CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1629|Reply: 6

Amir Masdi mahu jumpa peminat 'otai' Search minta nasihat

[Copy link]
Post time 5-5-2024 12:00 PM | Show all posts |Read mode
Amir (kanan) bersama Din (tengah) dan Kid pada sidang media mempromosikan Konsert Search Gemuruh di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Foto IG Amir Masdi





KUALA LUMPUR: Bakat pelapis, Amir Masdi menyifatkan kepercayaan mengemudi konsert kumpulan rock legenda, Search di Zepp Kuala Lumpur di sini, bulan depan, sebagai cabaran besar dalam karier seni yang masih hijau.

Amir yang mengaku berdepan tekanan mementaskan Konsert Search Gemuruh di sini, pada 29 Jun depan, mula menghafal 16 lagu band 'otai' itu ketika bercuti menyambut Aidilfitri.

"Saya tidak mahu sekadar hafal dan menyanyi, namun, tiada jiwa dan emosi ketika konsert. Lebih-lebih lagi untuk konsert rock, audio dan visual perlu 'dikahwinkan' atas pentas. Saya tidak mahu sekadar lontar lirik .

"Ada lagu yang saya sudah biasa nyanyi. Namun, ada juga lagu yang belum pernah saya dengar. Jadi, saya kena sentiasa dengar untuk membiasakan diri dengan lagu berkenaan," katanya pada sidang media mempromosikan Konsert Search Gemuruh di Hard Rock Cafe di sini, baru-baru ini.

Amir mengaku biasa mendengar lagu Search atas pengaruh ibu bapa yang meminati kumpulan rock legenda itu.

Amir tidak kisah jika dibandingkan dengan vokalis terdahulu band itu kerana baginya, setiap penyanyi ada cara tersendiri.

"Saya tidak kisah dibandingkan. Saya akan cuba sampaikan lagu Search dengan cara tersendiri. Saya mungkin akan cuba sampaikan lagu pada malam itu dengan nafas baharu.

"Saya hendak pastikan yang penonton daripada generasi kegemilangan Search pada era 1980-an dapat rasa ada 'connection' dengan saya," katanya yang bercadang bertemu peminat 'otai' band itu demi menghidupkan persembahan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Yessss amir memang layak
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 02:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Maaf ketinggalan. Bukan hari tu Search dah ada vokalis baru ke yg they all buat konsert tu, penyanyi from Indo? Tetiba ganti Amir Masdi pulak. Tapi aku suka Amir Masdi, I believe he can perform well.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 03:31 PM | Show all posts
OOOO...sebab ni la si Nasir keluar statement bulan lepas ek?
Suruh cari nama baru
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 04:01 PM | Show all posts
oggy replied at 6-5-2024 02:59 AM
Maaf ketinggalan. Bukan hari tu Search dah ada vokalis baru ke yg they all buat konsert tu, penyanyi ...

katanya penyanyi Indonesia tu bukan anggota tetap SEARCH. kira dia dijemput KidDin.
kali ni tak tahu la kalau ada isu atau memang Kiddin nak guna penyanyi jemputan lain pula. So untuk konsert ni, Amir dipilih.

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
sukebintang replied at 6-5-2024 04:01 PM
katanya penyanyi Indonesia tu bukan anggota tetap SEARCH. kira dia dijemput KidDin.
kali ni tak t ...

Oo macam tu rupanya. Ok faham2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2024 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
X abis2 berebut nama..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.057020 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list