CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8383|Reply: 0

[Sabah] 142 OBB dibebas dari Jabatan Penjara Sabah, Labuan sempena Aidilfitri

[Copy link]
Post time 5-4-2024 05:26 AM | Show all posts |Read mode


BEBAS: Salah seorang OBB menerima dokumen pembebasan semasa program PBSL di Penjara Pusat Kota Kinabalu di sini.

KOTA KINABALU: Seramai 142 Orang Bebas Berlesen (OBB) dilepaskan dari Jabatan Penjara Sabah dan Labuan menerusi Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani (Kepulangan Yang Dinanti) sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Ketua Bahagian Kepenjaraan dan Koreksional Penjara Sabah dan Labuan berkata, jumlah itu termasuklah 61 OBB dari Penjara Pusat Kota Kinabalu, empat dari Penjara Wanita Kota Kinabalu, 41 Penjara Tawau, 19 di Penjara Sandakan, 10 di Penjara Lahad Datu, empat di Pusat Koreksional Labuan dan tiga di Sekolah Henry Gurney Keningau.

“Pelepasan yang dilaksanakan secara serentak di seluruh institusi Penjara Malaysia sebelum Aidilfitri memberi peluang kepada penghuni penjara yang beragama Islam untuk merayakan Hari Raya bersama keluarga selain membolehkan penghuni lain-lain agama mengeratkan hubungan kekeluargaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas program PBSL di Penjara Pusat Kota Kinabalu di sini.

Beliau berkata pelbagai pendekatan yang dijalankan Jabatan Penjara Malaysia yang bertanggungjawab memperkasa program pemulihan dalam komuniti bagi melahirkan penghuni berdaya saing sekembalinya ke pangkuan masyarakat sama ada sebagai suami, isteri atau anak.

“Program ini juga sangat berkesan menerusi pencapaian kadar residivis atau pengulangan perlakuan jenayah dikalangan penghuni penjara pada tahap 17.6 peratus berbanding 18.6 peratus pada 2022.

“Kesesakan di penjara berjaya dikurangkan daripada 13.7 peratus pada tahun 2022 kepada 7.8 peratus pada tahun lalu,” katanya.

Menurutnya PBSL dilaksanakan secara bersyarat membabitkan banduan yang menjalani hukuman bagi tempoh kurang setahun selain sudah menjalani sebahagian hukuman penjara atau sekurang-kurangnya mempunyai baki hukuman selama dua bulan.

Tambahnya banduan yang dibenarkan menjalani PBSL juga membabitkan penghuni yang berjaya menjalani fasa pertama Program Pembangunan Insan di penjara selain mendapat pengesahan dan persetujuan keluarga, badan kebajikan serta majikan yang menyediakan tempat tinggal dan pekerjaan semasa banduan di luar penjara.

“Kita harapkan banduan yang diberikan pelaksanaan hukuman dalam komuniti ini mampu memanfaatkan sepenuhnya peluang ini.

“Masyarakat termasuk ahli keluarga juga diharap memberikan sokongan padu dan memberikan peluang kedua kepada banduan sama seperti pelaksanaan sistem Parol dan Perintah Kehadiran Wajib sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan Jannie Lasimbang berkata, program ini patut disokong semua pihak terutama masyarakat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi memberi peluang kedua kepada OBB dalam menjalani kehidupan seterusnya.

“Dengan pembebasan awal ini membolehkan OBB pulang meraikan Hari Raya bersama keluarga selain merapatkan hubungan silaturrahim yang terjejas sebelum ini.
“Saya juga mengalu-alukan lebih ramai majikan untuk menerima OBB ini bagi membolehkan mereka mendapat masa depan yang lebih cerah sekembalinya di dalam masyarakat,” katanya.

Bercakap lanjut beliau berkata, isu kesesakan penjara bukanlah satu isu baharu dan langkah mengatasi masalah ini dibincang dari semasa ke semasa.

“Kesesakan di penjara menyebabkan tempat bagi meletakkan penghuni tidak mencukupi, bagaimanapun kita sudah mencadangkan agar menambah atau mencari tempat baharu bagi mengatasi masalah ini berdasarkan perbincangan bersama pelbagai pihak.

“Kita harapkan penyelesaian dapat dilaksana bagi mengatasi masalah ini termasuklah isu bajet dan sebagainya,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.233251 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list