CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5281|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pembatalan PJD Link: Persatuan penduduk mohon pertimbang bas awam bersepadu

[Copy link]
Post time 24-4-2024 10:39 AM | Show all posts |Read mode

PETALING Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway (PJD Link)

Kuala Lumpur: Persatuan Penduduk Seksyen 20 Petaling Jaya menggesa pihak berwajib mempertimbangkan cadangan penyediaan sistem pengangkutan bas awam bersepadu selepas pembatalan projek pembinaan lebuh raya Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway (PJD Link).

Pihak berwajib itu membabitkan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan, Dr Afif Bahardin; pengarah majlis tempatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan perunding pengangkutan profesional.

Setiausaha Persatuan Penduduk Seksyen 20 Petaling Jaya, Michael Kum PMP berkata, penyediaan ini boleh bermula dengan lokasi paling kritikal dengan penumpuan di Taman Medan yang menjadi keutamaan tinggi untuk diselesaikan.

"Disebabkan jalan dan perhubungan yang agak lemah, ia bergelut dengan kesesakan lalu lintas dan pilihan pengangkutan awam terhad, membawa kepada ketidakselesaan penduduk dan menghalang pembangunan ekonomi.


"Kesesakan lalu lintas menjadi masalah berterusan di Taman Medan, menjejaskan kehidupan seharian penduduk dan menghalang aktiviti perniagaan," katanya dalam satu surat terbuka.

Minggu lalu, Jemaah Menteri memutuskan untuk tidak meneruskan projek pembinaan PJD Link.

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat selepas pemegang konsesinya, gagal memenuhi enam daripada 11 syarat yang ditetapkan.

Mengulas lanjut, Michael berkata, sistem pengangkutan bas awam bersepadu ini adalah penyelesaian berdaya maju dengan menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang cekap dan boleh dipercayai.

"Dengan menggunakan bas sekolah jenis kecil memuatkan 10 hingga 12 orang dan melaksanakan jadual selang lima minit, sistem ini memastikan pengangkutan yang kerap dan mudah diakses untuk semua penumpang.

"Ia sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian (yang menyebabkan) kesesakan lalu lintas di kawasan itu.

"Dengan memanfaatkan kapasiti semasa pemandu dan kenderaan yang ada, sistem mudah ini merevolusikan pengangkutan. Kekerapan mestilah dalam masa menunggu lima minit atau ke bawah," katanya.

Menurutnya, sesiapa sahaja boleh berulang-alik menaiki kenderaan ini dan perhentian bas akan ditetapkan di sepanjang Seri Setia, Taman Medan sehingga ke Jalan Klang Lama atau laluan yang sesuai.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bas-awam-bersepadu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.049307 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list