

"Kita pernah mencadangkan had kuota belian padi, namun cadangan itu masih tidak dilaksanakan hingga kini. Persatuan sudah lama mendesak diadakan kuota belian padi kerana bekalan sukar diperoleh akibat monopoli.

"Kilang kecil memerlukan sekurang-kurangnya 10,000 tan bekalan, baru boleh berniaga. Ada kilang besar yang mempunyai 100,000 tan setahun," katanya.

Beliau memaklumkan, sehingga kini terdapat 11 kilang kecil Bumiputera di negara ini dan mereka hanya memperoleh margin keuntungan kecil, sekitar tiga hingga lima peratus, sekali gus sukar berkembang menjadi pengilang besar.

"Bekalan beras negara dikuasai pengilang besar. Berlaku monopoli bekalan padi kerana setiap kilang tidak ditetapkan kuota belian padi.

"Mereka boleh beli seberapa banyak di seluruh negara, jadi penetapan kuota itu penting," katanya.

Beras import sukar diperoleh

Dalam perkembangan berkaitan, PPBMM memohon kerajaan menetapkan 30 peratus jaminan bekalan beras import dalam negara diberi kepada kilang Bumiputera.

Katanya, penetapan 30 peratus jaminan bekalan beras import dalam negara diberikan kepada kilang Bumiputera sangat penting bagi membantu menanggung kenaikan kos pengilangan.

"Kesukaran mendapatkan beras import juga antara punca kurangnya pemborong kecil ketika ini," katanya menambah cadangan itu juga selaras dengan pengumuman kerajaan supaya jaminan bekalan diberi kepada pembekal beras kontrak kerajaan.



Katanya, kerajaan seharusnya melihat secara keseluruhan bagi mengharmonikan industri serta menjamin keberadaan bekalan padi dan beras tempatan serta import yang ketika ini sukar diperoleh, selain memastikan harga yang munasabah.

"Monopoli ini dikesan bermula sejak 2000 atau 24 tahun lalu selepas syarikat yang menguruskan beras import mula melantik anak syarikatnya. Sejak itu monopoli bekalan beras import berterusan hingga sekarang.

"Kilang Melayu gagal mendapatkan bekalan padi. Hasil dari sawah berdekatan kilang Melayu itu pun dibeli oleh pengilang besar hingga melangkau ke negeri lain," katanya.

Isu kesukaran mendapatkan bekalan beras putih tempatan dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Bil 1/2024, Selasa lalu sebelum empat inisiatif diumumkan.

Inisiatif itu ialah penurunan harga jualan runcit beras putih import antara RM2 hingga RM3 di pasaran. Langkah itu dapat meningkatkan akses rakyat kepada bekalan beras pada harga munasabah dan mengurangkan beban kos sara hidup.

Selain itu, pengilang diarah memproses 140,000 tan padi yang sudah dibeli untuk pasaran tempatan serta-merta, manakala semua kontrak kerajaan akan menggunakan beras putih import untuk membolehkan tambahan 20,000 tan beras putih tempatan mulai bulan depan.

Dalam memastikan akses terus kepada rakyat, kerajaan turut memperluaskan lokasi dan kekerapan aktiviti Jualan Agro MADANI oleh FAMA dan LPP.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 09:42 AM | Show all posts
aku kena lagi semalam tag harga mengelirukan atas bawah beli beras igtkan rm29.79 utk 5kg basmati cap lily rupanya 49.79 alamak! dh smpi umah baru perasan. haritu beli rm25 5kg beras siam import tapi beras takde kualiti dah bsuh berkali2 pun kaler masih muram dan cepat basi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Cadangan ini baik, namun beliau terlupa ini negara kapitalis. Orang miskin level hamba abdi, orang kaya level tuan hamba.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 09:59 AM | Show all posts
Sesuatu perkara yang berkesan perlu dilaksanakan daripada sekarang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.049647 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list