CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zadzamusa

Himpunan kisah seram ... sambungan kisah bro blues6909 kisah12 page 57

    [Copy link]
 Author| Post time 20-3-2011 03:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by zadzamusa at 20-3-2011 16:27

Reply 18# cmf_fatt

kembali cmf_fatt... mungkin jugak buah-buah ni panas, pastu sebelum tidur diaorang kena lari hampir 2km kot...  dan sudah sampai ajal dia... kena terima jugak ketentuanNYa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2011 03:29 PM | Show all posts
Reply 19# voiletiris

Adik cakap kemungkinan benda lain yang ikut dia... maklumlah bawak benda2 macam tu... kat tempat kerja dia pun memang seram pun..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2011 04:17 PM | Show all posts
Cerita keempat..

Cerita ini diceritakan oleh WPC (polis wanita) yang juga merupakan salah seorang pelanggan kantin mak... (mak buka kantin di IPD)..
Peristiwa ni berlaku pada tahun lepas.. sewaktu tu pelanggan2 kantin mak ni bercerita tentang satu kes bunuh diri..

Pada malam tu balai di mana WPC ni bekerja dapat laporan tentang seorang perempuan telah membunuh diri... mayat perempuan tersebut telah dibawa ke Hospital untuk dibedah siasat.. Menurut kata WPC tu.. menimbulkan pertanyaan jugak kes ni... bila mana suami perempuan tersebut berada di bilik utama dan si isteri berada di bilik tengah manakala anak mereka berada di bilik belakang...

"Takkan si suami tak dengaq kot apa bini dia buat..." kata WPC tu.. tu yang menjadi persoalan WPC nih...

Barang-barang kes yang berkaitan dengan kes ni dibawa ke balai.. waktu tu dah tengah malam..  barang-barang kes tu ditinggalkan di satu sudut sebelum melalui pelbagai proses...( tak tahulah apa prosedur mereka)... Tiba-tiba ada seorang lagi WPC memegang tali pengikat tali curtain yang juga merupakan tali yang digunakan oleh perempuan tersebut untuk nak bunuh diri... Nak dijadikan cerita WPC yang juga merupakan rakan WPC pelanggan kantin mak saya.. Dia pegang tali tu sambil menggoyang-goyang tali tersebut...

"Cantiknya.. siapa punya nih... kes apa nih..."

WPC dan 2 orang polis lelaki yang lain hanya terdiam... memang semasa barang kes tersebut terasa kesuramnya...

Tiba-tiba kedengaran suara lolongan anjing... lagilah seram... WPC yang memegang tali pengikat curtain tersebut meletakkan kembali di tempatnya... masa nih dia dah pergi memeluk WPC yang bercerita tentang cerita nih.... Masa ni jugaklah terasa meremang roma leher...

WPC yang sorang nih dah nampak seorang perempuan berada betul2 bersebelahan dengan tali tersebut.. yang lain tidak nampak walaupun begitu mereka merasai kehadiran makhluk tersebut... Salah seorang anggota polis ajak mereka masuk ke dalam bilik... perlahan-lahan mereka meninggalkan ruang tersebut...

menurut WPC tu walauapa pun yang datang mereka tidak mahu keluar dari bilik tersebut kerana sesekali kedengaran bunyi-bunyi seperti kertas2 berterbangan mahupun perabot dialih dari tempat asal... talifon berdering tidak berhenti-henti dibiarkan begitu sahaja... semua berdoa agar hari cepat siang.. semuanya tak berhenti2 membaca ayat2 Al Quran...

Walaupun pada keesokkan harinya barang2 kes tersebut telah dipindahkan namun sesekali terasa kehadiaran makhluk tersebut...huhuhuhu....

Masa WPC tu cerita semua yang mendengar terdiam... seram...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 05:03 PM | Show all posts
mmg seremmmmm sambung lagi tt ;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2011 05:43 PM | Show all posts
Reply 24# Emynz

terima ksih... sekarang nih tengah menaip cerita adik dekat Bukit Loteng... tunggu keap ya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2011 06:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by zadzamusa at 20-3-2011 21:15

Kisah Kelima...

Kisah ni diceritakan oleh adik saya... semasa tu dia berada di Melaka... yang sorang nih memang aktif.. pernah mewakili Melaka dalam karate peringkat Sukma...

Kelab karate adik ni buat rombongan ke Bukit Loteng.. ada perkhemahan dan pelbagai aktiviti yang dirancangkan oleh coach karate nih.. yang juga berbangsa India...dan 60 orang turut serta termasuklah adik saya nih...

Sampai ke destinasi yang dituju rombongan ni kena berjalan masuk ke tapak perkhemahan kerana bas tak dapat masuk... Perjalanan ke tapak perkhemahan mengambil masa sejam.. Pada hari pertama aktiviti berjalan seperti biasa...

