CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5279|Reply: 47

[Dunia] Restoran di Jepun buang 25 set nasi lemak, kena tipu ejen dari Malaysia

  [Copy link]
Post time 6-5-2024 02:38 PM | Show all posts |Read mode
Restoran di Jepun buang 25 set nasi lemak, kena tipu ejen dari Malaysia

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... ejen-dari-malaysia/

Oleh KOSMO!
5 Mei 2024, 11:21 am


Sebuah restoran di Shibuya, Tokyo, Jepun terpaksa membuang 25 set nasi lemak gara-gara ejen pelancongan dari Malaysia membatalkan tempahan tanpa memaklumkan kepada mereka. - Foto Facebook Sou Tanaka

PETALING JAYA – Sebuah restoran di Jepun yang menghidangkan makanan tradisi rakyat Malaysia terpaksa membuang 25 set nasi lemak gara-gara seorang ejen pelancongan dari Malaysia membatalkan tempahan tanpa memaklumkan kepada mereka.

Kejadian itu dikongsikan oleh pekerja restoran tersebut, Sou Tanaka pada hantaran Facebook di dalam bahasa Jepun, yang kemudiannya dijelaskan oleh Kamal Zharif Kamaludin iaitu rakyat Malaysia yang menetap di Jepun.

“Bagi yang datang ke Jepun, pastikan kalian datang ke restoran setelah menempah meja (booking). Di bawah ini kes restoran makanan Malaysia di Shibuya, Tokyo yang menerima tempahan meja oleh seorang ejen pelancongan Malaysia. Dia tidak telefon semula restoran untuk batalkan tempahan.

“Pengakhirannya, restoran itu tunggu dan tunggu tanpa sebarang khabar berita. Pihak restoran terpaksa membuang begitu sahaja set nasi lemak untuk 25 orang,” katanya dalam hantaran tersebut.

Kamal Zharif turut menjelaskan mengenai salah satu perkara yang perlu dielakkan apabila membuat tempahan tempat duduk di restoran menerusi budaya orang Jepun.

“Boleh katakan ia adalah salah satu ‘redflag’ di Jepun, lagi-lagi ruang meja adalah terhad dan bukan luas seperti di negara-negara lain.

“Akhirnya, cara sebegitu akan jatuhkan kepercayaan orang Jepun dan akan jatuhkan air muka ejen pelancongan yang penat-penat membuat tempahan restoran.

“Jadi, apabila menerima klien yang suka-suka batalkan tempahan walaupun dia sendiri sudah tiba di depan pintu restoran sama, kita perlu beritahu kepada ejen pelancongan lain supaya tidak ambil lagi klien itu. Sungguh penting untuk kita tahu ketika berada di Jepun,” katanya.


Hantaran asal Sou Tanaka dalam bahasa Jepun berhubung 25 set nasi lemak terpaksa dibuang ekoran ejen pelancongan dari Malaysia membatalkan tempahan tanpa memaklumkan kepada mereka.

Sementara itu, menerusi hantaran asal Sou Tanaka, ramai rakyat Malaysia marah dengan tindakan ejen pelancongan tersebut selain memohon maaf kepada lelaki berkenaan.

“Sangat teruk ejen pelancongan ni. Buat aduan kepada Pejabat Tourism Malaysia, saya sangat marah dan sedih baca story anda berkenaan ejen pelancongan tak bertanggungjawab,” kata Tarmizi Rahman.

“Memalukan Malaysia saja. Kalau tak reti bertanggungjawab jangan buat bisnes lain kali. Duduk diam-diam di rumah tak susahkan orang. Minta maaf kepada restoran itu dan bayar kerugian mereka,” komen Syafiq Fadzli.

“Mohon jangan salahkan Malaysia. Ia bukan sebab negara, tapi sikap individu,” kata Abdul Rashid Abdul Manaf.

Malah, rakyat Malaysia turut melepaskan kemarahan melalui akaun media sosial dipercayai ejen pelancongan tersebut. – KOSMO! ONLINE


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2024 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
"wa talak tipu maaa...wa pandai meniaga"-
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa Page ejen pelancongan itu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Farnor replied at 6-5-2024 04:00 PM
Apa Page ejen pelancongan itu?

