CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3819|Reply: 5

‘Sudah Cukuplah! Kami Mahu Pulang Ke Tanah Dan Rumah Kami’

[Copy link]
Post time 16-4-2024 09:43 AM | Show all posts |Read mode




BANDAR GAZA – Beribu-ribu rakyat Palestin cuba pulang ke rumah mereka di utara Gaza kelmarin, sebelum diusir oleh askar Israel menggunakan tembakan, lapor stesen penyiaran CNN.


Video yang dirakam oleh seorang pemberita CNN menunjukkan jalan pantai Al Rasheed yang berbahaya dipenuhi dengan keluarga yang berjalan kaki bersama barangan milik mereka.


Sebahagian daripada mereka yang mengayuh basikal, menaiki pedati keldai dan trak pikap melemparkan senyuman dan merakam gambar ketika cuba kembali ke rumah masing-masing.


“Saya mahu pulang ke Bandar Gaza. Sudah cukuplah! Kami mahu pulang ke tanah dan rumah kami. Kami sudah penat menjadi pelarian. Kami dimaklumkan bahawa sudah boleh pulang (ke utara), namun ia bukan berita rasmi,” kata seorang penduduk, Majd El-Aqqad.


Namun, hasrat mereka untuk kembali ke rumah masing-masing punah apabila mereka disambut dengan tembakan oleh tentera Israel sejurus tiba di kawasan pemeriksaan.


“Dua lelaki muda menyelinap di antara saya dan wanita lain yang sedang beratur di pusat pemeriksaan sebelum askar Israel melepaskan tembakan ke arah kami,” kata seorang wanita, Sabreen.


Tambahnya, kekacauan kemudian berlaku apabila orang ramai mula berasak-asak antara satu sama lain ketika cuba melarikan diri daripada terkena tembakan.


Anaknya yang berusia lima tahun, Sally Abu Laila turut mengalami pendarahan di kepala akibat insiden itu.


Sabreen telah cuba pergi ke utara bersama suaminya tetapi dihalang tentera Rejim Zionis, menyebabkan mereka terpaksa berpatah balik.


Dalam pada itu, tentera Israel berkata: “Utara Semenanjung Gaza terus menjadi zon perang yang aktif dan kembali ke kawasan itu tidak dibenarkan buat masa ini.” – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 05:23 PM | Show all posts
kesian dorang ni nak tolong pun mati kutu
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
"saiya ta mau balik la abang...sini jugak mau..kasi kami selayang la..."rohingya
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan. Jiwa mereka besar. Hati mereka kental. Bangsa2 lain di dunia belum tentu survive dengan ujian sebegini.


Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh dh knapa sorg tu cam roper fikri anak pak berahim?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Buang hamas
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.605992 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list