CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21567|Reply: 2

[Politik] Bersatu dibenarkan pinda perlembagaan parti

[Copy link]
Post time 2-4-2024 10:00 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: BERSATU akan mengambil beberapa langkah susulan berikutan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) meluluskan pindaan Perlembagaan parti itu.


Pindaan Perlembagaan BERSATU itu membabitkan pelucutan serta-merta keahlian wakil rakyatnya jika menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak yang bertentangan dengan arahan atau pendirian parti.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata langkah susulan itu bagi memastikan segala tindakan selepas ini akan mengikut perlembagaan dan undang-undang.

Pada masa sama, beliau yang juga Ketua Pembangkang memaklumkan, BERSATU sedang melunaskan proses pemerkasaan parti.

"BERSATU menzahirkan terima kasih kepada Pendaftar Pertubuhan kerana meluluskan pindaan Perlembagaan BERSATU.

"Pada 2 Mac lalu, pindaan berkenaan telah diluluskan sebulat suara pada Perhimpunan Agung Luar Biasa (EGM) parti.

Beberapa langkah susulan akan diambil bagi memastikan segala tindakan selepas ini mengikut perlembagaan dan undang-undang.

"Pada masa sama, proses pemerkasaan parti sedang dilunaskan. Insya-Allah, BERSATU serta Perikatan Nasional (PN) akan kekal menjadi suara dan pilihan rakyat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Ketua Armada BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, dilaporkan berkata ROS sudah meluluskan pindaan terbabit yang membolehkan parti itu mengambil langkah seterusnya untuk mengosongkan enam kerusi Parlimen, sekali gus diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK).

"Alhamdulillah, ROS telah meluluskan permohonan pindaan Perlembagaan BERSATU yang membolehkan kami mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen yang telah menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Langkah seterusnya, mengosongkan kerusi-kerusi mereka ini untuk PRK peringkat Parlimen," kata Wan Ahmad Fayhsal dalam satu hantaran melalui media sosialnya, hari ini.

Beliau turut menyiarkan salinan surat kelulusan itu yang antara lain menyebut pindaan terbabit diluluskan dan boleh dikuatkuasakan mulai 1 April 2024.

Surat itu ditandatangani oleh Pendaftar Pertubuhan, Datuk Mohd Zulfikar Ahmad, berdasarkan Akta Pertubuhan 1966.

Pada 2 Mac lalu, BERSATU meluluskan pindaan Perlembagaan parti itu yang akan melucutkan serta-merta keahlian wakil rakyatnya jika menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak yang bertentangan dengan arahan atau pendirian parti.

Keputusan itu dibuat pada EGM selepas perwakilan BERSATU yang hadir sebulat suara menyokong usul meminda Perkara 10 Perlembagaan parti.

Pindaan itu dilakukan selepas enam Ahli Parlimen BERSATU mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2024 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak kita.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2024 09:13 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.053471 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list