CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6605|Reply: 2

[Dunia] Datuk kahwin cinta pertama ketika usia 86 tahun

[Copy link]
Post time 5-5-2024 08:13 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 4-5-2024 04:15 PM


Datuk kahwin cinta pertama ketika usia 86 tahun

  • Oleh KOSMO
  • 2 Mei 2024, 7:00 pm

Guilin dan Xiugui diraikan dalam majlis perkahwinan mereka pada 14 April lalu. – Must Share News


BEIJING – Seorang datuk berusia 86 tahun mengahwini cinta pertamanya semasa mereka  bergelar pelajar universiti setelah bertemu semula selepas terpisah selama beberapa dekad, lapor akhbar South China Morning Post kelmarin.

Zhou Guilin dari bandar Yiyang dalam wilayah Hunan berkahwin dengan Yang Xiugui, 81, pada 14 April lalu.

Pasangan itu dilaporkan menjalin hubungan cinta ketika belajar di Universiti Peking, namun berpisah selepas menamatkan pengajian.

Kedua-dua mereka kemudian berkahwin dengan pasangan pilihan masing-masing dan membina keluarga sendiri.

Namun, selepas pasangan mereka meninggal dunia, Guilin dan Xiugui bertemu kembali dan mula menjalin hubungan mesra seperti ketika berada di universiti sebelum memutuskan untuk berkahwin.

Berdasarkan klip video yang dikongsi di media sosial, majlis perkahwinan pasangan itu berlangsung secara  sederhana dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.

Antara yang menarik perhatian adalah paparan beberapa puisi menyentuh hati dengan salah satu daripadanya berbunyi: “Selama 60 tahun, bagaikan burung layang-layang yang terpisah, tiada buku brocade (buku teks pelajar kolej) yang mampu menceritakan betapa mendalamnya kerinduan ini. Kini  kami menulis cinta pertama kami semula.” – AGENSI




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2024 08:17 AM | Show all posts
Ada orang bersama pasangan hidup selama 60-70 tahun. Yang ini 60 tahun terpisah tetapi kini bersatu kembali.

Semoga bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
haha suka betul nenek tu
cinta tak kenal usia gitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.064522 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list