CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7328|Reply: 16

[Tempatan] Suspek kes tembak KLIA mungkin nak lari ke Mekah - Polis

[Copy link]
Post time 16-4-2024 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


N Faizal Ghazali
Diterbitkan:  Apr 16, 2024 12:05 PM



Polis tidak menolak kemungkinan suspek dalam kejadian tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa

KLIA (KLIA) - yang kini direman - merancang untuk melarikan diri ke Mekah melalui sempadan Kelantan-Thailand.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata selepas menjadi buruan pihak berkuasa ada kemungkinan Hafizul Hawari cuba meloloskan diri melalui sempadan berkenaan untuk bersembunyi di negara lain.

Bagaimanapun, katanya, polis belum dapat mengesahkan kaedah yang mahu digunakan lelaki terbabit bersama persediaan yang dibuatnya, termasuk sejumlah wang asing serta pasport.

“Memang dia kerap ke luar negara, (justeru) saya tak menyangkal kemungkinan itu (mahu menuju ke Mekah), tapi setakat ini ia masih lagi suatu kemungkinan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di Kota Bharu, hari ini.


Hafizul, 38, diberkas pihak berkuasa di Kota Bharu semalam selepas menjadi buruan kerana melepaskan tembakan ke arah isterinya di KLIA pada awal pagi kelmarin.



Mohd Shuhaily (dua dari kiri) menunjukkan pelbagai barang yang dirampas polis daripada Hafizul di IPK Kelantan, hari ini, disaksikan Ketua Polis Kelantan, Zaki Harun (kiri).


Bagaimanapun tembakan tersebut terkena seorang daripada dua pengawal peribadi wanita berkenaan.

Mohd Shuhaily berkata tangkapan ke atas suspek berkenaan dibuat ketika dia mahu mengambil laporan ujian kesihatan di sebuah hospital swasta di Kota Bharu.

Katanya lelaki terbabit juga menginap di sebuah hotel berhampiran dengan hospital berkenaan.


Antara barangan suspek yang dirampas polis

Menurut Mohd Shuhaily selepas kejadian di KLIA itu suspek terus bergerak ke Kelantan menggunakan sebuah kereta jenis Honda Civic yang menggunakan nombor pendaftaran palsu bagi mengelak dia dikesan pihak berkuasa.

“Polis mendapat maklumat bahawa suspek menginap di sebuah hotel di Kota Bharu, dari situ intipan dibuat sehinggalah membawa kepada penahanan suspek di hadapan sebuah hospital swasta.

“Suspek ketika itu mahu mengambil laporan ujian kesihatan dari hospital berkenaan,” katanya.

Suspek bertindak sendiri

Susulan tangkapan itu Mohd Shuhaily berkata polis merampas sepucuk pistol jenis Glock-19 beserta lapan peluru hidup selain sekotak peluru dengan 24 butir peluru hidup serta enam telefon bimbit.

Tidak ketinggalan polis juga menemui dan merampas pasport milik suspek bersama sejumlah mercun bola, wang tunai dalam bentuk mata wang bhat Thailand dan riyal Arab Saudi, tiga kunci kereta, seutas jam tangan dan empat kad pengenalan milik orang lain.

Tambahnya berdasarkan siasatan awal juga, polis mendapati suspek seorang hafiz dan pernah belajar di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.

“Semasa soal siasat kami dapati suspek seorang hafiz, mahir dalam bidang agama dan al-Quran," katanya.


Ditanya mengenai motif serangan, Mohd Shuhaily berkata, polis percaya ia masih berkisar tentang isu peribadi di antara suspek dan isterinya.

"Buat masa ini tidak ada motif lain," katanya.

Kata Mohd Shuhaily, polis juga yakin suspek bergerak sendirian dan tidak mempunyai sebarang rangkaian atau perancangan dengan orang lain.

Sementara itu Mohd Shuhaily berkata suspek akan dibawa pulang ke Selangor untuk membolehkan polis menyelesaikan segala kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan cuba membunuh.

“Polis juga akan panggil semula beberapa saksi untuk memperkemaskan lagi siasatan sebelum dibawa ke peringkat pendakwaan,” katanya lagi.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2024 03:45 PM | Show all posts
menuju jalan taubat?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga walaon penunggang agama burjaya ke tali gantung...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 03:55 PM | Show all posts
Fefeeling jihad? Lawak hari raya ka ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 16-4-2024 05:07 PM

rasa jantan ni bab duit je dia beria.dh nak serai kan, so habuan uwang dh tak mandang, n bini pun dh buat bisnes asing. sbb fb dia pun kemain cita2 nak jdi millionaire billionaire trillionaire gitu. siap kata nk kan 7 peguam utk handle kes dia.. delulu tahap doremon (mujur le anak beranak dia bjenis la juga, suruh dia serah diri kan, sian kt mak pak, oso kat brader bodigad tu. apelah dia ni)
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
first time i dgr org jht nk lari p mekah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2024 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Wowwww siap nak lari ke mekah lepas cubaan bunuh orang


Terpaling religion riding
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ternyata mastika suatu ketika dulu membongak
dulu nak ke mekah kan main ala2 taubat nasuha la masing2, ketor lutut yg ada peel hangsuang tu. skrg lepas tembak org sakan lari ke mekoh

sesia la jadi hafiz, bijak bab agama, sek pondok, ujung2 camni jadinya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2024 05:38 PM | Show all posts
slim fit la tuan



Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Silap kot

Sebenarnya nak lari ke serambi mekah yakni negeri kelanatan
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Suspek ketika itu mahu mengambil laporan ujian kesihatan dari hospital berkenaan,” katanya.

Ok dah dapat jawapan. Curios jugak iols kat tered satu lagi kenapa suspek buleh selamba pi hospital sampai buleh tertangkap di situ. Rupanya nak ambik medical report. Tapi kira tak berapa cekap jugak suspek ni. Kereta buleh teringat nak guna nom plat palsu. Tapi waktu nak check in hotel telupa nak menyamar ke camna, sampai ada orang awam barangkali yang perasan suspek, then maklumkan pada polis.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 10:49 PM | Show all posts
Dia memang familiar dgn mekah. I try tepek link x kalau menjadi ye.


— Nur Aimuni (@nuuraimuni) April 14, 2024 ">Loading Tweet...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 16-4-2024 05:38 PM
slim fit la tuan

Tuan haily dari jauh nmpk mcm orang muda.

  



Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tentu heols menginap kat hotel perdana pastu check up kat kpj perdana tu. Berapa langkah je dengan ipk tu. Dia ingat staf hospital dan hotel tak kenal dialah kot.




Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 02:45 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 16-4-2024 10:55 PM
Tuan haily dari jauh nmpk mcm orang muda.

Dalam Group Telegram Edisi Siasat panggil dia Si Sohai
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 08:51 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 16-4-2024 10:55 PM
Tuan haily dari jauh nmpk mcm orang muda.

uittt
dia sendiri pegi kelantan hadap mamat ni
perghhh
mesti dlm flight tu berbakul kena basuh

igt yg die bg ucapan kt event polis tu
cer bygkan tanpa press
dgn suspek je pulak tu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 08:53 AM | Show all posts
kemaruk replied at 16-4-2024 05:40 PM
Silap kot

Sebenarnya nak lari ke serambi mekah yakni negeri kelanatan

koh koh koh

tu yg sebenarnya




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.079048 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list