CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5264|Reply: 28

Fatiya Latiff Mengaku Dulu ‘Kemaruk’ Cinta Lokasi

  [Copy link]
Post time 2-4-2024 10:55 PM | Show all posts |Read mode





Terpanggil mengulas kisah tiga artis sensasi, pelakon Fatiya Latiff menyifatkan cinta lokasi sebagai perkara normal dalam kalangan penggiat industri hiburan yang terlalu mendalami watak.


Kata pemilik nama lengkap Nur Fathia Abdul Latiff, 36, perasaan yang bercambah di hati kedua-dua pemegang karakter sesebuah naskhah itu kebiasaannya terjadi tanpa disengajakan.


“Saya nak buka cerita sikit pasal Bella Astillah, Ruhainies dan Aliff Aziz. Benda ini normal dalam industri hiburan sebab mereka terlampau menghayati watak.


“Apabila ‘termasuk’ di dalam sesuatu peranan yang digalas, itu buatkan mereka jatuh cinta, tapi perasaan itu berlaku tanpa sengaja atau tiada niat,” katanya dalam hantaran TikTok.


Begitupun, pelakon drama Dia Isteri Luar Biasa itu bukan menyokong isu menjalinkan hubungan di set penggambaran, sebaliknya hanya mahu berkongsi kisah benar.


Menurut Fatiya, mereka yang sudah memahami situasi dalam dunia produksi hanya mampu melihat sahaja apabila tercetus kontroversi membabitkan cinta lokasi.


“Memang saya tak cakap apa yang mereka buat itu betul. Memang dari segi undang-undang salah, dari segi agama pun salah.


“Saya rasa Bella tertekan dan menangis disebabkan netizen. Saya juga rasa dia faham situasi dilalui Aliff, dia okey sebenarnya.


“Alhamdulillah, saya tengok Bella pun sekarang dah dapat banyak rezeki,” ujarnya.


Fatiya turut meminta mana-mana pihak tidak berterusan mengecam Ruhainies yang terpalit kes khalwat bersama Aliff iaitu suami kepada Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah.


Dia menyamakan senario yang berlaku dalam set drama membabitkan kedua-dua pelakon berkenaan saling tidak tumpah seperti yang terjadi kepadanya.


“Ruhainies pula walaupun kita tengok dia tersenyum, jangan kutuk dia kerana macam dalam kes saya dulu, saya pun ada bercinta dalam set (penggambaran),” ulasnya.


Pada 9 Mac lalu Ruhainies dan Aliff yang sama-sama terbabit dalam drama rantaian Terjerat menggemparkan masyarakat apabila ditangkap khalwat di kediaman pelakon jelita itu.


Susulan kejadian, Bella Astillah memfailkan permohonan cerai ekspres iaitu proses bagi pasangan yang bersetuju untuk bercerai di bawah peruntukan seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2024 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade orang tanye ke
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Thats mean pelakon malaysia x professional
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Nmpk mcm normal sikit sejak bukak booth raya... happy2 je dgn team. Tggu habih event, mai balik hasad dengki dia.. sekali2 team dia.. dia cerca nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
matjerk replied at 2-4-2024 03:21 PM
Nmpk mcm normal sikit sejak bukak booth raya... happy2 je dgn team. Tggu habih event, mai balik hasa ...

Dapat banyak duit kot. Sedangkan Bured scammer tu mampo iyaaaaa dapat 70k sehari jual biskut raya diaaaaa ape bodooooo sapa la kasik derma duit freeee kat scammer tuuuuui
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheols pnh tercinlok dgn bpknya fatima aishah kan..dgn keith foo pon ada jgk rasanya..tu yg aiman x senang duduk time tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2024 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
matjerk replied at 2-4-2024 11:21 PM
Nmpk mcm normal sikit sejak bukak booth raya... happy2 je dgn team. Tggu habih event, mai balik hasa ...

I nampak dia kat booth tu hari, mmg nampak siuman je..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 3-4-2024 12:21 AM
I nampak dia kat booth tu hari, mmg nampak siuman je..

Lawa ke tak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2024 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
oggy replied at 3-4-2024 12:23 AM
Lawa ke tak

Tak, dari tepi sorry to say nampak cam pondan pun ada sebab suntikan dia tu sepesen je ngan muka tajam2 kat luar sana
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Abis la kalau dia spill nama2 yg dia cinlok tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Omputeh siap peluk siyum acah2 romen pun elok je tak cinlok.
Hat lesbo dan gayah pun aman2 je berlakon jd straight.

Pelakon malaysia je gagal mengawal diri dan tak propesyenel.
Takkan tiap kali berlakon tiap kali tu la nak kena jatuh cinta?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
matjerk replied at 2-4-2024 11:21 PM
Nmpk mcm normal sikit sejak bukak booth raya... happy2 je dgn team. Tggu habih event, mai balik hasa ...

Kita manusia digalakkan bercampur org. Ada companion. mental health boleh diperbetulkan
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
jaja jual kisah lama jer lah yg dia mampu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 02:24 AM | Show all posts
Kira indirectly dia mengaku la dia cinlok ngan Shukri Yahaya dulu sampai Shukri gaduh dengan gf (now bini) dia masa tu kan? Lepas tu tiber je Shukri kahwin padahal nama dia tengah meletup2 masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
jambatannetizen replied at 3-4-2024 01:20 AM
Kita manusia digalakkan bercampur org. Ada companion. mental health boleh diperbetulkan

Masa pegi Bali dgn kawan dia hari tu.. nmpk happy2.. x meroyan2 dah.. x smpai 24jam... menyindir kwn dia tu.. sebelum tu elok2 je bergambar bersama.... lps tu mcm2 dia up kat story psl kwn dia tu.. pakai katespade fake la... ada kes mahkamah la.. perasan lawa lah.. etc etc...siap tinggalkan kwn dia sorang2 kat Bali.. dia balik KL.. on the same day... dia punya anger tu..melarat habis kat semua org mlm tu... dia cerca ustazah asma.. mak sendiri.. kwn2 mak dia..n makcik mana ntah yg x de kena mengena pun kena gak dgn dia.  Dia ambik gambar makcik tu.. post kat story.. dia cerca makcik tu..sbb pakai kasut spot pink. Bagus la.. klu dia mingle dgn org... berkawan... jgn sementara jer.. ko bukak habis aib kwn2 tu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 3-4-2024 12:21 AM
I nampak dia kat booth tu hari, mmg nampak siuman je..

Muka bak bidadari x? Pakai sabun bidadari kan.. ada extract emas n extra tomato...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2024 02:31 AM From the mobile phone | Show all posts
matjerk replied at 3-4-2024 02:28 AM
Masa pegi Bali dgn kawan dia hari tu.. nmpk happy2.. x meroyan2 dah.. x smpai 24jam... menyindir k ...

tu sbb kita digalakkan ada pasangan. memang lumrah manusia inginkan teman. berkawan pun.
duduk sorang lama2 mmg blh uji mental health.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
jambatannetizen replied at 3-4-2024 02:31 AM
tu sbb kita digalakkan ada pasangan. memang lumrah manusia inginkan teman. berkawan pun.
duduk so ...

Ye betul. Tp kena pasamgan yg betol2 kuat lah. Dpt yg x kuat, pasamgan pun jadi mental dibuatnya kena mental torture hari2
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia kena terima hakikat yg dia tak lawa dah
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
matjerk replied at 3-4-2024 02:29 AM
Muka bak bidadari x? Pakai sabun bidadari kan.. ada extract emas n extra tomato...

Tak law langsung dah mukanya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.302836 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list