Sehinggalah masuk ke hari kedua di mana aktiviti mendaki Bukit Loteng.. Sessi pendakian dimulakan pada pukul 5 petang. Turut serta dalam rombongan ni adalah juru pandu dan juga beberapa orang fasilitator... Sampai di pertengahan jalan adik saya dimaklumkan dengan keadaan seorang budak perempuan nih... pelik sangat kelakuannya... adik juga merupakan ahli jawatankuasa..  Menurut adik kelakuan budak perempuan ni memang pelik sangat... dia degil tak mahu mendengar cakap...dia tak mahu berjalan beriringan bersama-sama rakan... kelakuannya kadang kali ketawa, kadang kala marah-marah dan juga menangis... di telinganya ada earphone... Melihat perlakuan budak yang pelik nih urusetia dan fasi buat keputusan membatalkan rancangan mereka mendaki... Semua pulang ke tapak perkhemahan....

Walaupun begitu budak perempuan tu tak balik terus ke tapak khemah... sebaliknya dia terus turun ke bawah.. di bawah ada kolam air untuk mandi dan juga beberapa saliran air... tempatnya memang dalam... kata adik memang tenggelam la dia kalau masuk ke dalam kolam air tu... (tinggi adik hampir 1.8meter) Budak perempuan ni dok bermain air di kawasan tersebut... sambil telinganya mendengar walkman..

Beberapa orang budak perempuan cuba nak memujuk budak perempuan nih agar naik kerana waktu dah hampir ke pukul 7.00 malam... masa tu memang gelap hanya bertemankan cahaya dari generator dan lampu suluh..

Adik masa ni dia tak fikir apa-apa... dia sangka budak perempuan ni ada masalah dengan keluarga ataupun boyfriend dia sampaikan dia memberontak sampai macam nih... Adik ambil keputusan untuk nak memujuk budak nih di bawah... masa dia sampai dekat budak perempuan tu... dia memang rasa meremang bulu roma... keadaan budak tu memang menakutkan... rambut panjangnya basah menutupi mukanya... dan dia tunduk... duduk bertinggung sambil bermain air...

Adik                           :  Hang ni pasai apa... cuba hang cerita dekat aku....

Budak Perempuan     :  Kau jangan nak menyibuk... Aku tengah main dengan kawan-               kawan aku... tak nampak ka?(suara budak perempuan ni garau... tak macam suara dia yang betul)..

Adik                           :  Hang nak main tak pa... hang main la... Jom naik atas... kita makan apa dulu... esok-esok kita sambung la...

Budak Perempuan     :  Aku tak mau...

Adik                            :  Hang kalau ada masalah dengan balak hang ka dengan family hang tinggai la dulu... balik nanti kita settle semua...

Budak Perempuan      :  Kau semua dah ganggu tempat aku... Aku tak suka... kau pergi dari sini aku benci tengok muka kau..

Ada lagi la perbualan adik dengan budak perempuan tu.. adik cerita hinggakan sampai tinggi suara kedua2nya sekali... Dia tak tahu  kenapa dia rasa marah sangat... Pastu kawan-kawan adik datang dan bawak adik pergi manakala yang lain cuba untuk memujuk budak perempuan nih apabila mereka merasa adik tidak berjaya...

Ada seorang kawan adik dia pandailah sedikit mengenai ilmu-ilmu nih... dia nasihatkan adik    jangan pujuk dah budak tu dan biar orang lain yang buat... dan dia minta adik supaya bersama-sama dengan budak lain membaca surah yaasin.. Masa tu baru adik rasa seram yang amat...

Lepas pada tu budak-budak lelaki buat keputusan untuk nak paksa budak perempuan nih naik ke tapak perkemahan... Dalam 8 orang budak lelaki megepung budak tersebut dan memegangnya dan membawa ke atas... 8 orang pun tidak dapat mengatasi kekuatan budak perempuan yang sorang nih... Ada yang kena sepak dan ada yang kena terajang... Akhirnya dia dapat di bawa ke tempat perkhemahan... Sampai di sana kawan adik yang pandai nih... dia buat pagar pada keliling budak perempuan nih.. Budak perempuan ni hanya ketawa... mengejek kawan adik yang sorang nih....

"Kau memang bodoh... Senang-senang ya aku boleh langkah kau punya pagar"... diikuti dengan hilai tawa yang menakutkan.

Budak-budak perempuan lain dah mula menangis ketakutan... Masa ni coach India tu mula memujuk budak perempuan tu... tanya di mana handphone dan sebagainya... Masa tu adik memang tak menunjukkan muka dia pada budak perempuan tu sebaliknya.. budak perempuan tu bangun sambil tunjuk kepada adik...

