CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6632|Reply: 12

[Tempatan] Penduduk Cina gembira dapat bantu orang Melayu pulang ke ibu kota

[Copy link]
Post time 17-4-2024 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 17-4-2024 05:34 PM

Sinarharian.com.my
NOOR AINON MOHAMED
16 APR 2024 5:59 PM



TELUK INTAN - 'Kami sangat senang hati dapat tolong semua' demikian reaksi Lee Weng Foong, 52, selepas menerima pujian masyarakat seluruh negara.

Dia merupakan salah seorang daripada kumpulan penduduk di Kampung Baru Palawan dekat Langkap di sini, yang membantu membuka jalan baharu bagi memudahkan orang Melayu balik semula ke ibu kota, Sabtu lalu.

Menurut Weng Foong, dia tidak menyangka usaha kecil penduduk kampungnya itu mendapat perhatian di media sosial.

"Terkejut juga apabila video kami tular dan rasa terharu menerima pujian ketika membaca komen positif netizen yang menghargai usaha kami itu.



Weng Foong menunjukkan jalan yang diratakan bagi memudahkan pengguna jalan raya melalui jalan pintas di kampungnya.
.

"Terima kasih atas penghargaan itu, kami hanya membantu sekadar yang boleh asalkan mereka dapat pulang dengan selamat. Itu yang lebih penting," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Selasa.

Penduduk, Chung Kok Keong, 53, berkata, jalan ladang kelapa sawit itu menjadi jalan alternatif bagi mengelak kesesakan sejak beberapa tahun lalu.


Tambahnya, kampungnya terletak antara jalan utama yang menghubungkan Chui Chak ke Bidor dan Kuala Bikam.

"Jadi jalan ladang sejauh tiga kilometer ini memang sudah menjadi jalan pintas buat pengguna jalan raya yang mahu mengelak kesesakan lalu lintas setiap kali musim perayaan.


Menurut Kok Keong, dia bersama beberapa penduduk lain sepakat mahu membantu meratakan jalan tersebut bagi memudahkan pengguna jalan raya meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

"Jadi kami menghubungi rakan yang mempunyai jengkaut yang sudi bantu meratakan jalan tersebut agar semua kenderaan boleh melepasinya.

"Kami hanya fikir untuk bantu mereka balik kerana kerja-kerja meratakan jalan itu sekejap saja, tidak sampai 10 minit dan malam itu berpuluh-puluh kereta dapat melepasi laluan itu," katanya.



Kumpulan penduduk Kampung Baru Palawan, Langkap gambira dapat membantu puluhan kereta melalui jalan ladang kelapa sawit ketika mahu pulang selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, Sabtu lalu.


Media melaporkan seorang pengguna media sosial melahirkan rasa terharu dengan sikap penduduk Cina di Daerah Ladang Bikam, Perak, yang membuka jalan baharu dengan jentolak semata-mata untuk memudahkan orang Melayu balik semula ke ibu kota selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Videonya milik Zairul Annuar menggunakan 'jalan tikus' ketika menuju ke Kuala Lumpur pada Syawal ke-4 itu tular di media sosial sejak Ahad.

Dia melahirkan rasa kagum dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh penduduk Cina di kawasan berkenaan ketika melalui kawasan ladang kelapa sawit yang gelap itu.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 05:33 PM | Show all posts
baik ada makna tu ... walaun and the genk cakap.........
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
BENTARA replied at 17-4-2024 09:33 AM
baik ada makna tu ... walaun and the genk cakap.........

Ntah apsal menda gini sekarang dianggap rare, touching bagai. Why ah. Socmed idiosyncrasies ke puncanya?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
nak kena highlight ni cina buat baikkkkk sangat
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 17-4-2024 05:55 PM
Ntah apsal menda gini sekarang dianggap rare, touching bagai. Why ah. Socmed idiosyncrasies ke pun ...

bila pepaduan tu tak sekukuh mana....maka benda camni..terus cam 'TER WOW!' sgt...walhal benda biasa jer pon...'ni semua salah mereka yg terdahulu'
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
BENTARA replied at 17-4-2024 05:33 PM
baik ada makna tu ... walaun and the genk cakap.........

Tu dah masuk dah sorang un.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2024 05:26 AM | Show all posts
Semangat org kampung lebih prihatin..well done


Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 05:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 17-4-2024 06:10 PM
bila pepaduan tu tak sekukuh mana....maka benda camni..terus cam 'TER WOW!' sgt...walhal benda bia ...

Exactly!!!!! Padahal ramai je orang orang baik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2024 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Cina KL dan Cina Penang yg berlagak nak mampus. Cina kampung aku......bolih datang Raya, bolih Gong Xi Fatt choy. Aku ambil Cina buat kebun aku......senang, terjaga. Dulu ambil Melayu, habis barai kebun aku. Sawit tak baja, rumput tak racun
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlm mn2 bangsa ada yg baik ada yg x baik. Bangsa melayu pun sama. Aku pun pernah ditolong oleh bangsa cina yg baik. Ini fact.

Dan aku blh namakan ahli politik cina, India Dan melayu yg x baik and everyone know who's is that
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Actually cina dekat kg baik2 je, kurang racist. Tipu la kalau xde sekelumit pun racism dlm diri, mana2 bangsa pun ada, tu mmg natural. Cuma x perlu dizahirkan n discriminate each other. Kat my kg, time raya cina, chinese dekat kebun sebelah ayah i bg sekotak limau kat ayah i. Kalau kitorg kenduri, dia tgk ramai org, dia akan bg jambu batu/pisang kat kitorg utk jamu tetamu. Ayah i pun bg paip air dia lintas kawasan rumah kitorg. Time raya aidilfitri, kitorg pulak bg kuih raya kat diorg. Kalau tahun baru cina, kitorg panggil raya cina. Time raya aidilfitri, diorg panggil raya melayu. Sbb semua raya adalah ‘raya’ bg kitorg. Bangsa tu nak bezakan siapa yg sambut n makan apa. Tu je.

That’s why i rasa kalau kat kg semua ok je. Kat social media/bandar besar je wujud benda2 racism ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
botol_tritan replied at 18-4-2024 10:01 AM
Actually cina dekat kg baik2 je, kurang racist. Tipu la kalau xde sekelumit pun racism dlm diri, man ...

Puncanya sebab tak saling berkenalan. Bila tak kenal maka tak cinta. Banyaklah syak wasangka yang bukan2 padahal tak betul pun. Mana kita nak tau betul ke tak kalau jumpa pun tak pernah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 18-4-2024 10:04 AM
Puncanya sebab tak saling berkenalan. Bila tak kenal maka tak cinta. Banyaklah syak wasangka yang  ...

Betul la tu.. benda ni la bnyk jadi kat social media. X kenal, tapi mengomen sesedap rasa. Tu yg terserlah habis racism masing2 (x kira bangsa).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.072205 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list