CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3228|Reply: 25

RTM tangguh tayang drama pelakon bermasalah

[Copy link]
Post time 5-5-2024 12:01 PM | Show all posts |Read mode
Datuk Suhaimi Sulaiman. - Foto arkib NSTP





Kuala Lumpur: Radio Televisyen Malaysia (RTM) menangguhkan tayangan drama membabitkan pelakon yang namanya hangat diperkatakan susulan kontroversi yang tercetus.

Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata, soal tatasusila dan sosial membabitkan pelakon sentiasa menjadi pertimbangan sebelum membintangi drama yang ditayangkan di stesen TV itu.

"Saya tidak mahu menamakan mana-mana pelakon. Cuma, apa boleh dikatakan, isunya sedang menjadi perbualan sekarang... (dan) saya sudah menghubungi penerbit drama itu, memaklumkan RTM akan menangguhkan siaran dramanya.

"Bukan apa, apabila drama ditayangkan, pihak stesen perlu buat promosi dan atur sesi temu bual bersama wartawan. Pada ketika itu nak jawab apa?

"Justeru, perkara sebegini sudah lama dibincangkan dengan semua pembekal drama yang mana kena pastikan tidak ada masalah sensitif seperti tatasusila dan sosial. Malah, penerbit pun sudah sedia maklum.

"Kenapa kita berbuat demikian? Sebab apabila drama ditayangkan, mereka menjadi 'role model' kepada masyarakat," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, RTM tidak mahu mengambil tindakan gam atau 'banned' mana-mana pelakon yang bermasalah, sebaliknya menggunakan pendekatan yang lebih halus iaitu memberikan rawatan psikologi, jiwa dan khidmat profesional.

"Di RTM kita percaya sekiranya seseorang itu bermasalah, dia kena mendapat pertolongan. Jangan masa artis itu sedang popular dia disanjung, tapi apabila ada masalah dia dibuang.

"Kita tidak tahu sama ada dia mempunyai masalah jiwa atau psikologi yang memerlukan bantuan.

"Kita kena terima hakikat yang mana dalam dunia hiburan ini, apa saja boleh berlaku. Dalam perkara sebegini, kita punya pendirian kena bantu dan bukan sisihkan," katanya.

Menurutnya, buat masa ini drama yang membabitkan pelakon berkenaan ditangguh siaran sehingga dia benar-benar mendapatkan rawatan profesional dan berubah ke arah lebih baik.

"Soal nak gam ini takkan boleh selesaikan masalah. Jangan bunuh kerjaya seseorang artis itu.

"Bagaimanapun, sekiranya ia membabitkan salah laku jenayah kita memang tidak boleh terima," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillahhh love you lah bang Suhaimi. Gam all the way. Benamkan je ke lobang kubur Ruhanat n co.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
yeayyyy.. ko dgr tak erma patima?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Thank you Datuk Suhaimi. Syukur ada orang berkuasa yang masih boleh bezakan benda baik dan benda buruk.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kata Erma patima
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 04:03 PM | Show all posts
Setuju 1000%.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2024 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninajaybee at 5-5-2024 04:09 PM

Setuju tapi kita tunggu keputusan mahkamah.

Yg isteri curang dan dah mengaku tak perlu boikot? Penyondal (penyondol lelaki) tak boikot?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah harap stesen TV lain pun buat gini, mokcik.. ambik ank ko balik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 07:12 PM | Show all posts
lurveee mak hayam ni....
sejak heshe lead tv RTM... nampak jugakla perubahan RTM la ni... dolu tak bermaya jah ala2 hidup segan mati takmau...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni sebenarnya tanggungjawab media tunjuk role model baik untuk rakyat bukan sebaliknya. Tahniah rtm
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
kelakar baru kalut nak buat. Haritu kenapa drama alep najis sempat tayang?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 08:30 PM | Show all posts
Besor pangkat Suhaimi Sulaiman ni sekarang. Datuk lagi...tahniah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 08:35 PM | Show all posts
Terbaikkk lah

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
.
.
.
aku teringat citer jiran aku...

ms jiran aku blk kg...pastu...dr kg nk ke kl...sedara-mara dia htr dia kat epot...
pastu sedara-mara dia berdoa nk jumpa retis nak berselfie sama²...
tiba² pakcik ni yg muncul...sedara dia kata ok boleh la sbab selalu keluar tv baca berita...hahaha sekian...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
good!! setuju!!

kena ajaq skit maknusia2 skrg yg krg adab,keruntuhan akhlak
smpai bila "buat-maaf-repeat"???

all the bestlah buat gen mendtg
mmg mnjadi2 di mediasosial msg2 founder ke netijem mulut hagsuang bg komen mmbabibuta, retis ke etc

blum lg kes2 jnayah atasxjlnraya ke,smbh asid ke, tembak isteri kat airport ke

all the bestlah msians!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 08:51 PM | Show all posts
waktu dia muda dulu muka dia macam paknil versi tembam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
ninajaybee replied at 5-5-2024 04:07 PM
Setuju tapi kita tunggu keputusan mahkamah.

Yg isteri curang dan dah mengaku tak perlu boikot? Pen ...

Baru nak tanya ni jugak.

Mmg kena pilih kasih ikut selera tekak netizen kah?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
ninajaybee replied at 5-5-2024 04:07 PM
Setuju tapi kita tunggu keputusan mahkamah.

Yg isteri curang dan dah mengaku tak perlu boikot? Pen ...

macam u ckp la dkt thread lain...bella nyanyi tak sedap..sendu kan..why bother?muahahahah...si ruru & si alep 2b kesayangan u tu mmg tak layak nk kluar tv..tak layak berkawan dgn org..diorg mmg sekufu..sama2 narsisis..manipulator...duk meratib Allah..Allah..Allah...tp batu api..busuk ati..penuh dgn evil plan..suka petik nama org..elok la diorg berdua kawen cpt2...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Fazzbulous replied at 5-5-2024 01:19 PM
macam u ckp la dkt thread lain...bella nyanyi tak sedap..sendu kan..why bother?muahahahah...si rur ...

.
.
.
td dlm kul 3ptg kat tv ada citer alip blakon...x tau apa.tajuk...pelakon lain semua aku x kenal....heroin aku kenal tp x tau nama...
ada lg sorang pelakon lelaki muka pun aku kenal tp x tau nama...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini rtm je.payment lebat sebenarnya dari swasta mcm media prima, astro.retis2 ni bukan takut pun.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.069396 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list