Kampungstay Holiday kater nyer
Fb page dia dah kena serang & gigih admin dia delete post
Penerangan yg dia bagi utk menjawab isu ni sangatlah tak professional

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
ni dah viral org tau dah agen tu tak ke lagi teruk biz kau lps ni...tak kan la baru pertama kali berurusan dgn resto tau..lepas tgn gitu tak de adab langsung
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala...nanti dia reg company baru..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2024 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tour operator ni lah yang si Anju tengah promote sekarang. Group ini lah yang cancel nasi lemak tu agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by krustykrab at 6-5-2024 05:57 PM

Resto jepun tu tak terima pymt dulu ke sblm sediakn hidangan? Bodo la kalau x accept pymt dulu.  Dah mcm cheap marketing yg seller2 kat fb selalu buat.

Iols dh baca penjelasan tour guide operator tu. Katanya diorg tk pernah bg greenlight kt restoran tu utk siapkn hidangan tu. Maksudnya booking/ full payment apa pun tk bagi lagi la. Dah knp berani sgt resto ni pi sediakn hidangan byk mcm tu kalau pymt tk dpt.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2024 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon viralkan ejen tu. Dahlah bodo2 je dtg jepun tp order nasi lemak
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 06:01 PM | Show all posts
apakejadahnya org malaysia pi holiday jepun nak melantak nasik lemak?? kan dh byk ada halal ramen udon mkanan jepun segalanya??nasik lemak hari2 bole melantak
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 06:10 PM | Show all posts
lepas ni resto jepun boikot urang mesia

maka makan kat conbini je la sambil ber huhuhuhu

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
noell replied at 6-5-2024 06:01 PM
apakejadahnya org malaysia pi holiday jepun nak melantak nasik lemak?? kan dh byk ada halal ramen ud ...

Kan..peliknya gi visit negara org nk mkn nasi lemak org sana masak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
noell replied at 6-5-2024 06:01 PM
apakejadahnya org malaysia pi holiday jepun nak melantak nasik lemak?? kan dh byk ada halal ramen ud ...

makcik2 pakcik2 dah pergi satu group besar camni confirm la nak melantak makanan msia jugak



Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 06:59 PM | Show all posts
noell replied at 6-5-2024 06:01 PM
apakejadahnya org malaysia pi holiday jepun nak melantak nasik lemak?? kan dh byk ada halal ramen ud ...

Sebab tu kalau ada makcik2 merayu2 nak ikut aku travel aku bolayan jer. Tau sangat perangai nanti nak masuk jamban pun sibuk nak bawa baldi

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 6-5-2024 05:55 PM
Resto jepun tu tak terima pymt dulu ke sblm sediakn hidangan? Bodo la kalau x accept pymt dulu.  Dah ...

Logik gak penjelasan TA ni. Kadang orang tanya sebab nak survey harga dulu.

Salah restoran la kenapa berani sangat proceed tanpa hitam putih dan deposit.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Farnor at 6-5-2024 08:34 PM
MarryPottet replied at 6-5-2024 04:57 PM
Kampungstay Holiday kater nyer
Fb page dia dah kena serang & gigih admin dia delete post
Peneranga ...


Apo? Apasal punya ejen ni buat hal? .. Sayang makanan di tempah kena buang..lpas ini takut dah customer lain nak guna perkhidmatan ejen ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2024 08:52 PM | Show all posts
Ironi nya jauh2 g jepun survey plak nasirema air tangan Nihonjin.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 08:57 PM | Show all posts
mejaputih replied at 6-5-2024 10:44 AM
Kan..peliknya gi visit negara org nk mkn nasi lemak org sana masak...

Negara portugis , belanda tak nak pulak di pergi.gi gak negara penjajah Jepun .
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 08:58 PM | Show all posts
syamzana replied at 6-5-2024 10:48 AM
makcik2 pakcik2 dah pergi satu group besar camni confirm la nak melantak makanan msia jugak

Diorang tak baca sejarah. kalau baca sejarah mananya teringin gi sana.
macam orang cina malaysia kan kureng sediikit dengan orang jepun.
sebab Cina mmg ada tragedi dengan jepun
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 08:58 PM | Show all posts
Mary_jane replied at 6-5-2024 12:52 PM
Ironi nya jauh2 g jepun survey plak nasirema air tangan Nihonjin.

Alfonso de alburque be like : korang semua dah kenapa ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.541683 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list