CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15151|Reply: 36

[Jenayah] "Saya Rasa Is Normal Lah" - Nak Build Respect Kepada Senior Dan Orang Tua, Rasa Ok Membuli Suruh Basuh But Dan Stokin!

  [Copy link]
Post time 8-4-2024 05:20 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan but.

Bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali menganggap isu pemain junior membasuh kasut serta stoking pemain senior adalah satu perkara biasa dalam bola sepak.

Safee berkata demikian selepas ada pendedahan yang dilakukan oleh Azmeer Yusof dimana beliau menyatakan pernah dibuli ketika awal kariernya sebagai pemain bola sepak.

Dalam satu video yang dimuat naik Makan Bola, membasuh kasut serta stoking adalah satu cara untuk membina rasa hormat antara pemain senior dan junior.

“Nak bina rasa hormat terhadap senior. Menghormati orang yang lebih tua. Ianya bukan buli. Saya rasa perkara biasa kalau disuruh basuh kasut dan stoking.

“Zaman dulu dah ada perkara macam tu. Mental kita kena kuat kalau nak jadi pemain bola sepak. Setakat basuh kasut saya rasa ok,” katanya.

Safee Sali mendedahkan beliau sendiri pernah mengalami kejadian seperti itu dan menurut beliau ia membina jati diri yang dibawa sehingga ke hari ini.

Sebelum ini, menerusi laman Facebook miliknya Azmeer mendedahkan kejadian buli yang berlaku kepada dirinya ketika bergelar pemain profesional.

“Berlaku di airport luar negara. Pemain senior waktu tu ambil tiket flight saya, keronyokkan dan campak tiket saya tu dalam tong sampah. Bila saya tanya masing-masing tak mengaku tiket saya di mana. Dorang siap gelak-gelak lagi waktu tu.

“Bersaksikan airport KLIA, saya dipaksa untuk angkat semua beg pemain masuk ke dalam. Kitman pun buat sebab tu memang kerja dia. Tapi saya diberi arahan khusus dari seorang pemain senior untuk angkat semua beg-beg pemain tu. Waktu angkat beg-beg tu, pemain lain sedap-sedap berjalan p makan sambil tunggu untuk naik flight.

“Tengah nak balik ke rumah, motor saya mati tengah jalan. Ada pemain tutup saluran minyak ke karberator saya. Masa check tu saya terpegang batang ekzos. Melecur beb tangan saya. Waktu melecur tu lah Allah ingatkan saya tentang pemain ini, tulisnya.

Menurut Azmeer, meskipun pernah dibuli sebelum ini, beliau bersyukur kerana kejadian yang berlaku membantunya untuk memperkuatkan mental bagi menghadapi semua cabaran yang hadir dalam kariernya sebagai pemain bola sepak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2024 05:52 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodo semua ni... Ni bukan asrama sekolah.. Nak bentuk jati diri kepala buto ko la safee.. Main hauk..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah ak x setuju budaya buli membuli ni.. Knp nk normalise kan Bende2 camni... Ak bc dak ni kn buli pun ak panas.. Safee tu mungkin pembuki tegar nak2 dai popular ms tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2024 06:49 AM | Show all posts
boikot buli
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Butuh ko sapi nk jati diri bagai..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2024 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
CARI-Author replied at 8-4-2024 06:49 AM
boikot buli


Boikot safee lah pandai. buli tak bersalah

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kepompong at 8-4-2024 06:00 PM

buli CARI-Author
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2024 07:36 AM | Show all posts
sampai g amek ticket flight kerenoyok masuk dalam tong sampah pastu pedajal motor orang lain tu nak build respect kemenda... pemain bola sepak kat malaysia ni even yg senior2 tu dahla main cam tahi ada hati nak demand junior respect korang.. bukannya korg tu level2 beckham or christiano ronaldo pown..

aku rasa, beckham ngan cr pown xder nak buli junior camni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
ape ape jelah/excuse lelaki pempuan cenggini, asalkan boleh halal buli.. pui
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Stop lah glorified bully ini...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahhahha maskot/clown  CI. Terhibur aku
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 08:46 AM | Show all posts
Tak sabar iolls nak tunggu anak2 Safee ni kena buli dekat sekolah, pastu dekat tmpt kerja. Masa tu iolls nak kata, heolls anak beranak inherited budaya buli tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2024 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
boikot safee
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
kakigebang replied at 8-4-2024 06:26 AM
Bodo semua ni... Ni bukan asrama sekolah.. Nak bentuk jati diri kepala buto ko la safee.. Main hauk. ...

Baca tajuk saja sudah teringat SBP. Ini adalah salah satu pemikiran bodoh yang tersebar meluas di SBP dari zaman berzaman.

Salah satu sisi gelap SBP di sebalik kesuciannya pada pandangan mata parents Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 11:56 AM | Show all posts
“Nak bina rasa hormat terhadap senior. Menghormati orang yang lebih tua. Ianya bukan buli. Saya rasa perkara biasa kalau disuruh basuh kasut dan stoking.

“Zaman dulu dah ada perkara macam tu. Mental kita kena kuat kalau nak jadi pemain bola sepak. Setakat basuh kasut saya rasa ok,” katanya.


dibawa dari generasi ke generasi......



sebiji perangai macam buang sampah tepi jalan, perangai di bawa dari generasi ke generasi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2024 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 8-4-2024 12:07 PM

Comel but jahlop

Terselak baju nampak lutot.. mujur tak berkerak mcm kaki fajurap

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2024 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 8-4-2024 12:04 PM
Comel but jahlop  

Terselak baju nampak lutot.. mujur tak berkerak mcm kaki fajurap

lecak macam lupya
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 02:28 PM | Show all posts
jgn membudayakan dan menormalisasikan bully...membuli adalah haram...sepatutnya motto itu di war-war kan dlm masyarakat...membuli itu ibarat makan babi
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 02:30 PM | Show all posts
Nfir replied at 8-4-2024 10:32 AM
Baca tajuk saja sudah teringat SBP. Ini adalah salah satu pemikiran bodoh yang tersebar meluas di  ...

bukan SBP je...majoriti institusi sosial di seluruh dunia...semacam child pornografi...say no to child pornografi, say no to bullying
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.090243 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list