"Aku tak suka dengan kau... Aku benci dengan kau... kau jaga... nanti kau kena..."

Yang menghairankan adik... budak perempuan ni memang tak tahu dia duduk di mana waktu tu... tapi macammana dia boleh tunjuk kat adik... Coach suruh adik dan 2 orang teman bawak 2 motor jawatankuasa pergi dapatkan bantuan orang kampung dan mencari public phone tuk nak talifon family budak nih....

(kejap ya... nanti sambung balik...)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2011 08:27 PM | Show all posts
best la crita tt ni... seram... adik tt yang aktif ni pompuan ke? tinggi ekk adik tt ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 08:52 PM | Show all posts
TT.....where ur youuuu.sambung lah cepat.tak sabar nak tahu kesudahan ceta ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2011 08:58 PM | Show all posts
(Sambungan...)

Sampai dekat kampung, kawan-kawan adik tanya pasal orang yang boleh merawat budak perempuan nih... Nasib baik rumah tok bomoh tu dekat...

Sementara menantikan tok bomoh... adik cal mak budak perempuan tu... Nak tahu apa yang mak dia cakap? memang mengngejutkan...

Benda pertama yang dia tanya... dah baca surah yaasin belum...diaorang jawab sudah... n mak dia tanya lagi... tangkal kuning yang dekat pinggang dia masih ada lagi ke tak... Masing-masing terdiam sebab tak tahu.... Mak budak perempuan tu cakap kalau tali tu masih ada lagi bermakna dia selamat sebab ada yang menjaga dia... Pasu mak dia suruh cari orang untuk nak ubatkan budak ni sementara family budak nih datang ambik dia...

Masa nih adik memang cuak gila... perkataan ada yang menjaga duk ada dalam kepala... apa yang dimaksudkan dengan mak budak perempuan tu?..

Bila bawak tok bomoh ke tempat perkhemahan... budak tu ketawa macam orang gila... siap mengejek-ngejek tok bomoh tu...

"Bodoh... kau ingat kau teror? bawah hantu-hantu  x kuat nak lawan dengan aku...."

Memang cuak gila masing-masing... Pastu cubaan berubat dilakukan oleh tok bomoh tu... adik kata macam tak berjaya....

Dah hampir pukul 11.00 malam diaorang buat keputusan untuk nak bawak budak tu keluar dari tapak perkhemahan menaiki van... Masa bawa budak tu pergi memang seram... sebab dia menjerit, menangis dan mengilai tak berhenti-henti...

Setelah selesai semua... malam tu budak2 semua membaca surah yaasin tak berhenti2 dan bergilir... tidur bergilir2....

Lepas kejadian tu.. kebetulan adik ada mendengar cerita dari rakan2 dia.. mengatakan budak perempuan ni mempunyai saka... nenek budak perempuan nih tak boleh nak meninggal dunia disebabkan saka tersebut... Sepatutnya ibu budak nih yang menerima saka tu tetapi sebab tak sesuai maka budak ni telah dipilih.. dan budak yang menjadi roomate budak perempuan nih bercerita yang setiapkali azan maghrib budak ni akan menjerit...

Sebelum budak berhenti belajar adik ada berjumpa dengan dia.. minta maaf pasal kejadian pada hari tu... dan dia pun meminta maaf sebab bukan dia pada hari tu...

Adik kata tulah kejadian yang akan melekat pada dirinya sampai bila-bila..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2011 08:59 PM | Show all posts
Reply 27# amiraputri93

terima kasih... adik saya lelaki..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2011 09:01 PM | Show all posts
TT.....where ur youuuu.sambung lah cepat.tak sabar nak tahu kesudahan ceta ni
voiletiris Post at 20-3-2011 20:52


dah ada sambungan cerita... kalau sempat saya tapi satu lagi cerita ya... jemput makan malam semua...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 09:10 PM | Show all posts
Reply 26# zadzamusa


   

Adik                            :  Hang kalau ada masalah dengan awek hang ka dengan family hang tinggai la dulu... balik nanti kita settle semua...





