CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Fujiwara

[KAJI SELIDIK FORUM] Anda SOKONG siapa dalam PRU ke 13?

   Close [Copy link]
 Author| Post time 16-1-2012 09:43 PM | Show all posts
ALOR SETAR, 14 JAN: Kerajaan Pakatan Rakyat berjanji untuk memansuhkan ekonomi kapitalisme kroni yang hanya menguntungkan syarikat-syarikat kroni dan membebankan rakyat.

    Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, sebagai ganti, Pakatan Rakyat akan memperkenalkan dasar ekonomi yang berjiwa rakyat dan memartabatkan rakyat.

    “Pakatan Rakyat akan menghapuskan tol Lebuhraya Utara-Selatan apabila kita mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

    “Kita juga akan mengkaji semula Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Penjana Tenaga Elektrik Bebas (IPP) yang jelas berat sebelah,” katanya di Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di sini hari ini.

    Menurutnya, masalah besar akibat ekonomi kapitalisme kroni telah dipupuk oleh kerajaan Barisan Nasional di mana subsidi gas berjumlah RM20 bilion setahun diberi kepada syarikat-syarikat IPP melalui perjanjian berat sebelah.

    Begitu juga syarikat-syarikat konsesi tol lebuh raya dibenarkan untuk meningkatkan kadar tol secara berkala sepanjang tempoh konsesi yang panjang, walau pun kebanyakan daripada mereka sudah pun mengaut keuntungan yang jauh melebihi pelaburan asal, tambah beliau.

    Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, setakat 31 Disember 2010, pengendali tol bagi Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) telah membelanjakan RM5,945 juta untuk pembinaan NSE tetapi sudah menerima RM24,266 juta dalam kutipan tol dan pampasan kerajaan.

    “Dalam kata lain, pengendali tol NSE telah mencatatkan keuntungan lebihan sebanyak RM18,321 juta setakat 31 Disember 2010 berbanding pelaburan asalnya. Adakah masih perlu pengendali tol NSE untuk meneruskan kutipan tol daripada rakyat, apatah lagi menaikkan kadar tol?

    “Demi kepentingan rakyat, kutipan tol NSE harus dihentikan serta merta kerana pulangannya sudah pun 3 kali ganda melebihi pelaburan asal. Ceritanya sama untuk Jambatan Pulau Pinang yang telah mengutip RM1,859 juta berbanding pelaburan asal RM944 juta, iaitu keuntungan sebanyak RM924 juta,” katanya.

    Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, pengalaman pentadbiran negeri-negeri Pakatan Rakyat adalah contoh paling baik untuk membuktikan kepada kawan-kawan di negeri-negeri lain bahawa kemakmuran dan kesejahteraan boleh dicapai melalui pentadbiran yang cekap, akauntabel dan telus.

    “Kita bersyukur Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan tetapi yang lebih penting adalah membebaskan Malaysia daripada cengkaman BN yang kotor, berasuah, tamak dan rakus.

    “Ini tidak bermakna PR pasti menang, tidak, jauh sekali tidak kerana BN masih mempunyai kelebihan tetapi kini PR lebih dekat dengan Putrajaya kalau berbanding tiga bulan yang lepas.

    “Itulah sebabnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan pilihan raya akan ditunda lebih lama,” katanya.

    Beliau meminta semua pemimpin dan ahli Pakatan gigih bekerja dengan beramanah dan berpasukan untuk menjayakan misi bersejarah bagi menggantikan BN.

    “Marilah Ubah kepada PR demi bersihkan Malaysia dan selamatkan rakyat agar bantuan ditambah, tol Lebuhraya Utara-Selatan dihapuskan, harga minyak diturunkan dan kos sara hidup ditangani,” tambah beliau. – Roketkini -roketkini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2012 09:46 PM | Show all posts
ALOR SETAR, 14 JAN: Pakatan Rakyat akan menghapuskan tol Projek Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) sejurus selepas menguasai Putrajaya kelak.

Ketua Menteri Pulau Pinang dalam ucapan penggulungannya berkata tidak mustahil PLUS boleh di hapuskan.

