CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7953|Reply: 0

Video AI Aamir Khan, Ranveer Singh cetus kebimbangan

  [Copy link]
Post time 22-4-2024 03:06 PM | Show all posts |Read mode

Menerusi video palsu itu, Aamir dan Ranveer menuduh Modi gagal tunaikan janji

MUMBAI: Video palsu yang disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) membabitkan dua pelakon Bollywood mengkritik Perdana Menteri India, Narendra Modi, menimbulkan kebimbangan berhubung maklumat tidak benar disebarkan sepanjang pilihan raya di negara itu.

Melalui video yang dikesan tular di laman sosial itu, dua pelakon terbabit Aamir Khan dan Ranveer Singh, turut meminta orang ramai mengundi parti kongres pembangkang dalam pilihan raya umum negara yang sedang berlangsung.

Aamir muncul dalam video berdurasi 30 saat, manakala Ranveer pula dalam klip 41 saat menuduh Modi gagal menunaikan janji bagi menangani isu ekonomi kritikal sepanjang dua penggalnya sebagai perdana menteri.

Kedua-dua video itu berakhir dengan simbol dan slogan pilihan raya Kongres: 'Undi untuk Keadilan, Undi untuk Kongres'.


Hasil carian REUTERS, kedua-dua video itu meraih setengah juta kali tontonan sejak minggu lalu.

Pilihan raya sedang berlangsung di India sejak Jumaat hingga Jun ini.

Taktik pemalsuan yang dijana AI atau 'deepfakes', semakin digunakan dalam pilihan raya di beberapa negara lain termasuk di Amerika Syarikat (AS), Pakistan dan Indonesia.

Sebelum ini, kempen pilihan raya di India menumpukan kepada strategi rumah ke rumah dan ceramah di tempat terbuka.

Namun penggunaan meluas WhatsApp dan Facebook sebagai alat kempen bermula pada 2019.

Penggunaan AI dalam kempen pilihan raya India dikesan bermula tahun ini di mana Modi dijangka mempertahankan kedudukannya bagi penggal ketiga.

Jurucakap Kongres, Sujata Paul, berkongsi video pelakon Ranveer dengan 16,000 pengikutnya di X pada 17 April lalu.

Menjelang petang Sabtu, siarannya dikongsi semula sebanyak 2,900 kali, 8,700 kali tanda suka dan menerima 438,000 tontonan.

Paul berkata, walaupun video itu dilabel sebagai media manipulasi oleh X, beliau tidak memadamkannya kerana penghasilan itu dianggap kreatif. -REUTERS
https://www.bharian.com.my/dunia ... h-cetus-kebimbangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.097875 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list