CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4970|Reply: 0

Mercedes-AMG GT63S E Performance F1 Edition 2024

[Copy link]
Post time 3-4-2024 03:21 PM | Show all posts |Read mode

Turut diperkenalkan oleh Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini ialah Mercedes-Benz GT63S E Performance F1 Edition. Model edisi khas ini tampil dengan rekaan luaran dan dalaman eksklusif dan dijual pada harga RM2,118,888 atas jalan tidak termasuk insurans. Ini RM30,000 lebih mahal berbanding GT63 E Performance yang dilancarkan di sini Mei tahun lalu.

Yang membezakan model F1 Edition ini ialah warna yang digunakan — Manufaktur Alpine Grey dengan logi AMG serta warna kelabu dan hitam di bahagian sisinya. Banyak juga perincian kemasan merah yang digunakan, termasuk untuk rim 21-inci AMG yang ada, skirting sisi serta apron depan dan belakang.

Sama seperti versi bukan F1 Edition, kereta ini hadir dengan pakej luaran AMG Carbon Fibre II (termasuk wing belakang), pakej AMG Aerodynamics, pakej AMG Night luaran dan AMG Night II (kemasan luaran hitam berkilat, termasuk gril, kemasan muncung ekzos, lencana model dan keliling tingkap) serta pakej AMG Dynamic Plus dengan mount enjin aktif.



Di dalam, F1 Edition ini datang dengan kerusi AMG Performance dengan kulit hitam Nappa dan jahitan merah — juga dengan tali keledar merah dan elemen kemasan gentian karbon AMG. Begitu juga dengan sterengnya yang khusus AMG, yang dibalut dengan kulit Nappa dan microfibre Microcut dan sill plate bercahaya. Di papan pemuka juga terdapat logo “F1 E Performance” dan juga tikar eksklusif.

Untuk enjin, ia menggunakan unit sama seperti model GT63S E Performance, iaitu unit M177 4.0 liter turbo berkembar V8 yang menjana sebanyak 639 PS (630 hp atau 470 kW) dari 5,500 hingga 6,500 rpm dan 900 Nm tork dari 2,500 hingga 4,500 rpm.

Ini digandingkan dengan transmisi automatik AMG Speedshift MCT 9G sembilan-kelajuan dan sistem pacuan semua roda AMG Performance 4Matic+ dengan belt-driven starter-generator (RSG) dengan kadar 14 PS (13 hp atau 10 kW) — yang bertindak menghidupkan enjin dan menyokong sistem sampingan lain seperti pendingin dan lampu.



Di belakang, ada motor elektrik P3 dengan kuasa 204 PS (201 hp atau 150 kW) dan 320 Nm. Ini disertai oleh limited-slip differential (LSD) elektronik dan transmisi dua-kelajuan yang akan masuk pada kelajuan sekitar 140 km/j untuk membolehkan motor tersebut terus memberikan kuasa gerakan dalam kelajuan tinggi.

Kuasa dari motor elektrik berkenaan juga boleh dipindahkan ke roda depan melalui prop shaft tambahan dan klac yang terletak di belakang transmisi automatik. Ini membolehkan kuasa dari kedua-dua unit pemacu ini dipindahkan ke roda depan bila diperlukan, seperti dalam keadaan gelincir di gandar belakang.

Semua ini menjadikan output keseluruhan sistemnya adalah 843 PS (831 hp atau 620 kW) dan 1,470 Nm, yang membolehkan kereta seberat 2.4 tan ini memecut 0-100 km/j dalam masa 2.9 saat dan mencapai laju maksimum 316 km/j. Untuk membantu ketika diselekoh, ciri suspensi udara multi-kebuk AMG Ride Control+ dengan penyerap hentak adaptif dan brek karbon seramik diberikan secara standard.



Kelengkapan lain yang ada termasuk Keyless-Go, kawalan pendingin Thermotronic, bahagian belakang Easy-Pack, pelantar pengecasan tanpa wayar, telemetri AMG Track Pace, skrin 12.3-inci bersambung (kluster instrumen digital dan skrin infotainmen), head-up display, sistem bunyi Burmester dan Mercedes-Benz User Experience (MBUX).

Sistem bantuan pemandu pula termasuklah ciri Driving Assistance Package yang teridiri daripada Active Distance Assist, Active Steering Assist, sementara pakej Guard 360 Vehicle Protection Plus menyertakan penggerak anti-curi dan sistem peninjau ruang dalaman. Pakej Parking pula menyertakan Active Parking Assist dengan Parktronic dan sistem kamera 360-darjah.

https://paultan.org/2024/04/03/m ... 4-tiba-di-malaysia/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 36072 Replies : 479
Sanusi jangka ada tokoh besar PH-BN tumbang
mojarean_XSanusi jangka ada tokoh besar PH-BN tumb
Views : 6297 Replies : 29
Apakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda Di Forum Ini?
KILL_NANCYApakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda
Views : 109981 Replies : 484
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 86362 Replies : 630
[Edisi pungpakkepung] Azri Iskandar dan kekasih baru?
doubleA[Edisi pungpakkepung] Azri Iskandar dan
Views : 9866 Replies : 85
Pakcik berkopiah hidap sakit jantung mengaku tak salah tipu tanah rizab Melayu seluas 649.2 hektar
mojarean_XPakcik berkopiah hidap sakit jantung men
Views : 5912 Replies : 61
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 21362 Replies : 118
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 55813 Replies : 2785
Bina Kondo budaya kito:Kawasan sekitar pusat takungan banjir Bohol telah ditanda untuk pembinaan Kondominium dan perumahan Madani?.Netizen bimbang banjir besar bakal berlaku
YgBenarBina Kondo budaya kito:Kawasan sekitar p
Views : 6863 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.455270 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list