"Kos pembinaan PLUS RM6 bilion, tahun lalu keuntungan PLUS RM24.3 bilion. Jadi untungnya adalah lebih RM18 bilion. Apakah mustahil untuk menghapuskan tol PLUS," kata beliau yang mendapat tepukan gemuruh perwakilan dan pemerhati.

Katanya janji tersebut hanya kepada PLUS dan tidk membabitkan konsesi lebuhraya yang masih belum mendapat keuntungan dan pulangan modal.

"Ini janji Pakatan Rakyat," jelas beliau lagi.

Katanya selain itu, Pakatan juga menjanjikan untuk menurunkan harga barangan dan meningkatkan sara hidup rakyat.

Katanya lagi, janji pakatan tersebut bukan sesuatu yang mustahil di laksanakan sebagaimana tercatat dalam Buku Jingga. -tvsnews
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2012 10:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2012 04:15 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 04:24 PM | Show all posts
hmm, tapi kan..bukan ke membazir duit untuk buat free wifi nationwide? bukan semua orang di Malaysia ni tau gunakan computer. lebih baik kita gunakan duit tu untuk benda lain kan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 09:36 PM | Show all posts

[KAJI SELIDIK FORUM] Anda SOKONG siapa dalam PRU ke 13?

Kalau pakai undi pos memangla bleh menang..Letak lembu pun bleh menang..


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-1-2012 12:20 AM | Show all posts

Ambiga: Lagi himpunan BERSIH jika syor PSC ditolak

Post Last Edit by Fujiwara at 18-1-2012 00:22




Leven Woon
12:47PM Jan 17, 2012



NGO bagi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mungkin sekali lagi akan turun ke jalanan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini jika cadangan mereka mengenai reformasi pilihan raya gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.


Bercakap kepada media selepas melancarkan kempen pendidikan kepada pengundi di Kuala Lumpur hari ini, pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata beliau khuatir kerajaan tidak akan mempertimbangkan syor dan cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi pembaharuan pilihan raya di negara ini.

"PSC boleh tampil dengan syor dan cadangan mereka, tetapi kerajaan tidak akan melaksanakannya.

"Jika mereka tidak penuhi syarat dan cadangan yang dikemukakan, saya tidak tolak kemungkinan kita anjurkan satu lagi perhimpunan BERSIH sebelum pilihan raya," katanya.Ambiga memimpin perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai tahun lalu dengan ribuan rakyat dari pelbagai latar berhimpunan di ibu negara bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini.


Beliau juga melahirkan rasa kekecewannya dengan laporan pertama PSC.

Katanya, walaupun penggunaan dakwat kekal yang dikemukakan oleh PSC adalah hanya “satu daripada lapan tuntutan (BERSIH), namun ia permulaan baik.

“Saya menantikan lebih banyak syor dan cadangan dalam laporan kedua PSC,” katanya.

Pada sidang akhbar itu, Ambiga juga mengumumkan bahawa Sasterawan Negara Datuk A Samad Said akan dilantik sebagai pengerusi bersama BERSIH dan aktivis pelajar Shukri Abdul Razab pula sebagai anggota jawatankuasa pemandu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2012 01:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2012 08:38 AM | Show all posts
salam semua.......
saya akan tetap skg BN.....{:4_237:}
xbersyukurkah anda semua...menikmati kemakmuran yang ade skrg ni......
RASUAH pon salahkan PM(UMNO)......Rasuah ni sebenarnya salah individu tu sendiri...PM xde kena mengena pon.
WIFI seluruh malaysia hanyalah membazir semata2.....celcom,maxis n the geng semua menentang habis2an.....mereka pon nak cari makan juga woo....
elaun guru dinaikkan rm500..... xpikir ke....jabatan lain pon kerja juga.....mentang2 la guru di malaysia ni ramai....PR hanya nk menagih undi guru2...dasar propaganda.....
subsidi dinegara kita dah banyak.....kita ambik contoh yg terdekat minyak petrol....cubalah bandingkan ngn negara jiran kita... x bersyukurkah kita??
KALO NAK CARI KESALAHAN ORG 20 LORI BLH LAGI........
KALO NK CARI KEBAIKAN ORG PUNYALAH SUSAH........ RENUNG2 KAN LAH WAHAI SAHABAT2 KU.........JGN MELAYU HILANG DI NEGERI SENDIRI..... {:4_193:}
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 08:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 03:27 PM | Show all posts
salam semua.......
saya akan tetap skg BN.....
xbersyukurkah anda semua...menikmati kemak ...
pauh_mangga Post at 18-1-2012 08:38



