CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7480|Reply: 3

[Dunia] Thailand terajui inisiatif program visa tarik pelancong kaya

[Copy link]
Post time 7-4-2024 06:43 PM | Show all posts |Read mode
Thailand terajui inisiatif program visa tarik pelancong kaya

https://www.bharian.com.my/dunia ... arik-pelancong-kaya

April 7, 2024 @ 3:01pm


Gambar hiasan. - Foto BERNAMA

BANGKOK: Thailand sedang mengendalikan inisiatif program visa bersama beberapa negara yang merekodkan gabungan 70 juta pelancong, tahun lalu.

Ia dirangka ketika Perdana Menteri, Srettha Thavisin meningkatkan usaha menarik lebih ramai pelancong jangka panjang dan yang banyak berbelanja.

Berdasarkan data rasmi, selain Thailand, lima lagi negara di Asia Tenggara iaitu Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar dan Vietnam merekodkan jumlah gabungan 70 juta ketibaan pelancong asing, pada 2023.

Thailand dan Malaysia menyumbang lebih daripada separuh jumlah itu, menghasilkan kira-kira AS$48 bilion (RM227.8 trilion) dalam pendapatan pelancongan.

Srettha yang bertekad meningkatkan status Thailand sebagai destinasi pelancongan kepada pusat logistik dan penerbangan, membincangkan idea visa jenis Schengen dengan rakan sejawatnya di enam negara berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

Visa jenis Schengen boleh diperoleh dalam bentuk visa kemasukan tunggal, membenarkan pemegangnya memasuki kawasan Schengen (merangkumi beberapa negara) sekali, atau visa kemasukan berbilang, untuk beberapa lawatan ke kawasan Schengen selagi ia sah.

Visa jenis itu membolehkan rakyat negara bukan Schengen transit melalui atau menunggu penerbangan sambungan mereka di zon antarabangsa lapangan terbang yang terletak di negara Schengen.

Ia bagi memastikan kelancaran pergerakan pelancong antara enam negara jiran berkenaan dan menerima maklum balas positif terhadap konsep visa tunggal daripada kebanyakan pemimpin.

Thailand meletakkan sasaran menjana lebih banyak pendapatan bagi setiap pengembara serta melindungi ekonomi daripada cabaran seperti kelembapan eksport dan kelemahan permintaan global yang menjejaskan industri pembuatan negara itu.

Inisiatif visa tunggal itu dijangka dilaksanakan bagi jangka panjang.

Industri pelancongan memberi manfaat kepada hampir 20 peratus keseluruhan jumlah pekerjaan di Thailand dan menyumbang kira-kira 12 peratus kepada ekonomi dengan nilai AS$500 bilion (RM2.37 trilion).

Ia berkembang pesat dan mengatasi kemerosotan sektor pembuatan dan eksport yang menjadi benteng tradisional ekonomi, kecuali ketika pandemik COVID-19 dan pentadbiran Srettha menyasarkan kemasukan 80 juta pelancong menjelang 2027.

Sejak mengambil alih pentadbiran tujuh bulan lalu, pentadbiran Srettha memberi pelepasan visa secara berkala kepada China, selain menawarkan pelepasan visa sementara bagi pelancong dari India, Taiwan dan Kazakhstan. - AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2024 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku sekarang suka follow pompuan pandai masak nama salee or salli kat FB.. dia cakap kelantan loghat selatan thai... mmg dia masak tu banyak betul tak kedekut bahan....


Mmg gitu la org thai pandai masak sedap2 sebab tak kedekut bahan
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 7-4-2024 06:59 PM
Aku sekarang suka follow pompuan pandai masak nama salee or salli kat FB.. dia cakap kelantan loghat ...

Masakan Thailand memang Authentic.

Tak guna bahan bahan fake...kalau boleh semua fresh dan authentic serta locally grown..sebab tu org pergi sana...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Israel boleh masuk malaysia dak if 6 countries guna single visa seperti shengen visa ?.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.422600 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list