CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7570|Reply: 31

[Dunia] Nahas dipercayai akibat pelanggaran dua helikopter SH-60K semasa latihan antikapal selam.​

  [Copy link]
Post time 24-4-2024 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 23-4-2024 07:18 PM

2 helikopter tentera Jepun terhempas, 1 maut, 7 hilang
21 Apr 2024, 03:54 PM

Nahas dipercayai akibat pelanggaran dua helikopter SH-60K semasa latihan antikapal selam.​


Seorang maut, manakala tujuh hilang susulan helikopter terhempas di Pulau Tori-shima, di Lautan Pasifik. (Gambar Wikipedia)


Agensi Berita Kyodo memetik Menteri Pertahanan Jepun Minoru Kihara, sebagai berkata nahas itu mungkin disebabkan pelanggaran antara kedua-dua helikopter SH-60K, yang setiap satunya membawa empat kru semasa latihan antikapal selam pada waktu malam, di kawasan Pulau Tori-shima di Lautan Pasifik.

Tentera telah menemukan apa yang dipercayai serpihan helikopter itu semasa pencarian pasca nahas, sambil menambah punca kemalangan masih tidak diketahui.

Terdahulu, Kementerian Pertahanan Jepun berkata helikopter SH-60K itu berhenti berhubung ketika berada dalam kawasan Pulau Tori-shima berhampiran Pulau Izu dan seminit kemudian helikopter itu menghantar isyarat kecemasan.

Kira-kira setengah jam kemudian, sebuah lagi helikopter sama berhenti berhubung semasa berada di kawasan berkenaan, kata kementerian itu.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/dunia/2024/04/21/2-helikopter-tentera-jepun-terhempas-1-maut-7-hilang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2024 11:17 AM | Show all posts
ni kejadian 3 hari lepas
followed with our very own tragedy semalam

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2024 11:18 AM | Show all posts
Tujuh hilang selepas dua helikopter tentera Jepun terhempas​

April 21, 2024 @ 9:14am


Tujuh hilang selepas dua helikopter tentera Jepun terhempas Helikopter Mitsubishi SH-60K dari Pasukan Pertahanan Diri Maritim (MSDF)
kebanyakannya berasaskan dan beroperasi dari kapal pemusnah tentera laut.


TOKYO: Tujuh orang hilang hari ini, selepas nahas udara semalam membabitkan dua helikopter tentera Jepun ketika latihan pada waktu malam di luar Kepulauan Izu di Lautan Pasifik, kata pegawai.

Jurucakap Pasukan Pertahanan Diri Jepun (SDF) mengesahkan kejadian lewat Sabtu itu kepada AFP dan berkata, seorang diselamatkan tetapi kemudian disahkan meninggal dunia.

Menteri Pertahanan, Minoru Kihara, berkata penyelamat "ternampak apa yang dipercayai sebahagian daripada pesawat itu di laut, dan kami percaya kedua-dua helikopter itu terhempas."

"Ketika ini puncanya tidak diketahui, tetapi pertama sekali kami melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa," kata Kihara kepada pemberita.


Beliau berkata, helikopter itu "melakukan latihan untuk menentang kapal selam pada waktu malam."

Helikopter itu kelihatan terhempas ketika latihan pada waktu malam di luar Kepulauan Izu di Lautan Pasifik, lapor penyiar NHK.

Komunikasi dengan satu helikopter hilang pada jam 10.38 malam (1338 GMT) di luar pulau Torishima, dan seminit kemudian isyarat kecemasan diterima daripada pesawat ini, lapor NHK.

Kira-kira 25 minit kemudian, jam 11.04 malam, pihak tentera menyedari komunikasi dengan pesawat lain turut terputus di kawasan sama.

Helikopter Mitsubishi SH-60K dari Pasukan Pertahanan Diri Maritim (MSDF) kebanyakannya berasaskan dan beroperasi dari kapal pemusnah tentera laut.

MSDF berkata memandangkan tiada pesawat atau kapal lain di perairan berhampiran, pembabitan negara lain dalam insiden itu tidak mungkin, tambah NHK.

Jepun sedang meningkatkan perbelanjaan pertahanan dan memperdalam kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara lain di Asia sebagai tindak balas terhadap ketegasan China yang semakin meningkat di rantau ini dan Korea Utara yang tidak dapat diramalkan.

April lalu sebuah helikopter tentera Jepun dengan 10 orang di dalamnya terhempas di pulau Miyako di selatan Okinawa. Tiada yang terselamat.

