CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9046|Reply: 0

[Sarawak] Operasi khas JPJ Miri keluarkan 90 notis ketidakpatuhan

[Copy link]
Post time 18-4-2024 08:37 PM | Show all posts |Read mode


JPJ Cawangan Miri melakukan operasi khas dengan memeriksa kenderaan yang melalui Kilometer 5, Jalan Miri-Bintulu pada malam tadi.

MIRI: Sebanyak 90 notis ketidakpatuhan jalan raya dikeluarkan menerusi satu operasi khas dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Miri di Kilometer 5, Jalan Miri-Bintulu di sini, malam Rabu.

Menerusi hantaran di Facebook JPJ Negeri Sarawak, operasi bermula jam 7 malam dan berakhir pada jam 12 tengah malam itu melibatkan kekuatan 20 orang pegawai dan anggota dari Unit Operasi JPJ Cawangan Miri.

“Melalui operasi ini, sebanyak 90 notis ketidakpatuhan jalan raya dikeluarkan seperti tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi serta kesalahan teknikal yang lain seperti memasang aksesori yang menyebabkan bahaya.

“Turut disita adalah dua motosikal, sebuah kereta dan sebuah pikap atas kesalahan LKM tamat tempoh,” kata hantaran berkenaan.

Sementara itu, JPJ Negeri Sarawak memberitahu, tujuan operasi kali ini diadakan adalah menyasarkan pelbagai kesalahan oleh pengguna jalan raya serta meningkatkan pematuhan kepada peraturan jalan raya.

“Operasi juga memastikan kenderaan yang berada di atas jalan raya selamat digunakan dan tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

“Di samping dapat memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya berkaitan keselamatan seterusnya mengurangkan risiko kemalangan dan kematian di jalan raya,” ujarnya.

Untuk sebarang aduan trafik boleh disalurkan terus melalui aplikasi e-aduan @jpj atau http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan butiran aduan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.076137 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list