View: 20247|Reply: 136
|
Hidup bermadu secara harmoni
[Copy link]
|
|
MADU itu sinonim dengan rasa yang manis. Namun, bagi kebanyakan wanita, istilah madu sering kali membuatkan mereka berfikir tentang sesuatu yang pahit.
Seperti yang selalu saya tegaskan, untuk menjadikan sesuatu itu manis atau sebaliknya, bergantung sepenuhnya kepada diri kita sendiri. Bak pepatah Inggeris, jika limau itu masam, campurkanlah sedikit gula dan air kelak pasti ia menjadi minuman yang amat sedap.
Sama jugalah dengan hidup bermadu. Ia boleh diharmonikan jika kena pada caranya kerana poligami yang ditetapkan syariat adalah sebagai hikmah, bukan musibah.
Terima ketentuan-Nya
Betullah takdir penentu segala tapi takdir juga berkaitan dengan sikap sendiri. Lantas, jika ditakdirkan anda bermadu tidak kiralah yang pertama atau kedua atau ketiga ataupun keempat, percayalah anda mempunyai tanggungjawab dengan status tersebut.
Tanggungjawab paling utama adalah untuk reda dengan kehendak-Nya. Bagi anda yang menerima hidup bermadu, jangan dilayan kepedihan hati atau menuduh cinta dikhianati.
Jika anda yang 'mencelah' dalam sesebuah perhubungan pula jangan berbangga diri. Sebaliknya anda perlu sedar diri dengan kedudukan anda sebagai 'adik' dan hormatilah 'kakak' anda. Niatkan ikhlas untuk berkongsi dan bukan merampas.
Bersyukur kerana masih disayangi
Jika anda terpaksa menerima kehadiran wanita lain di dalam hidup suami anda, jangan bersedih sebaliknya bersyukurlah kerana anda masih disayangi.
Ya! Jika tiada lagi kasih si suami kepada anda, anda tidak akan dimadukan sebaliknya akan ditinggalkan atau dicerai terus. Ramai wanita di luar sana yang menghadapi kemelut sedemikian - ditinggal dek suami tanpa berita atau peruntukan kewangan semata-mata kerana bertemu cinta yang baru.
Sebaliknya anda masih mempunyai suami di depan mata, masih lagi diberi peruntukan nafkah dan diberikan layanan yang baik.
Jangan bermusuh
Bermusuh bukan saja menyakitkan hati malah menimbulkan amarah dan dendam. Jangan sesekali bermusuh ataupun bergaduh dengan madu anda. Anda dan madu anda mempunyai kedudukan dan taraf yang sama, tiada seorang pun berbeza.
Tidak kiralah anda yang pertama, kedua, ketiga atau keempat, anda sama sahaja. Mempunyai hak sama yang diiktiraf oleh syariat dan diperuntukkan oleh undang-undang.
Tiada yang mendapat lebih keistimewaan walaupun anda berstatus isteri muda atau isteri paling tua. Jika sukar untuk wujudkan hubungan mesra, memadailah jangan membenci antara satu sama lain.
Bersainglah secara sihat
Anda dan madu anda mempunyai satu persamaan iaitu isteri kepada suami anda. Lantas, berusahalah untuk menambat hati suami dengan sebaik-baiknya.
Jangan berebut sebaliknya bersainglah secara sihat. Jangan juga mempertikaikan segala yang diberikan oleh suami kepada madu anda atau segala yang dilakukan oleh suami bersama madu anda.
Berikan kebebasan kepada suami dan madu anda seperti mana anda juga inginkan kebebasan setiap kali suami bersama anda. Tidak perlu fikirkan aktiviti yang mereka lakukan bersama sebaliknya fikirkan aktiviti yang boleh anda lakukan bersama suami ketika tiba giliran anda.
Paling penting, usahakan yang terbaik untuk berikan yang terbaik kepada suami agar kasih sayang suami kekal utuh bersama anda biarpun terpaksa berkongsi.
Percaya keistimewaan sendiri
Jika anda yang pertama, anda paling istimewa kerana anda adalah wanita pertama yang berjaya merebut hati suami anda hingga anda dijadikan suri hidupnya berbanding jutaan wanita lain yang ada ketika itu. Sudah semestinya anda memiliki keistimewaan tersendiri yang membuatkan suami anda memilih anda.
Jangan salah sangka. Walaupun ada wanita lain hadir di antara anda dan suami anda, tidak bermakna wanita itu lebih istimewa daripada anda. Anda tetap unggul dan istimewa lantaran itulah suami anda memilih untuk memberikan anda seorang madu dan bukannya menceraikan anda walaupun setelah hatinya diusik oleh wanita lain. Yang nyata, suami anda masih memerlukan anda di dalam hidupnya.
Jika anda adalah isteri kedua, ketiga atau keempat, jangan merasakan diri anda terlalu istimewa!
Kedudukan anda dengan isteri sedia ada sebelumnya adalah sama sahaja. Tidak kiralah anda lebih berpendidikan, lebih berharta, berkerjaya menarik atau mungkin terasa lebih cantik serta lebih muda, anda belum layak diiktiraf sebagai lebih istimewa.
Hakikatnya, walau di mana pun kedudukan anda, semuanya adalah sama iaitu seorang isteri kepada seorang lelaki. Jadi, anda tidak perlu berasa terlalu cemburu dengan madu-madu anda.
Seperti yang saya jelaskan di awal tadi, setiap daripada anda mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang membuatkan suami anda memilih anda sebagai teman hidupnya.