Dua juruterbang, dua mekanik dan enam anak kapal berada di atas UH-60JA, termasuk seorang jeneral tentera dari bahagian ke-8.

Pada Januari 2022, sebuah jet pejuang Jepun terhempas di perairan wilayah Ishikawa tengah, membunuh dua juruterbang.

Pada 2019, sebuah jet siluman F-35A terhempas ke dalam laut selepas berlepas dari timur laut Jepun dalam misi latihan.

Juruterbang, yang maut dalam nahas itu, dikatakan mengalami kekeliruan ruang.

November lalu sebuah pesawat tentera Osprey milik tentera AS terhempas di Jepun, membunuh kesemua lapan orang di dalamnya, dalam rentetan kemalangan maut terbaharu.

Ini mendorong keputusan oleh AS pada bulan berikutnya untuk mendaratkan pesawat di seluruh dunia. Jepun juga memberhentikan armada pesawat yang sama. -AFP
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kepada rakyat Jepun.

日本の皆様にお悔やみを申し上げます。
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 11:34 AM | Show all posts
Edited by salimrock at 24-4-2024 11:54 AM

bidang keternteraan adalah sesuatu yg amat mencabar dan berisiko, tak kira mana negara,

salam takziah kepada mangsa2 korban
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Barua yg komen jahat pasal nahas heli kat lumut tu tk nk buat komen jahat jgk ke utk nahas ni.
Kot la singapork blh serang jepun & menang dlm seminit kononnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2024 12:27 PM | Show all posts
insulin replied at 24-4-2024 11:20 AM
Takziah kepada rakyat Jepun.

日本の皆様にお悔やみを申し上げます。

すごいですね インスリンちゃん 日本語ペラペラです!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik pulau tu..selalu mcm ni..akn ada berita berkaitan berturut2 sblm ada berita lain pula..apapun...takziah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2024 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 24-4-2024 12:24 PM
Barua yg komen jahat pasal nahas heli kat lumut tu tk nk buat komen jahat jgk ke utk nahas ni.
Kot l ...

Betul..aku pon baru nak komen benda yang sama..dipersilakan jugak komen untuk ketenteraan Jepun..jangan kau berani hentam Malaysia je..utk Jepun kau jangan kecot telor plak..kau boleh la berangan Jepon bertukar nama Singa-Pun pulak kan mcm mana kau berangan Johor Baharu jadi Singa-Baru..almaklomlah ketenteraan korang kan hebat sangat..every single men kat Singapork semua ada latihan ketenteraan kan..kemain kau punya kondem ketenteraan Malaysia..cepat la pelekeh ketenteraan Jepun pulak..Jepun pon kes 2 heli jugak mcm kat Malaysia jugak..tak sabar nie..nak tgk kau nak kondem apa pulak kat Jepun..jangan pilih kasih pulak..

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 24-4-2024 11:20 AM
Takziah kepada rakyat Jepun.

日本の皆様にお悔やみを申し上げます。

ArigaThanks GozaiMuch.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 01:48 PM | Show all posts
takziah buat mereka yang terkorban..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kiasu Singapore x nk upload serang jepun guna bom nuklear dpt tawan Tokyo dlm 2 saat kerr?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wainna ilaihi rojiun
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kapal selam yang nak berlatih, helikopter pulak yang terhempas
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Terhempas tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak apa
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
melekaifc replied at 24-4-2024 12:27 PM
すごいですね インスリンちゃん 日本語ペラペラです!!!

Jeles.plak.iols
Iols tak.paham.mende Ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2024 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 24-4-2024 06:30 PM
Jeles.plak.iols
Iols tak.paham.mende Ni

CindyHaro? Hibachi benihana teriyaki?
ToshioNagasaki okinawa hokkaido yokohama.
CindyKarate judo sumo samurai?
ToshioNissan honda mitsubishi subaru.
CindyHarakiri tsunami kamikaze banzai.
ToshioYamaha nikon casio aiwa. Minolta hitachi seiko toshiba.
CindyBuddha, shitake kimono!
ToshioTempura sushi sashimi.
CindyFujitsu!






http://youtu.be/fd2hB1PksGI
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 24-4-2024 06:32 PM
{:ml ...

Cite iols sempat tengok kat cineleisure dolu..
Hahaha..jilaka cakap brand jepun semua
Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 10:52 AM | Show all posts
shernazz replied at 24-4-2024 06:30 PM
Jeles.plak.iols
Iols tak.paham.mende Ni

copy paste kat google translate.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 24-4-2024 06:32 PM
{:ml ...

Dolu2 iols ada kamera minolta..

Tiberrr
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.068145 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list