JOHOR BAHRU - Peniaga di Bazar Ramadan Taman Suria di sini didakwa menjual makanan dengan harga yang tidak masuk akal malah sehingga ke tahap 'cekik darah'.
Menerusi perkongsian dalam TikTok, seorang pengguna yang menggunakan nama Pok Teh mendakwa, harga makanan di bazar tersebut mahal kerana peniaga menyasarkan pelanggan dari Singapura.
Dia menyifatkan harga makanan dijual peniaga tersebut adalah nombor satu paling mahal dalam bazar Ramadan negara ini.
"Contohnya harga burger sampai RM30 dan harga roti john sampai RM40. Bukan itu sahaja, mereka sanggup caj bagi beg plastik hingga 50 sen. Nak tak nak terpaksa beli, takkan nak bawa makanan macam tu tanpa beg plastik.
"Saya menasihati golongan B40 yang mengunjungi bazar berkenaan supaya lebih berhati-hati kerana makanan dijual mungkin di luar kemampuan. Lebih baik tanya harga dulu sebelum beli makanan. Mereka menyasarkan warga Singapura.
"Mereka tahu sebelum ini orang Singapura selalu datang ke Taman Suria apabila mahu makan makanan Malaysia," katanya.
Perkongsian lelaki tersebut menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai yang mempunyai pengalaman kurang memuaskan ketika membeli makanan di situ.
Seorang pengguna menyatakan dia membeli sebungkus nasi kerabu dengan harga RM20 manakala ada pelanggan menyatakan membeli empat biji popiah dengan harga RM10.
Terdapat juga pelanggan yang mendakwa membeli ikan pari bakar bersaiz kecil seperti sebesar tapak tangan dengan harga RM40 di bazar berkenaan.
Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, pihaknya tidak menerima aduan rasmi berkaitan harga makanan di bazar berkenaan setakat ini.
"Bagaimanapun berdasarkan maklumat dalam media sosial, kami akan menjalankan pemantauan harga di bazar berkenaan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
betul ke harga burger kat bazar taman suria ni RM30?? aku tak pi la bazar taman suria ni, tapi budak aku kata harga sama je mcm last year. ntah2 burger woodfire tak, bukan zamburger huhuhu, tu yg jadi RM30 btw bazar ni mmg way more mahal dari bazar tempat lain but mostly peniaga bazaar kat sini mmg org yg sama meniaga bertahun, 80% mmg ada kedai makan & meniaga pasar malam. tapi burger RM30 tu aku tak rasa burger ramli tu, ku rasa burger level2 woodfire.
btw, dulu bazar ni juga lak like 10 ke 13 thn lepas, jual cempedak goreng harga RM1.20 sebiji, saiz sebesar duit 50sen, huhuhu average harga cempedak goreng masa era ni adalah mcm singgit dpt 4 ke 3pc mcm tu
burger tak pasti this year berapa ramai yg beli, aku tak pi lagi bazar taman suria ni this year.. boikot. tapi budak aku takda pon excited mengepoh kat aku ada burger RM30 kat bazar, aku assume ni burger level2 mcm woodfire, kawd, tgif gituh lah.. patty buat sendiri leleh sana sini tu, bukan saiz ramli. tapi bazar ni mmg tumpuan warga singapore selain bazar angsana-bbu. berpusu2 beli sambil meratip very cip cip cip kulu kilir before covid, masa covid bazar taman suria mmg sendu sesendu sendu yakmat selagi border tak buka, hihihihi
Post time 27-3-2024 09:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
buat dua harga ler.. harga utk local harga standard, harga utk warga singapore harga yahudi. nk bayar kena tunjuk ic.. takde ic bayar ler harga yahudi tu adan uke
Post time 28-3-2024 06:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
miszclassique replied at 27-3-2024 10:53 PM
Itu lah, i baca pun terus rasa macam wood fire... Tapi woodfire takkan bukak kat bazar pulak, sah2 ...
Ha ah aku pon rasa burger level2 woodfire lah. Yg jenis pakai real meat, steakmeat ke. Yg jenis besar potong 2 makan 2 org. Kalau burger ramli RM30 org singapore pon taknak beli nokk
Post time 28-3-2024 09:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kenapa nak beza sangat harga jual dekat orang singapura setakat jual di tapak bazar ramadan?
Kalau kita pergi negara jiran, xde la berbeza pulak harga makanan tu. Negara isley lagi tamak dari negara kapir.