Mungkin anda pandai memasak, suara anda manja, anda seorang yang kelakar, peramah dan pandai mengambil hati dan entah beribu alasan lagi yang hanya suami anda dan mungkin juga anda mengetahuinya. Kekalkan keistimewaan anda itu dan berusahalah untuk terus menambat hati suami dengan keistimewaan tersebut.
Ingatlah, sifat diri yang peribadi boleh dikekalkan sebaliknya jika anda sekadar menambat hati suami dengan rupa paras yang menawan hati, jangan terkejut jika tiba satu masa, anda dipinggirkan.
Rupa paras yang cantik dan bentuk badan yang menarik tidak akan kekal walaupun sekarang ini terdapat beribu produk dan pusat rawatan kecantikan.
Anda perlukan sesuatu yang lahir daripada dalam diri anda untuk kekal istimewa setanding dengan madu-madu yang lain. Apabila anda sedar keistimewaan diri anda, terimalah juga hakikat bahawa anda dan madu-madu anda juga mempunyai kelemahan tersendiri.
Atas rasa kesedaran ini, Insya-Allah keharmonian dalam perkahwinan poligami akan berjaya dikecapi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jadi???? |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu.....tapi....perlukah kita biarkan diri kita utk di madukan sedangkan suami kita sendiri pun selalu tak menggembirakan hati kita, selalu mengabaikan kita, dan yang paling penting kalau suami tu dah gatal sgt nak bagi kita madu......tp dia sendiri tak mampu nak tunaikan nafkah zahir dan batin tu.......setakat ala kadar je......last2 kita yg kena usaha sendiri......cam ne pulak tu kalaukes yg macam ni ? |
|
|
|
|
|
|
|
cakap memang senang TT, hakikat sebenar kenapa wanita itu dimadukan bukan sebab kasih sayang tapi lebih kepada kasihan dan lebih memikirkan nasib anak-anak sekiranya diceraikan. Terpaksa membayar nafkah anak-anak, terpaksa berhadapan dgn kata-kata masyarakat sekeliling , buang yang tua ambil yang muda. Jauh panggang dari api sekiranya lelaki menyanyangi isterinya lantas mencari madu. kita hidup di lam nyata TT, bukan dialam khayalan, segalanya indah!
Sekiranya isteri pertama tiada cacat cela, baik dari segala hal serta memenuhi kehendak suami, apakah perlu isteri tersebut dimadukan? |
|
|
|
|
|
|
|
Yang mengambil tak sama mcm yang di ambil.... |
|
|
|
|
|
|
|
setahu aku.. isteri2 dgn harmoninya menyesakkan pale utak suami.. |
|
|
|
|
|
|
|
MADU itu sinonim dengan rasa yang manis. Namun, bagi kebanyakan wanita, istilah madu sering kali mem ...
sayzwani Post at 25-3-2011 11:30
TT ada nombor?? |
|
|
|
|
|
|
|
setahu aku.. isteri2 dgn harmoninya menyesakkan pale utak suami..
ParinAmat Post at 25-3-2011 12:59 hehehehehheh...makin botak pala laki, semua nak demand keta BMW, sama rata kaedahnya/ |
|
|
|
|
|
|
|
Terima lah hakikat 'madu' itu sememangnya manis..tapi 'bermadu' tidak pada realitinya.. |
|
|
|
|
|
|
|
islam tu mewajibkan kita berpasangan kerana manusia mempunyai nafsu......kalau suami tu mampu......n isteri mengizikan kan....insyaallah...mmg harmoni & indah family besar yg bahagia....di dunia mmg la terasa indah & seronok semua tu....tp, jika suami tu nk imbangkan dunia n akhiratnya....saya yakin...suami tu akan setia pd yg satu sbb dia akan fikirkan untuk membentuk yg 1 ni dulu untuk menolong dia sama2 menuju syurga sbb dia takut satu hari nanti di depan allah dia tak mampu nk menjawab apa yg allah akan tanya mengenai amanah yg di berikan kepadanya.....kerana nobody is perfect...... |
|
|
|
|
|
|
|
setahu aku.. isteri2 dgn harmoninya menyesakkan pale utak suami..
ParinAmat Post at 25-3-2011 12:59
padan mukoooo!!! sapa suwuh gatai... |
|
|
|
|
|
|
|
padan mukoooo!!! sapa suwuh gatai...
Fantaghiro Post at 25-3-2011 15:11
haip,,,,,jgn mara-mara |
|
|
|
|
|
|
|
poligami ni curang yang halal..sebab itu ada bohong sunat |
|
|
|
|
|
|
|
emm lau serba serbi bole berlaku adil xpe tp zaman nih susah nk cari
somi yg bole berlaku adil...lau menzalimi para istri banyak le......
sume mandang nk wat skandal sbb nafsu je:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 11# Fantaghiro
kita bukan gatal taw.. kita nak tolong org pompuan neh merasai nikmat bersuami hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
tak abis-abis citer poligami ni. terima je la kalau dah itu ketentuan NYA. Kalau nak pahala berlipat ganda teruskan, kalau tak suka boleh minta keluar. The choice is in your hand. Terpulang pada diri sendiri. Tak de istilah mengambil dan diambil. Manusia semua hak ALLAH. Bukan hak sesama sendiri. Isteri bukan hak suami dan suami bukan hak isteri. Hak tu cuma ikatan perkahwinan yg boleh terlerai bila-bila masa. |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu idadzira........klu dh di tentukan kita di takdirkan berpoligami..terima la dgn rela hati....jika kita tak rela...lepaskan dgn ikhlas...mungkin allah tu dh takdirkan ada jodoh yg lebih baik menunggu kita.....sbb semuanya pinjaman pd kita....bila2 masa pun blh di tarik balik..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|