CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 998|Reply: 4

PRK Kuala Kubu Baharu: Pertembungan ‘mengejut’ 4 penjuru

[Copy link]
Post time 27-4-2024 12:28 PM | Show all posts |Read mode






HULU SELANGOR – Kemunculan ‘mengejut’ seorang calon Bebas dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada saat akhir bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.


Pada PRK kali ini, calon Kerajaan Perpaduan dan Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao berhadapan calon Perikatan Nasional (PN) Khairul Azhari Saut.


Beliau turut menerima tentangan calon Bebas iaitu, Nyau Ke Xin dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hafizah Zainuddin.


Terdahulu, Khairul Azhari merupakan calon pertama memasuki dewan diikuti, Sock Tao bermula pukul 9 pagi manakala Ke Xin (9.10 pagi) serta Chng Boon Lai (9.40 pagi) dan Hafizah pada pukul 9.47 pagi.


Bagaimanapun, Boon Lai yang hadir sebagai calon Bebas menarik balik kertas penamaannya sekali gus tidak akan bertanding pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.


Sehubungan itu, Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon DUN Kuala Kubu Baharu, Yuhanas Auree Kamaruddin berkata, tiada kertas penamaan calon yang ditolak oleh pihaknya.


“Saya telah menyemak kertas-kertas penamaan dan setelah selesai disemak saya berpuas hati memutuskan tiada yang ditolak kertas penamaannya,” katanya di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, di sini hari ini.


PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya yang mewakili PH daripada DAP, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan PRK DUN itu pada 11 Mei depan, manakala 27 April sebagai hari penamaan calon.


Hari pengundian awal pula ditetapkan 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2024 06:13 PM | Show all posts
okay
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan selangor pula gigih buat open house raya di KKB. Sebelum ni takde siapa KKB.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang bebas dan parti bukan utama banyak duwettt nak bertanding PRK? Ujong2 duwett deposit hangussss
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk dari jauh mcm uqasha senrose.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.288987 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list