    undi aku rahsia tapi maleh tengok Rosmah astik beli cincin juta2 & beg ratus2 ribu lagi!
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 01:05 PM | Show all posts
Reply 411# mallcop


    betoi undi adalah rahsia....tpi  stakat cincin tu percaye ker..... satakat laporan kastam tu leh wat nyer....hrmmm beg ratus2 ribu pon kalo die mampu no hal.... xperlu la nak carik kesalah org...berdiri depan cermin tilik dri sendiri...{:4_241:}
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 01:24 PM | Show all posts
Reply 40# Anak_Nogori


    aku tak rela peliwat diangkat jadi perdana menteri. sepatah kata Karpal Singh, langkah mayat aku dahulu sebelum peliwat boleh menjadi Perdana Menteri di bumi tercinta ini
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 01:31 PM | Show all posts
Reply 413# abgtua

peliwat atau penghabis duit rakyat. mana satu yang AWAK pilh?
    p/s: DSAI 2 konfirm ke dia 2 peliwat? kalau setakat menggunakan utusan dan tb3 sebagai bahan rujukan, ibarat katak duduk dibawah tempurung la jawabnya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 03:05 PM | Show all posts
Reply  mallcop


    betoi undi adalah rahsia....tpi  stakat cincin tu percaye ker..... satakat  ...
pauh_mangga Post at 19-1-2012 13:05



    rasa akulah kalau aku bini PM aku takkan pakai cincin & beg pelesu beli kat Petaling Street!

tak yah tengok laporan kastam pun! Melainkan kau tak kenal beg Hermes ler!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2012 01:47 AM | Show all posts
Post Last Edit by Fujiwara at 20-1-2012 01:50



AH JIB GOR!"ANDA MEMANG TERBAIK!"SEBAB ANDA TAHU BAGAIMANA CAKAP BAHASA HAKKA ORANG CINA!

PENYOKONG BN  - MAJORITI DARI KAMPUNIG /MAJORITI BERLIMU RENDAH/MAJORITI SUKA RASUAH!


PENYOKONG PR  - MAJORITI DARI BANDAR/MAJORITI BERILMU TINGGI/MAJORITI ANTI RASUAH!

OLEH ITU? JIKALAU WARGANEGARA MALAYSIA SUKA YOU HELP ME , I HELP YOU DAN KETUANAN MELAYU SILA UNDI KEPADA BN!

JIKALAU WARGANEGARA MALAYSIA SUKA MALAYSIAN MALAYSIA,KETUANAN RAKYAT DAN NEGARA KEBAJIKAN, SILA UNDI KEPADA PR!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2012 04:06 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 06:07 PM | Show all posts
Sokong pr,sokong anti rasuah{:4_181:}
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 01:23 AM | Show all posts
Mana2 memang tak kisah.
Yang penting kepentingan rakyat dijaga dan ahli politik sampah ditendang kelongkang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2012 03:47 AM | Show all posts
Post Last Edit by Fujiwara at 27-1-2012 22:05

JIKA ANDA MENYOKONG SATU MALAYSIA/SATU BUMIPUTERA/KETUANAN MELAYU DAN SUKA RASUAH,SILA UNDI KEPADA BINA NUCLEAR!

JIKA ANDA MENYOKONG KETUANAN RAKYAT/MALAYSIAN MALAYSIA/NEGARA KEBAJIKAN DAN ANTI RASUAH,SILA UNDI KEPADA PARTI REFORMASI!

SILA HANTAR SMS INI KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG UMUR 21 TAHUN KEATAS!TERIMA KASIH!


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.594626 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list