CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4859|Reply: 0

Amirull sasar podium Tour of Algeria

[Copy link]
Post time 9-5-2024 05:44 PM | Show all posts |Read mode

Pelumba TSG, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki (kanan) bersama rakan sepasuka sebelum berlepas ke Algeria. - Foto TSG

KUALA TERENGGANU: Pelumba sensasi Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Amirull Fakhruddin Mazuki sasar podium perlumbaan Tour of Algeria yang bermula Ahad ini.

Menurut pelumba kebangsaan itu, pengalaman yang diraih dalam beberapa kejohanan sebelum ini bakal menjadi pemangkin semangat buatnya untuk memburu podium dalam kejohanan berprestij itu.

Malah katanya, kejayaan 10 podium yang dimenangi pelumba TSG dalam jelajah Algeria tahun lalu juga menambah lagi keazaman pasukannya untuk mencipta rekod lebih baik dalam saingan itu.

"Sudah pasti kami mahu mengulangi pencapaian sebelum ini dalam jelajah itu (Tour of Algeria), apa yang saya harapkan rakan sepasukan dapat membantu bagi memastikan TSG mampu mencapai sasaran yang ditetapkan.


"Lagipun empat lagi rakan sepasukan termasuk tiga pelumba yang menyertai kejohanan sama tahun lalu kini berada pada prestasi terbaik untuk memburu mata dalam kejohanan itu," kata Amirull ketika ditemui sebelum berlepas ke Algeria.

Selain Amirull yang bakal membuat penampilan pertama dalam jelajah itu, kejohanan yang berstatus 2.2 dan 1.2 itu turut disertai tiga pelumba import - Youcef Reguigui, Metkel Eyob dan Aiman Cahyadi serta seorang lagi pelumba tempatan, Wan Abdul Rahman Wan Hamdan.

Sementara itu Ketua Pegawai Operasi TSG, Nasiruddin Wan Idrus berkata, sekurang-kurangnya lapan podium disasarkan dalam jelajah Algeria itu yang berlangsung selama 10 hari.

"Tahun lalu kita dapat 10 podium menerusi enam pelumba yang kita hantar, jadi saingan kali ini kita sasarkan lapan podium, jika lebih ia bonus buat pasukan," kata Nasiruddin.
https://www.bharian.com.my/sukan ... podium-tour-algeria
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.067408 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list