View: 27200|Reply: 177
|
[Tempatan]
Tarikh 1 Syawal jatuh pada hari Rabu 10/4/2024. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga CARI. Maaf Zahir dan Batin
[Copy link]
|
|
Edited by CARI-Author at 9-4-2024 09:24 PM
KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 9 April di 29 lokasi di seluruh negara.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam kenyataan, hari ini memaklumkan tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan akan diisytiharkan pada malam itu juga melalui radio dan televisyen.
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan MohorBesar Raja-raja, mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ialah pada petang Selasa, 9 April 2024 Masehi bersamaan 29 Ramadan 1445 Hijriah," menurut kenyataan itu.
Majlis Raja-raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal adalah di Pontian Kecil, Johor, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka, Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Negeri Sembilan, Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Balai Cerap Selangor Sabak Bernam di Selangor serta Pantai Pasir Panjang, Manjong di Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.
Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak Kuala Muda, Pemandangan Indah Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah, Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Setiu di Terengganu.
Lokasi melihat anak bulan di Kelantan pula ialah Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu, manakala di Sarawak ialah Pusat Falak, Miri, Teluk Bandung, Kuching; dan Tanjung Batu, Bintulu.
Di Sabah ialah Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, di Pahang ialah Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Menara Kuantan 188.
Empat lagi lokasi ialah Menara Universiti Malaysia Sabah di Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tarikh 1 Syawal jatuh pada hari Rabu 10/4/2024. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga CARI. Maaf Zahir dan Batin
Edited by ultra78 at 9-4-2024 08:09 PM
Telah diumumkan oleh penyimpan mohor besar bahawa tarikh Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Rabu 10/4/2024.
Terima kasih.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bulan sudah gerhana tetapi masih menganggap Badrul Muhayat |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cmf_almondpecan at 31-3-2024 09:59 PM
kakikuDibibirmu replied at 31-3-2024 09:18 AM
Bulan sudah gerhana tetapi masih menganggap Badrul Muhayat
Lama tak dengar ayat ni |
|
|
|
|
|
|
|
Saudi mula puasa awal dari kita adakah 29 dan 30 hari puasanya. MBS tu dgn mak/nanny yahudi dia kadang ikut kepala dia juga. Masa mula puasa aritu ada dengar desas desus kata sebenarnya tak nampak pun anak bulan lagi..
So.. Adakah akan raya terkejut tak terkejut.. Weather forecast cuaca beralih ke mendung dan hujan.. Rasa macam susah je nak nampak anak bulan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak nampak anak bulan mesti kena cukupkan 30 hari puasa, kan? Sbb ikut kalendar Ramadan ada 29 hari tahun ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau mekah puasa 29 hari kita ikut kiraan falak dan tak nampak anak bulan 30hari juga ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Knp x umum on the spot? Sblm maghrib dh tau raya je idok, blh plk heret sampai nak masuk isyak baru declare |
|
|
|
|
|
|
|
Also sibuk di Texas sana dah bersusun 5 ekor red heifer sapi yg nak di sacrifice kan bersamaan dgn gerhana matahari 8hb April. Sempena menyambut menyeru messiah depa. Adakah akan berlaku pencerobohan besar2 di masjidil Aqsa waktu hari raya nanti.. Tak sabar nak robohkan untuk bina temple solomon mereka.. |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 31-3-2024 05:04 PM
Apa maksud nya
Nampak ke x nampak ke dh fixed raya 10 hb...xyah nk tekejut tekujat bagai lagi tahun ni |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 31-3-2024 07:09 PM
Knp x umum on the spot? Sblm maghrib dh tau raya je idok, blh plk heret sampai nak masuk isyak baru ...
Kena tunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong
Yang di-Pertuan Agong nak makan nasik dahulu waktu berbuka, baharu perkenan tarikh hari raya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ahriman at 1-4-2024 10:46 PM
Disebbkan 2 tahun lepas raya mengejut.
Mungkin tahun ni iols lebih bersedia klau tiba2 raya awal.
Kelam kabut raya 2 tahun lepas. |
|
|
|
|
|
|
|
Lantakkan jika raya terkejut2 spt 2022, brg stok mknn semua ada hanya nak cepat atau lambat sama saja nak penat awal atau penat kemudian |
|
|
|
|
|
|
|
tak jadi lak macam dulu perak dan johor raya awal sehari dari yang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 31-3-2024 08:11 PM
Kena tunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong
Yang di-Pertuan Agong nak makan nasik dahulu waktu ber ...
Grup wassap kan ada, sambil buka kan dh blh approve |
|
|
|
|
|
|
|
Selasa 9 April tengok anak bulan dah 30 Ramadan, mmg jawabnya Raya 10 April lah. Bulan Islam kan either 29 atau 30 hari. Unless kalau tengok anak bulan 29 Ramadan, yg tu chances ada kalau Raya terkejut. |
|
|
|
|
|
|
|
ulamalu replied at 31-3-2024 10:32 PM
Selasa 9 April tengok anak bulan dah 30 Ramadan, mmg jawabnya Raya 10 April lah. Bulan Islam kan ei ...
Rasanya 9april tu baru 29 ramadhan. Sebab iols perasan kat kalendar puasa 29hari. 10april dah 1 syawal. Iols pelik jugak kenapa tarikh tengok anak bulan 9april. Sebab apa, kat kalendar tu dah tetap siap2 puasa takat 29 hari ramadhan ja. Macam tau2 awal je yang esok tu nak raya dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Buatnya 9april tu teropong tengok taknampak anak bulan, makanya raya jatuh hari khamis la ye 11 april. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum puasa tu hari, iols ada dengar ceramah ustaz badlishah pasal penetapan tarikh hari awal ramadhan dengan hari raya ni. Kelakor pun ada dengar dia citer. Sebab dia pun terlibat jugak masa teropong tengok anak bulan tu. Rupanya iols baru tau yang masa pengumuman oleh mohor besar tu, diorang buat rakaman dalam dua versi. Iaitu raya hari esok @ lusa. Aiols mati2 ingatkan secara live masa pokcik mohor besar tu announce kat tv. |
|
|
|
|
|
|
| |
|