CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1584|Reply: 6

[Tempatan] Agong harap lebih banyak syarikat China melabur di Malaysia

[Copy link]
Post time 13-4-2024 04:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 13-4-2024 12:08 AM



Agong harap lebih banyak syarikat China melabur di Malaysia.
Diterbitkan:  Apr 12, 2024 5:46 PM
Dikemaskini: 10:50 AM












Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berharap lebih banyak syarikat China akan melabur di Malaysia, sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat di negara ini.


Perkara itu dinyatakan oleh Seri Paduka Baginda apabila berkenan menerima menghadap Duta Besar China di Malaysia, Ouyang Yujing, hari ini, yang turut disertai oleh Presiden FAW Hongqi Global, Wang Lingyu dan tokoh perniagaan Tan Sri Lim Kok Thay dan Datuk Lim Chee Wah.

Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda itu membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China serta isu-isu semasa berkaitan kedua-dua negara.

“Dalam sesi menghadap ini, seri paduka turut berkenan memberikan pandangan mengenai hala tuju hubungan diplomatik antara kedua-dua negara dan keperluan untuk mengenal pasti peluang kerjasama yang lebih luas,” menurut hantaran yang dikongsikan melalui Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.




Menerusi hantaran itu, Sultan Ibrahim bertitah bahawa China adalah salah satu kuasa ekonomi dunia yang penting dan rakan dagang yang besar kepada Malaysia.

Justeru, Seri Paduka Baginda berharap Malaysia menggunakan keupayaan uniknya untuk memanfaatkan dan meningkatkan jumlah dagangan, pertukaran teknologi serta turut mengembangkan eksport ke China.

Dalam pertemuan yang sama, Seri Paduka Baginda turut dipersembahkan dengan Hongqi L5, sebuah kereta keluaran China dan Sultan Ibrahim merupakan pemilik pertama di dunia.

Kereta keluaran FAW Group yang menampilkan rekaan gaya retro itu digunakan oleh pemimpin tertinggi China bagi acara kenegaraan serta diplomatik.




https://www.malaysiakini.com/news/702324




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2024 04:09 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 13-4-2024 12:21 AM

Cuba kau orang tengok video ni ada rasa hairan tak mula pada minit ke 11?








Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2024 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Polest City tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2024 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa bkn syarikat US? Zmn najib dlu best. Dgn china dia kaut, dgn US pon kaut. Kita xpyh pilih mana2, kipas je dua2 sbb yg untung kita
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2024 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 13-4-2024 07:55 PM

Penempatan dah ada sekolah ada mall ada pekerjàan utk mereka ada kilang mereka ada sikit2 lama2  satu tempat 2-5 kawasan mereka yg punya, jajahan sedikit demi sedikit lama2 jadi bandar prc, lama2 Malaysia dipenuhi bangla indon prc nepal pakistan myanmar dan keturunannya 4 generasi
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2024 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aik??? Tu jer lah komen acik sebab depa suka sentop!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2024 10:56 PM | Show all posts
anony-mous replied at 13-4-2024 04:32 PM
Kenapa bkn syarikat US? Zmn najib dlu best. Dgn china dia kaut, dgn US pon kaut. Kita xpyh pilih man ...

belum sedar dr mimpi ke,  US kang just minat caling back semua pelabur masuk US semula dan bina kilang kat US supaya dpt kurangkan kadar penganggur ... dedua parti democrat dan republican nak pakai cara ni dpt undi  ... Taiwan Korea dedua penjilat US pon di paksa pindah lebih byk kilang ke US atau Amerika Latin

nak harapkan US datang melabur bumi Melayu ...  datang tu datang la ... tapi takat buka cawangan ofis jelah,  yg ni negara lain pon ada  ....  lagipon semua lelaki bebird gatal termasuk pelabur asing,  lenkali PAS jadi gomen,  night club semua haram mana la syok ...  barangkali bisnes tak menepati ugama terpaksa tutup semula,  so wat pe orang nak buang modal besar kat sini

tupun kilang weols mostly amik warga asing,   baik terus buka kilang kat negara asal warga asing

awas ya,  kalu US amik modal besar nak masuk bumi Melayu jauh lagi bahaya,   jgn lupa krisis kewangan 1997 yg di kerjakan Yahudi



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.053414 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list