Jap.. Tak faham.. Kenapa dia cakap awek pulak? Budak tu kan perempuan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2011 09:14 PM | Show all posts
Reply 32# AlienGurlz

Terima kasih sebab bagitau... maaf ya pembetulan.... typing error... balak la
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 09:20 PM | Show all posts
Reply 33# zadzamusa


   
Sama2.. Tu la.. Pelik tiba2 ckp awek.. Terkejut la jugak masa baca tadi.. Hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2011 09:27 PM | Show all posts
Reply  zadzamusa


   
Sama2.. Tu la.. Pelik tiba2 ckp awek.. Terkejut la jugak masa baca tadi ...
AlienGurlz Post at 20-3-2011 21:20


bila baca balik tadi... hehehe termalu jugak la... kang orang kata apa pulak... terima kasih sekali lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 09:55 PM | Show all posts
hebat cite TT sila sambung ye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2011 11:22 PM | Show all posts
check in!

nk lg..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2011 09:41 AM | Show all posts
Reply 36# Slasher^^Buzz

terima kasih... kejap lagi nak cerita pasal bapa saudara... kalau disebelah utara disebut pak menakan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2011 09:42 AM | Show all posts
Reply 37# missnourell

Silalah masuk... jemput...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2011 12:15 PM | Show all posts
Kisah keenam..

KIsah ni terjadi pada abang ipar mak... kami panggil Pak Teh... Arwah dah sebenarnya........  Al Fatihah..

Arwah Pak Teh ni sorang yang tak berapa nak percaya semua benda-benda yang macam nih.. Dan arwah ni juga suka nak menyewa rumah-rumah yang spooky... pernah sekali tu dia menyewa rumah yang betul-betul di tepi kubur... kiranya kalau bukak tingkap memang lah nampak pemandangan indah nih... Dan salah satu kegemaran arwah nih, dia suka berpindah2 rumah...

Sampailah satu ketika Pak teh telah berpindah ke sebuah rumah... rumah ni agak jauh la jugak dari rumah-rumah yang lain.... Semasa nak pindah ada jugak jiran-jiran bagitau yang rumah yang bakal diduduki ni agak keras... sebab Tuan rumah ni ada membela... Macam biasalah Pak Teh tersenyum saja... dia buat-buat tak tahu....

Lagi satu kegemaran Pak Teh adalah balik tengah-tengah malam... kiranya banyaklah aktiviti yang dia buat... contohnya main badminton dan sepaktakraw..

Bila berpindah kat sini aktiviti-aktiviti Pak Teh berjalan macam biasa... Bila malam ja tinggallah kakak mak (Mak Teh) dengan anak sulungnya yang masih kecil... Paa malam pertama tak banyak gangguan yang diterima cuma sesekali kedengaran bunyi2... walaupun takut Mak Teh masih boleh bertahan sehinggalah malam2 yang seterusnya... Setiap malam gangguan akan bertambah... Bukan sahaja kedengaran bunyi-bunyi.. kadang kala main2 bukak  tutup pintu dan tingkap... Dah beberapa kali Mak Teh suarakan pasal benda nih... Pak Teh cuma membalas yang benda-benda ni semua karut....

Sampailah satu hari ni... Pak Teh masih lagi nak keluar malam... oleh sebab kesiankan Mak Teh dan anak kecilnya... adalah satu jiran ni dia tawarkan untuk nak menumpang rumahnya sehingga Pak Teh balik....

Pada satu malam nih... Pak Teh pulang ke rumah macam biasa.. sebelum balik dia akan menjemput Mak Teh dan anaknya di rumah jiran.. Malam ni lain biasa skit... ganggu Pak Teh sebelum Pak Teh masuk ke rumah lagi... sayup-sayup Pak Teh nampak lembaga hitam... tapi dia buat-buat tak nampak....

Lepas pada tu, pak teh pasang kelambu dan suruh Mak Teh dan anaknya tidur di dalam.. Mak Teh pulak memang tak terasa apa-apa... cuma terlalu mengantuk.. memang lena la tidurnya....

Bila dah pastinya isterinya tidur Pak Teh bangun mengambil wuduk masa ni memang dengar la segala macam bunyi-bunyi di luar rumah.. Pak Teh buat sembahyang sunat sebelum mengambil kitab suci Al Quran untuk nak dibaca... Bukak sahaja Al Quran Pak Teh dah tak nampak apa-apa... macam makhluk tu dah hadang penglihatan Pak Teh... Pak Teh cuba baca ayat-ayat serta surah yang dia ingat.... Yang paling tak boleh tahan apabila kelambu Mak Teh diruntuhkan satu persatu... Masa ni Pak Teh memang bimbangkan akan keluarga dia lalu dia mengejutkan Mak Teh... bawa Mak Teh pergi ke rumah jiran sebelah... Mak Teh yang hanya terpinga-pinga hanya menurut sahaja permintaan Pak Teh itu... Sampai di rumah jiran, Pak Teh menceritakan semuanya pada jiran tersebut dan mereka bermalam di rumah jiran... Pada keesokkan harinya, Pak Teh sekeluarga berpindah ke rumah arwah tuk... Dan mulalah mencari rumah sewa yang baru... walaupun terjadi sedemikian pada arwah Pak Teh aktiviti berjalan malam masih lagi diteruskan....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.108068 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list