CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12273|Reply: 13

[Jenayah] Peniaga popia, jus buah bergaduh di bazar Ramadan ditahan polis

[Copy link]
Post time 29-3-2024 12:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 29-3-2024 12:42 AM


KUALA LUMPUR: Polis merampas sebatang 'fork lock' (pengunci kenderaan) dan sebuah kerusi plastik dipercayai digunakan dalam insiden rusuhan susulan pertengkaran dua peniaga di tapak bazar Ramadan di Taman Medan, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail, berkata hasil semakan juga mendapati empat daripada tujuh suspek yang ditahan berhubung kes itu, memiliki rekod dadah dan jenayah.

"Tiga daripada empat suspek yang mempunyai rekod itu adalah berkaitan kes dadah, manakala seorang lagi pula memiliki rekod jenayah serta dadah.

"Siasatan lanjut kes itu sedang giat dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata maut dalam rusuhan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, dua peniaga dilaporkan bertengkar selepas tercetus perselisihan faham berkaitan tapak bazar Ramadan di Taman Medan.

Shahrulnizam dipetik berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila wanita yang berniaga jus tembikai, berselisih faham dengan lelaki menjual popia.

Beliau berkata, lelaki itu dikatakan tidak berpuas hati selepas wanita terbabit didakwa masuk ke kawasan tapak perniagaannya, menyebabkan tercetus pertengkaran.

Susulan itu, katanya, lelaki terbabit didakwa mengambil sebatang besi sebelum memukul wanita berkenaan sehingga berlaku kekecohan.

"Mereka kemudian dibawa ke balai polis sebelum kedua-duanya ingin menyelesaikan secara baik kerana sudah lama kenal.

"Bagaimanapun, pada jam 5.30 petang semalam, anak-anak lelaki itu yang masih tidak berpuas hati, kemudian didakwa menyerang anak saudara wanita terbabit yang sedang berniaga sehingga berlaku rusuhan membabitkan kedua-dua pihak.

"Susulan itu, kami menahan kesemua mereka yang terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita berusia 20-an hingga 40-an," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Jus tembikai berselisih faham dengan popia
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Jual benda tak sama pun boleh gaduh di bulan Ramadhan.

Melayu Melayu....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi betul ke acik tu masuk petak niaga pakcik tu?
Kalau betul mmg boleh Jadi gaduh yach
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
apa baran sgt memasing?? video takde ke??
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 08:03 AM | Show all posts
yg ko masuk petak orang dah knp?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2024 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Musim panas kering ni tak suka makan popia pedas-pedas
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 08:47 AM | Show all posts
jgn ko letak ketum ke dadih dlm popia ke jus tu udah leee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 08:52 AM | Show all posts
lepas ni pastikan ada saringan jenayah dengan PDRM sebelum dibenarkan berniaga.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Taman Medan tu lubuk Indon. Mungkin yg bergaduh tu Melayu dna indon bumiputera segera.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 09:26 AM | Show all posts
Haritu i tengah beli kambing tau, kambing bakar tu.. Sekali ada makcik ni datang, mula-mula dia cakap jangan meniaga kat tepi ni nanti org susah nak jalan, nnti org majlis carik sy.. Lah tiberrr, ko sape org majlis nak carik ko... Ko makcik duduk depan rumah tu je.. Peniaga tu cakap ok nanti sy alih kesana sikit..

Lepas tu dia cakap lagi, eh lagi 1 org tu meniaga kambing kenapa awak pun meniaga kambing.. Iols tergelak dah, ni ko nak ckp sebenarnya kan.. Agaknya peniaga kambing lagi satu tu mengadu kat makcik ni kot kambing dia tak laku.. Muka betul-betul muka acik bawang, dasar makcik menyibuk hal orang.. Ingat datang nak beli
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kakikuDibibirmu at 29-3-2024 09:28 AM
Kitty_catz replied at 29-3-2024 08:47 AM
jgn ko letak ketum ke dadih dlm popia ke jus tu udah leee


Akak suka dadih perasaan coklat nyum nyum nyum
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
anak2 pakcik air buah tu ke yg ada rekod dadah+jenayah??

apa la yg x puas hati sgt dah kata nak setel cara baik, ujung2 berangkut ke balai anak2nya dah menyusahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 09:26 AM | Show all posts
liton replied at 29-3-2024 01:07 AM
Taman Medan tu lubuk Indon. Mungkin yg bergaduh tu Melayu dna indon bumiputera segera.

Taman Medan ni kan sekolah dia pun dalam kategori budak2 jahat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.064344 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list