CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17045|Reply: 5

[Jenayah] Dikawal ketat, lelaki Israel mengaku tidak bersalah

  [Copy link]
Post time 12-4-2024 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 12-4-2024 11:21 AM

KUALA LUMPUR: Lelaki Israel, Shalom Avitan yang dikawal ketat Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, sebentar tadi untuk didakwa mengikut Akta Senjata Api.

Konvoi kira-kira enam kenderaan polis diiringi dua motosikal berkuasa tinggi polis trafik membawa suspek berusia 38 tahun, tiba di perkarangan kompleks mahkamah pada jam 8.09 pagi, sebelum dibawa turun dari trak polis seterusnya masuk ke bangunan mahkamah pada jam 8.11 pagi.

Suspek yang dilihat memakai kemeja T tidak berkolar warna hitam, berseluar kargo hijau khaki dan memakai pelitup muka hitam diiringi lebih 15 anggota polis serta pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) lengkap dengan uniform taktikal dan bersenjata api.

Turut kelihatan hadir di mahkamah, Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur menjadi tumpuan petugas media bagi membuat liputan pertuduhan yang dijalankan ke atas lelaki warga Israel terbabit.

Seawal jam 7 pagi tadi, kira-kira 30 petugas media mula berkumpul di lobi bangunan mahkamah bagi membuat liputan pertuduhan ke atas Shalom yang dijangka berlangsung pada jam 9 pagi.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan siasatan terhadap lelaki Israel itu selesai dijalankan mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat).




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2024 11:09 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Avitan Shalom, lelaki warga Israel dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas dakwaan memiliki enam pistol jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger serta 158 peluru, pada Mac lalu.

Lelaki yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis itu, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.

"Saya faham tuduhan, tidak bersalah," katanya ringkas.

Mengikut pertuduhan, Shalom, 38 didakwa memiliki enam senjata api dan peluru berkenaan pada 26 hingga 28 Mac lalu di Hotel Four Seasons, di sini.

BH



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2024 10:51 AM | Show all posts
Netizen yang pendek akal terus kutuk KLIA CIQ hari tu, macam mana boleh lepas, dengan senjata api lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2024 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kedutaan Perancis so far senyap sunyi ja ka? Masuk sebagai warga depa kan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2024 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
banyak kali 'mende camni' dipaparkan kat 'citer' omputeh..KITA jer yg lalai.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2024 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Slh seorg member I hubby dia kja polis mcm ni lah
Badan besar, rambut pjg.
Muka memang garang
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.226500 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list