CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7880|Reply: 20

[Dunia] Lapangan terbang Dubai banjir besar

  [Copy link]
Post time 17-4-2024 10:17 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 16-4-2024 06:24 PM

Pesawat redah banjir macam bot di Dubai

  • Oleh KOSMO!
  • 17 April 2024, 9:42 am






Keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai yang dinaiki air. - Tangkap layar/Saudi Gazette


DUBAI – Lapangan terbang antarabangsa utama Dubai melencongkan berpuluh-puluh penerbangan masuk semalam ketika hujan lebat melanda Emiriyah Arab Bersatu, menyebabkan banjir berlaku di merata-rata tempat di negara gurun berkenaan.

Lapangan terbang paling sibuk untuk penumpang antarabangsa itu mengesahkan penangguhan ketibaan pesawat pada pukul 7.26 malam (waktu tempatan) sebelum mengumumkan ketibaan semula secara beransur-ansur lebih dua jam kemudian.

Terdahulu, lapangan terbang yang dijadualkan menerima ketibaan lebih 100 penerbangan petang semalam itu mengambil langkah luar biasa menangguhkan seketika operasinya akibat huru-hara disebabkan ribut yang berlaku.

Dubai yang merupakan pusat kewangan Asia Barat,  lumpuh disebabkan hujan lebat mencetuskan banjir di serata UAE dan Bahrain, manakala 18 orang terkorban di Oman pada Ahad lalu serta kelmarin.

Operasi di lapangan terbang Dubai turut digantung selama 25 minit pada tengah hari semalam sebelum pulih semula.

Penerbangan keluar masih beroperasi pada waktu petang tetapi dibelenggu oleh masalah kelewatan dan pembatalan.

Jalan masuk ke lapangan terbang juga ditenggelami air.
Senario serupa berlaku di serata Dubai dan tempat-tempat lain di UAE. – AGENSI


https://www.kosmo.com.my/2024/04/17/pesawat-redah-banjir-macam-bot-di-duba/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
MasyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 01:11 PM | Show all posts
masalah kat padang pasir ni, diaorang tak ada perparitan yang sempurna, kerana mereka anggap negara mereka jarang hujan...

harap perumahan baru mereka, ada saliran perparitan yang sempurna...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Gurun sahara akan menjadi hutan rimba.

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kun fayakun...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 17-4-2024 01:16 PM
Gurun sahara akan menjadi hutan rimba.

Pulanglaaahh sahajaaa.. wahaii gadiskuuuuu…
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2024 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kesian!
Negara je maju, tapi sistem perparitan hauk. Masak gi sana, borak dgn orf sana dgn penuh yakinnya cakap hujan setahun few times je takkan banjir. Ni sekali Allah swt bagi, tiap kali hujan
terus banjir besar. Kun Fayakun
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 01:50 PM | Show all posts
hujan hasil cloud seeding.  para peniaga dan syarikat2 serta penduduk pun dah di beri amaran seminggu sebelum hujan.  banjir pun tiap2 tahun ada cuma kawasan banjir bukan kawasan yang terkenal (eg; dubai airport), so takde la diwar2kan sgt.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya kapal terbang dah jadi kapal laut
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 01:56 PM | Show all posts
shamsadis replied at 17-4-2024 01:11 PM
masalah kat padang pasir ni, diaorang tak ada perparitan yang sempurna, kerana mereka anggap negara  ...

ye betul....semua catered to musim panas 50C+++  yang tiap2 tahun selama 4-5bulan....hujan cuma beberapa hari setahun...banjir paling kuat sehari je, then surut dan byk tenaga kerja utk pembersihan dan membaikpulih. dan rumah2 atau perniagaan memang ada insurans.  

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 02:05 PM | Show all posts
nazzse replied at 17-4-2024 01:28 PM
Tak kesian!
Negara je maju, tapi sistem perparitan hauk. Masak gi sana, borak dgn orf sana dgn penuh ...

tak perlu kesian pun.  sebab negara kaya, ramai tenaga kerja, rumah dan pusat perniagaan ada insurans.  esok lusa business as usual.

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 02:06 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 17-4-2024 01:53 PM
Bestnya kapal terbang dah jadi kapal laut

Kalau ter tak sengaja tak mengapa. Tapi jangan bang awal daripada masuk waktu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kena banjir nie baru diorg buka mata sikit kot.. asyik nak buat bangunan tinggi jer kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Mekah pun ada masa banjir.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 02:19 PM | Show all posts
Edited by mawarputih2612 at 17-4-2024 02:20 PM

sib bek aku dh pegi bln feb aritu
mmg dubai takde parit
tak jumpa pun parit kt sana
taktau la klu ada tempat lain yg adabln feb tu pun ada hujan tp takla sampai banjir kilat
tu pun dh dpt alert dr govt, inform yg skolah tutup dan blajar online jer

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow mcm tak percaya DXB dah nampak mcm lautan. Dulu masa iols pergi panas nak mampus suhu atas 40°c+++. Puas hati pulak tgk tempat kering mcm tu dipenuhi air.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 02:23 PM | Show all posts
misc replied at 17-4-2024 02:20 PM
Wow mcm tak percaya DXB dah nampak mcm lautan. Dulu masa iols pergi panas nak mampus suhu atas 40°c ...

uols pegi bulan bila
aritu g sana cuaca sejuk & hujan
susah nk bergerak sgt, lg bwk budak asyik pakai jaket je
ingat nak pegi msim panas pulak
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 02:29 PM | Show all posts
baru saja aku tgk utube depa dok hijaukan padang pasir kt sana for food so punca ayaq pakai cloud seeding la hahhh ko banjir trus
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 02:47 PM | Show all posts
mawarputih2612 replied at 17-4-2024 02:23 PM
uols pegi bulan bila
aritu g sana cuaca sejuk & hujan
susah nk bergerak sgt, lg bwk budak asyik pa ...

musim panas, hotel2 murah2....nurai island tu pun boleh dapat lower than half price....kedai2 makan pun byk yang buat promo buy two with one price....tapiiii....panas berdentum la chuols....(june-oct).

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
mawarputih2612 replied at 17-4-2024 02:23 PM
uols pegi bulan bila
aritu g sana cuaca sejuk & hujan
susah nk bergerak sgt, lg bwk budak asyik pa ...

Dah lama sgt sebelum zaman covid lagi.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.076238 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list