CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11622|Reply: 40

"Baru Semalam Kebetulan Tanya Ustaz" - Susah Sangat Nak Cari Jawapan, Aunty Kokping Tak Malu Nak Offer Diri!

[Copy link]
Post time 7-4-2024 06:26 AM | Show all posts |Read mode


“Tiada alasan untuk tidak belajar.”

Begitulah kata-kata dorongan yang sering didengari untuk mengalakkan seseorang agar terus menuntut ilmu tanpa kenal erti berputus asa.

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu temu bual sebuah stesen radio tempatan, Zayan FM bersama seorang lelaki Autisme yang memiliki Ijazah Kedoktoran (PHD) dalam bidang pengajian al-Quran dan Sunnah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Lelaki yang dikenali sebagai Nur Arif Jasmin berusia 32 tahun itu juga memiliki sijil ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh di universiti yang sama.

Fiqah Autisme dari pelajar Autisme

Menerusi satu video yang dikongsikan di akaun TikTok @zayan.my, Arif juga dikatakan memiliki buku kajiannya yang tersendiri mengenai Fiqah Autisme.

Ketika ditanya mengapa mengambil Fiqah Austime sebagai kajian, Arif berkata perkara itu dilakukan atas kehendak dirinya sendiri memandangkan tiada lagi orang yang membahas mengenai hal tersebut.

Jawapan yang diberikan oleh Arif menyebabkan penyanyi, Fynn Jamal berasa sebak memandangkan beliau juga mempunyai seorang anak autisme.

“Tepat, demi Allah saya cakap sebagai mak (miliki anak) autism susah sangat nak cari jawapan tentang Fiqah autisme.

“Baru semalam Fynn tanya ustaz (anaknya) Juna tentang fiqah autism, diorang sendiri tiada jawapan, masih dalam kajian,” kata Fynn.

Ketika Fynn meminta Arif untuk berkongsi mengenai kajiannya mengenai Fiqah Autisme, lelaki Istimewa itu kelihatan sedikit malu untuk menerangkannya.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu Arif dengan sendirinya menceritakan sedikit ilmu yang diketahuinya.

Autisme ada yang mild dan severe, hukum sama seperti orang biasa jika tahu baik buruk

Ujar Arif, autisme merupakan spektrum yang berbeza bermula daripada kategori ringan (mild) sehingga yang teruk (severe).

“Kalau boleh bezakan antara baik dan buruk, hukumnya sama macam orang lain, tapi kalau dia autisme tak boleh beza baik dan buruk secara semula jadi, (maka) ulama silam kata orang yang mempunyai masalah berkomunikasi yang teruk dan pengurusan diri yang tidak cekap secara semula jadi dinamakan al atta

“Al atta itu (maksudnya) tak gila tapi dia tak matang, hukumnya sama macam kanak-kanak mumayyiz. Kalau dia jenayah atau kerosakan, ibu bapa yang kena ganti,” jelas Arif.

Orang autisme tak boleh buat transaksi jual beli dalam jumlah besar

Menurutnya lagi, orang autisme dalam kategori itu juga tidak boleh melakukan sebarang transaksi jual beli dalam jumlah yang besar.

Selain itu, Arif berkata orang autism juga perlu meminta keizinan wali untuk berkahwin selain perlu menjelaskan kepada ahli keluarga bakal pasangan tentang keadaan diri yang sebenar agar tidak berlaku salah faham selepas kahwin.

Pun begitu, Arif berkata orang autisme digalakkan agar tidak berkahwin.

Ramai kagum dengan kepintaran Arif

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial kagum dengan kepintaran ilmu fiqah austime yang dimiliki oleh Arif meskipun dia seorang yang Istimewa.

Tidak hanya itu, netizen turut memberikan pujian kepada Arif selain berharap agar lelaki terbabit dapat dijadikan contoh buat individu lain terutamanya generasi muda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2024 06:27 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2024 06:27 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2024 06:27 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2024 06:28 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2024 06:28 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-4-2024 08:37 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
kenapa buka 2 tered kat board berlainan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2024 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Diamla pompuan ko bukan ustazah!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Woww hebatnya..smlm fyp ai lalu sorg ni autism jgk tgh buat phd.tp perangai mcm budak2 sikit dia bangga tunjuk2 duit raya yg dia dpt
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
hasniey replied at 7-4-2024 12:09 PM
Woww hebatnya..smlm fyp ai lalu sorg ni autism jgk tgh buat phd.tp perangai mcm budak2 sikit dia ban ...

Si arif ni la kaka. Seronok dia dapat duit raya banyak
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
hasniey replied at 7-4-2024 12:09 PM
Woww hebatnya..smlm fyp ai lalu sorg ni autism jgk tgh buat phd.tp perangai mcm budak2 sikit dia ban ...

Dia la tu
Ai pun tgk ig tu
Dlm office kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2024 06:45 PM | Show all posts
boikot kokspin
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah grad ke tengah study lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam artikel kata memiliki ijazah kedoktoran..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm sheldon.

“I’m not crazy. My mom got me tested”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2024 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
MashaAllah. Wisdom yg Allah bagi pada dia.
Fiqh for autism. Ternyata ilmu Allah tu luas. Allah Maha Adil, Maha Bijaksana. Dunia ni bukan utk neurotypical saje. Neurodivergent pun boleh survive.  Cuma awareness n acceptance masyarakat perlu ditingkatkan lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mimo.mimo replied at 7-4-2024 12:22 PM
Si arif ni la kaka. Seronok dia dapat duit raya banyak

Owh laaa..org yg sama ke
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 7-4-2024 12:25 PM
Dia la tu
Ai pun tgk ig tu
Dlm office kan?

Aah betul2 dlm office.lain pulak.yg tu pakai songkok kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
hasniey replied at 7-4-2024 07:30 PM
Aah betul2 dlm office.lain pulak.yg tu pakai songkok kan

Aah .dia suka pergi situ kan. Org situ pun rajin layan aritu dia edit diaorg jadi power rangers.
Pastu ada ustaz borak2 dgn dia. Yg ni kat tpt lain.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.463011 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list