CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4364|Reply: 0

Juventus tempah tiket final Coppa Italia

[Copy link]
Post time 24-4-2024 10:19 AM | Show all posts |Read mode

BARISAN pemain Juventus meraikan kejayaan mereka mara ke final Coppa Italia. FOTO REUTERS

Rom: Gol lewat oleh penyerang, Arkadiusz Milik memastikan Juventus mara ke final Coppa Italia menerusi kemenangan secara agregat 3-2 ke atas Lazio walaupun tewas 1-2 pada perlawanan separuh akhir kedua, awal pagi tadi.

Juventus menewaskan Lazio 2-0 di tempat sendiri pada aksi pertama tetapi penyerang Valentin Castellanos menyamakan kedudukan apabila dia menjaringkan dua gol pada minit ke-48.

Pemain gantian, Milik menjaringkan gol dari jarak dekat tujuh minit sebelum tamat perlawanan.

Pemegang rekod juara 14 kali, Juventus yang menjulang trofi terakhir mereka apabila memenangi Piala Itali pada 2020-21, mara ke final Coppa Italia kali ke-22.


"Lazio terpaksa mengubah permainan, adalah perkara biasa untuk menjangkakan aksi agresif," kata jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri pada sidang akhbar.

"Selepas ketinggalan 0-2, prestasi kami mula meningkat pada permulaan separuh masa kedua dan kami mendapat keputusan terbaik menentang Lazio yang beraksi cemerlang. (Tetapi) kami sepatutnya menjaringkan gol terlebih dahulu.

"Hari ini adalah perlawanan penting, jika tersingkir, ia memberi kesan kepada kami dari aspek psikologi memandangkan masih belum layak secara matematik untuk ke Liga Juara-Juara," katanya lagi.

Perlawanan akhir akan berlangsung di Stadium Olimpico pada 15 Mei.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -final-coppa-italia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.351319 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list