CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8050|Reply: 6

[Tempatan] Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun bangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)

[Copy link]
Post time 12-5-2024 02:44 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun bangunan LTSIP
12 Mei 2024 12:37pm


Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa bakal berwajah baharu selepas 22 tahun memberi khidmat kepada orang awam. Foto Bernama

KOTA BHARU - Walaupun bangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa bakal ‘berwajah baharu’ selepas 22 tahun memberi khidmat kepada orang awam tetapi segala kenangan serta kemudahan yang disediakan tetap terpahat dalam ingatan penggunanya.

Penduduk Nurul Syuhadda Ishak, 40, berkata, banyak kemudahan dan fasiliti yang disediakan di dalam bangunan LTSIP sebelum ini seperti kedai makan dan produk usahawan bumiputera iaitu kraftangan dan batik.

"Jarak antara lapangan terbang dengan rumah hanya 300 meter, saya gemar menggunakan kemudahan yang disediakan seperti bank, restoran makanan dan produk jualan kraftangan serta batik dari negeri Kelantan.

"Malah, sejak kecil lagi saya dan adik-beradik gemar menggunakan padang yang disediakan pihak lapangan terbang sebagai tempat bermain, rekreasi serta beriadah,” katanya kepada Bernama, di sini pada Ahad."

Hashimah Hassan, 63, pula berkata, kenangan paling manis yang tidak boleh dia lupakan ialah apabila orang ramai berkelah dengan menghampar tikar dan membawa bekalan makanan, untuk berada di tepi pagar kawasan LTSIP sambil melihat kapal terbang mendarat atau berlepas.

"Menariknya walaupun bukan ahli keluarga kita yang berada di dalam kapal terbang itu, kita semua akan melambai-lambai ke arah pesawat itu dengan rasa teruja dan gembira, malah cepat-cepat ambil gambar dengan berlatar belakang pemandangan kapal terbang tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pengurus LTSIP Suhaimi Abdul Sani berkata, bangunan berusia 22 tahun tersebut bakal dirobohkan pada 20 Mei ini, mengikut jadual disediakan kontraktor.

"Bangunan lama yang dibina pada 2002 ini akan dirobohkan secara keseluruhan dan sekarang kita giat mengalihkan aset-aset, bagi mengosongkan bangunan lama untuk dipindahkan ke terminal baharu,” katanya.

Pengoperasian terminal LTSIP fasa satu pada 1 Mei, mampu menampung 1.5 juta penumpang, manakala pembinaan fasa dua akan dilaksanakan serta-merta dan dijangka dapat menampung sehingga empat juta penumpang.

Terminal baharu itu memiliki lebih 20 kaunter penerbangan, parkir kenderaan bertingkat, laluan khas untuk pemandu teksi, balai bomba dan penyelamat terminal, pertambahan ruang tempat meletak kapal terbang serta sistem operasi tanpa tunai LTSIP untuk memudahkan penumpang.

Projek pembesaran dan naik taraf LTSIP membabitkan kos RM440 juta.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri Kelantan, bagi menambah 400 meter lagi landasan di LTSIP untuk menjadikan ia sebagai lapangan terbang antarabangsa dan akan meminta Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook untuk menyegerakan pembinaan LTSIP yang sedang dilakukan ketika ini.

Anthony Loke dijangka merasmikan Operasi Fasa 1 bagi Projek Pembesaran dan Menaik Taraf LTSIP, esok pagi. - Bernama


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2024 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak berkenan airport kusam suram gelap kepam. Macam kat kuburan pulak. Lagi suka airport baru ni.

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 08:39 PM | Show all posts
memang patut pun belah timur sana ada international airport.

zon2 malaysia yang lain semua ada dah masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
blue_blur replied at 12-5-2024 08:39 PM
memang patut pun belah timur sana ada international airport.

zon2 malaysia yang lain semua ada dah  ...

Airport kota bharu yg happening skit. Airport kt, kuantan mcm sendu.

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
parking sehari semalam pun da naik, sebelum ni rm15/day..
sekarang rm25/day..
dah la kena naik van shuttle dari parking ke airport..
meolls kena cari alternative lain ni..

tandas airport baru ni a bit failed la..
apoo tempat tisu sama level dgn lutut, dah nak kena tunduk2 nak amik tisu..
lantai plak always basah, banjir, air bertakung tak turun..
dorang kena refer klia2 la, letak pelapik lantai hitam tu..

paip air pun sama, rendah sangat..
lantai da la bertakung air, hos air pun basah kena air tu, pastu kita plak tarik time nak membasuh tu, dah terkena paha eeeee..

kaki lima luar pintu airport kecik dari yang lama, once you berdiri kat situ, orang lain tak boleh lalu..

pintu arrival & departure too close, so semua orang cramped & crowded kat situu..
orang yang nak drop off family/kawan yg nak naik flight pun jadi kelam kabut, sebab kena tiup wisel dgn RELA..
dulu aman2 je, sebab jalan luas dan tak menganggu atau block kereta belakang..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 01:21 PM | Show all posts
Tengok kat youtube interior macam up market bus terminal. Airport sepatutnya lebih canggih. Tengok dalam video tu la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2024 01:27 PM | Show all posts
baiknya pmx lulus epot baru kat ummah sskjp wlaupun dorg walaun tegar yg hari2 dok kutuk,fitnah pmx..



kalo zaman PM4 dulu jgn harapla ummah klate nak dapat projek mega gini.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.063616 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list