CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2590|Reply: 45

[Cinta] Boyfriend mendiamkan diri setelah sekian lama...

[Copy link]
Post time 13-5-2024 10:48 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum & selamat pagi warga caridotmy

Aku tak taulah nak mula dari mana kisah aku ni sebab aku dah sampai ke munkin penghujung cerita cinta aku ni dengan sorg mamat yang aku kenal dalam apps michat.  Oklah... begini kisahnya, dalam bulan jun tahun 2023, adala sorg mamat ni add aku dlm apps michat... beria benar dia nak berkawan dgn aku, aku hanya layankan shj perbualan chat dgn dia, dia ada bagi nombor wassap utk aku hubungi, so aku take this chance lah tp aku hanya anggap dia sbg kwn biasa sj, sebab aku terpikir jugak munkin dia lelaki nakal yg sj suka2 ganggu & memain dgn gegirl dlm michat, maklumlah michat tu tempat yg byk org yg main2 je.  so aku chatlah dgn dia utk satu dua hari, aku rasa aku tak sesuai dengan dia kerana usia kami yg jauh beza, aku 44 dan dia 26tahun, kemudian aku tinggalkan chat dgn mamat tu.

tup tup masuk pertengahan bulan november 2023, aku disapa semula oleh mamat tu, dia memperkenalkan semula namanya, fazri is, maaf aku terpaksa pendekkan namanya atas sebab2 tertentu.  kali ni dia betul2 bermaksud nak berkapel dgn aku, aku pon tak berpikir panjang & terus terima pelawaan dia.  jadi, selama 2 minggu dia menghubungi aku wasap & col aku utk berkenalan maka bermulalah bibit2 cinta antara kami, aku tertarik dgn dia krn dia betul2 menggoda aku & menyayangi aku spt insan bercinta yg lain.  dia adalah anak polis & dia masa tu masih lagi on job training di salah sebuah pusat kurier tempatan di bandar aku tinggal.  cuma yg aku tak berapa jelas ialah tempat tinggal dan tempat kerja dia sebab aku tak berapa dengar apa yg dia bagitau aku masa col. dia plan utk date dgn aku pada hari dia cuti offday iaitu pd hari jumaat, tp tiba pada hari yg dijanjikan dia terpaksa batal date sebab kwn dia dtg tidur di rumah dia.  selama 2 minggu shj kami berhubungan lepas itu dia mendiamkan diri selama sebulan.  jiwa ku resah sepanjang masa tu, memikirkan apa salah ku dan aku berasa sgt sedih ditinggalkan begitu sj. so awal januari, aku yg wasap semula dia, wasap aku berbalas, aku betul2 hepi lalu berhubung spt biasa, dia mengajak aku date di tempat jogging, itulah pertemuan pertama kami masa aku berjumpa, dia bagitau yg dia mendiamkan diri sebab henfon dia rosak. kami berbual spt biasa walaupun aku berasa agak kekok & malu sebab itukan pertemuan pertama kami.

di hari lahir ku, aku telah menjemputnya ke rumah ku utk meraikan hari jadiku yg ke 45, dia bersetuju, malam tu dia col utk melepaskan rindu dia ajak aku date pada hari birthday aku, tp aku menolak sebab takkan lah pulak aku nak tinggalkan tetamu kat rumah... bila tiba hari kejadian, dia memberitahuku yg dia tak dpt hadir krn menggantikan rakan dia utk replacement tempat kerja, aku berasa sedikit sedih & kecewa.

sepanjang bulan mac & april tiap2 hari dia akan wasap aku, bulan posa pun dia sibuk wasap aku... mmg episod cinta yg bestlah bagi aku.  aku pernah minta dia jujur dgn aku ttg perhubungan dia dgn kekasih dia sebelum aku, ya dia & ex gf dia pernah melakukan hubungan seks dan selalu bercium & make love bila mereka berjumpa & berdating, aku terkejut dgn pengakuan ikhlas dia, tapi aku tak kisah dgn hubungan dia yg lalu, just move on shj, dia pun dah tak ada apa2 hubungan dgn ex2 dia.  aku jemput dia dtg beraya di rumah aku, dia datang tapi aku tunggu sampai ke tengah hari baru dia sampai rumah, rupanya pi beraya rumah kwn ayah dia, dia bawa buah tangan(bunga api & duit raya) utk anak sedara aku, bersembang dgn kakak dan mak aku.  aku tak sangka pulak mak aku melayan dia dgn baik sebab sebelum ni mak tak begitu bersetuju dgn perhubungan kami

