CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4383|Reply: 7

[Tempatan] Tepung boko ubi kayu enak dinikmati

[Copy link]
Post time 27-3-2024 06:52 PM | Show all posts |Read mode
Tepung boko ubi kayu enak dinikmati
Oleh
NORHASPIDA YATIM
27 Mac 2024 08:10am

BESUT - Ibarat tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, kuih tradisional tepung boko ubi kayu atau digelar kuih talam di sesetengah tempat terus mendapat sambutan oleh segenap lapisan masyarakat.

Teksturnya yang lembut dan berkrim menjadikan kuih yang berasal dari Kelantan itu menjadi pilihan untuk dijadikan santapan ketika berbuka puasa.

Pembuat kuih tradisional, Gayah Yaacob, 55, kuih boko masih mendapat tempat dalam kalangan penggemarnya kerana keunikan rasanya yang lemak manis sesuai untuk dimakan semua peringkat usia.

"Kuih boko ubi kayu ini terkenal di negeri Kelantan dan Terengganu. Ramai yang tempah untuk dijadikan sebagai pencuci mulut atau dimakan ketika moreh.

"Walaupun kita ada ramai pesaing di pasaran terutamanya kuih-kuih moden, tetapi kuih-muih tradisional ini tidak kurang hebatnya dan mendapat permintaan yang tinggi lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Tok Dor, di sini pada Isnin.

Adunan kuih tepung boko ubi kayu yang telah siap dimasak akan diasingkan untuk dibungkus di dalam daun pisang.

Menurut Gayah, generasi muda kini tidak ramai yang mahir dalam pembuatan kuih itu dan dikhuatiri ia akan lenyap ditelan peredaran masa.

"Kuih tepung boko ubi kayu ini jika dibungkus menggunakan daun pisang ia akan menghasilkan rasa dan aroma yang lebih sedap dan baunya lebih wangi.

"Banyak kuih-kuih tradisional sekarang sudah mula dimodenkan dari segi pembungkusan. Mungkin kesukaran untuk mendapatkan daun pisang.

"Namun, saya masih kekal menggunakan kaedah pembungkusan cara lama iaitu dengan membungkusnya di dalam daun pisang," ujarnya.

Gayah berkata, mengikut kebiasaan dia akan menyediakan 150 hingga 300 bungkus kuih tepung boko ubi kayu untuk diletakkan di kedai-kedai makan serta tempahan majlis-majlis tertentu pada setiap hari.

Kuih tepung boko ubi kayu yang telah siap dibungkus dan sedia dijual kepada pelanggan.

Bagaimanpun sepanjang Ramadan ini, dia memberi fokus untuk memenuhi tempahan surau dan masjid untuk majlis berbuka puasa atau moreh.

"Walaupun harga barangan semakin naik, saya masih mengekalkan harga bagi setiap sebungkus kuih ini RM1.50 sejak beberapa tahun lalu.

"Saya juga memasarkan kuih ini melalui laman sosial seperti Facebook dan aplikasi WhatsApp," katanya.


Gayah menunjukkan cara pembungkusan kuih tradisional tepung boko ubi kayu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Boko ni makanan tradisi Melayu ke?

Terlalu manis pada meols
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 27-3-2024 07:55 PM
Boko ni makanan tradisi Melayu ke?

Terlalu manis pada meols

Ada org kt tempat i buat boko ubi ni sdp kurang manis ubi dia

I pun suka boko ubi ni yg kepalanya cair dan creamy
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 27-3-2024 07:55 PM
Boko ni makanan tradisi Melayu ke?

Terlalu manis pada meols

Katanya Ratu Boko tu Ratu Balqis, tazzangka pulak Nabi Sulaiman makan ubi kayu, istana bukan main mewah lagi tapi cuma makan ubi kayu jah apa kes?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 27-3-2024 09:44 PM
Katanya Ratu Boko tu Ratu Balqis, tazzangka pulak Nabi Sulaiman makan ubi kayu, istana bukan main  ...

Ubi kayu pun dah mahal sekarang ni.

Mungkin zaman Nabi Sulaiman ubi kayu mahal macam zaman sekarang...mungkin Tepung Tapioca takde subsidi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosmahisham at 28-3-2024 12:26 AM

Boko ni sdp klu kepalanya x yah letak gula..masin2 lemak je.selalu mkn kelantan punya..bwh dh manis atas lg manis!iols klu buat kepala atas tu cair tp kukus skjap dia jd gedik2 n kenyal sedap! Kuih ni mcm talam ubi x jadi hi hi lembik x leh potong dr loyang  gitu!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-3-2024 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 27-3-2024 09:44 PM
Katanya Ratu Boko tu Ratu Balqis, tazzangka pulak Nabi Sulaiman makan ubi kayu, istana bukan main  ...

Di Nigeria ada Boko Haram
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 28-3-2024 12:12 AM

I suka tepung boko ubi kayu tapi susah nak jumpa yang sedap sekarang. Zaman sekolah menengah boleh lagi jumpa yang sedap. Ntah la makanan tradisional turun temurun memang susah dah nak jumpa yang sedap sekarang. Nasib baik la air tangan my mom lagi sedap. So, kalau rasa nak makan makanan tradisional, request je (my sis n I jadi sous-chef)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.068376 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list