CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5759|Reply: 4

[Tempatan] Kerajaan mahu noktah ‘ketagihan hutang’, kata PMX Anwar Ibrahim

[Copy link]
Post time 27-3-2024 06:00 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan mahu noktah ‘ketagihan hutang’, kata PM

https://www.freemalaysiatoday.co ... han-hutang-kata-pm/

Bernama
27 Mar 2024, 03:36 PM


Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata penyasaran subsidi dan perluas asas hasil perlu dilaksana memandangkan hasil cukai hanya 11.8% sahaja daripada KDNK. (Gambar Bernama)

Anwar Ibrahim berkata reformasi fiskal menjadi sesuatu berat namun perlu dimulakan bagi rancak semula ekonomi.

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu melaksanakan pembaharuan fiskal agar ekonomi Malaysia bertunjang di landasan mampan dan utuh, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, bagi mengorak langkah Malaysia menggapai tahap ekonomi berpendapatan tinggi yang bersandarkan nilai manusiawi, pembaharuan fiskal akan ditumpukan kepada penyasaran subsidi dan memperluas asas hasil bagi mewujudkan ruang fiskal yang dapat diagihkan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan Madani juga akan menoktahkan gejala ketagihan kepada hutang bagi memulihkan keyakinan pelabur luar,” katanya dalam hantaran di laman X.

Anwar berkata, langkah reformasi fiskal ini adalah sesuatu yang berat bagi semua pihak, namun usaha ini perlu dimulakan untuk merancakkan semula ekonomi negara.

“Kerajaan Madani juga akan menoktahkan gejala ketagihan kepada hutang bagi memulihkan keyakinan pelabur luar,” katanya dalam hantaran di laman X.

Anwar berkata, langkah reformasi fiskal ini adalah sesuatu yang berat bagi semua pihak, namun usaha ini perlu dimulakan untuk merancakkan semula ekonomi negara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 06:36 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 27-3-2024 06:37 PM

nak bagi sabsidi n bantuan besar kpd rakyat mesti tambah utang besar

ni kupeks mintak lagi bantuan raya...

yg dapat 1.60 juta gov servant..

yg tanggung utang 30 juta netizen

kalo x bersyukur lagi, x tau lah..

kalo mintak gak lagi..

mmg x patut

  

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba recall balik bila pemerintahan Pak Lah buat aturcara fiskal berhemah apa kau cakap utk api2kan rakyat?

Cuba ingat balik betul2... Terutama sekali bila harga minyak dunia jejak 145 USD setong Dan segala mcm soft commodity rega naik melonjak.

Apa kau cakap kat rakyat masa tu? Janji2 Manis kau apa?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ujung-ujung hutang dengan IMF
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Fundamental ekonomi kita sebenarnya dah lari. Zaman Tun 1.0 dah ok. Perbelanjaan utk mengurus x banyak sbb gaji kakitangan awam rendah time tu. Bila pass baton kpd Pak Lah, harga komoditi minyak, getah & sawit naik. Hasil negara bertambah. So Pak Lah naikkan gaji awam. Bila naik Najib, harga minyak jatuh teruk. Pendapatan kerajaan dari petronas turun. So utk kurangkan beban gomen, dia perkenal GST utk ganti duit petronas. Then subsidi minyak & bebrp perkara asas mcm minyak masak & gula pun ditarik balik. Utk kurangkan maki hamun rakyat sbb perkenal gst & tarik balik subsidi, dia perkenal BRIM.
Bila dia jatuh naik Tun 2.0, dia buat uturn. Tarik balik gst & beri semula subsidi. To make it worst, BRIM masih diberi. Dari sini la fundamental ekonomi kita start goyang. Peruntukan mengurus jadi terlalu besar, utk cover gaji kakitangan awam yg tinggi, subsidi & brim. Bajet tiap2 tahun defisit. Hutang luar tinggi. Bayaran interest hutang2 luar ni dah berpuluh billion dah. PM selepas tu, Yiddin & Mail still teruskan pattern perbelanjaan yg sama.
So someone should stop this madness. Kudos to PMX la yg berani utk reform our economy. Of course, the pill is bitter. No more pencen. Subsidi bersasar. Etc. Tatakelola perbelanjaan kerajaan makin ketat. Hopefully, our country can be back on the right track.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.337111 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list