jumaat(hari weekend dia), dia berjanji dgn aku utk date di tempat jogging yg selalu kami jumpa tu, namun pada hari yg dijanjikan dia cancel date sebab mak dia suruh ambik adik dia di stesen ktmb.  aku rasa frust & nyampah dgn dia, kenapalah hari nk date ni jugak dia sibuk dgn perkara lain, aku sedikit marah pada dia dlm wasap, aku merajuk, dan dia telah mendiamkan diri sehingga hari ini masuk hari kesepuluh, semalam aku dah wasap dia bagi salam dan tegur sapa dia, namun tak dibalas... entahlah...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2024 12:09 PM | Show all posts
umur dah 45 kan patut tahu la..buang masa layan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2024 03:03 PM | Show all posts
adila39 replied at 13-5-2024 12:09 PM
umur dah 45 kan patut tahu la..buang masa layan

ohh aku terlupa pulak faktor usia tuh, buat mcm mn dah jatuh cinta, aku sedar siapa diri aku, aku ni tak sehebat mana pun, terima kasih sahabat kerana mengingatkan aku
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 04:21 PM | Show all posts
banyak sangat red flag dia tunjuk..
so move on je la tt..
sebelum tergadai duit masa and body..
i bet dia just nak main-main je tu..
entah berapa ramai lagi pompuan dia layan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2024 05:07 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 13-5-2024 04:21 PM
banyak sangat red flag dia tunjuk..
so move on je la tt..
sebelum tergadai duit masa and body..

oklah kalau dah takde jodoh i move on, lg pun aku tak tau penerimaan parents dia mcm mn kat perempuan tua mcm aku ni, for sure red flag jugakla
percaya kepada takdir Allah, qadha' & qadar, itu yg terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
amboi kaka 26 tu dah mcm hanak hekan je
sorry la gurau je

iols rasa dia ada awek lain la
btw lelaki klu betul2 dia serius nak kat gadis yg dia suka takde nak diam2 ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2024 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
zaza_babypink replied at 13-5-2024 03:03 PM
ohh aku terlupa pulak faktor usia tuh, buat mcm mn dah jatuh cinta, aku sedar siapa diri aku, aku  ...

i am more on..u are a mature lady..so shud be wiser. x kata x boleh berkawan dgn yg lagi muda but tgkla spesis lelaki tu..lelaki budiman or xguna. So dont feel bad about it..set in mind he is just not for u. Also how bercinta online je..so itu bukan cintalah. ok so dah buck up. u can do it sis!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2024 12:01 PM | Show all posts
adila39 replied at 13-5-2024 11:29 PM
i am more on..u are a mature lady..so shud be wiser. x kata x boleh berkawan dgn yg lagi muda but  ...

kitorang bercinta secara wasap, col, video col dan berjumpa, sapa kata online je, sis jelas x kisah sy ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-5-2024 12:03 PM | Show all posts
Jitu replied at 13-5-2024 09:56 PM
amboi kaka 26 tu dah mcm hanak hekan je
sorry la gurau je  

usia tu mmg la da 45 tapi dia pun terkejut ingat i baru dlm 28 tahun masih bergetah lagi, bukanla nk angkat bakul ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 04:54 PM | Show all posts
Move on je sis. laki yg suka ghosting2 mcm ni, nak main2 je. Kadang bila kita terdesak, kita tak nampak red flag ni semua. tapi kami pembaca yg diluar hubungan sis ni, nampak terang & jelas.

Kalau bercinta tapi ajak dating tempat jogging...hmmmpphh. modus operandi lelaki tak guna. opss ampun.

Pendek kata, sila move on sis. U deserve better
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
zaza_babypink replied at 14-5-2024 12:01 PM
kitorang bercinta secara wasap, col, video col dan berjumpa, sapa kata online je, sis jelas x kisa ...

Oh la haiii ok ampun..okaylaaa hope all ok
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 05:16 PM | Show all posts
ntah2..dia ada awek laen kot..u just peneman dia jek..pecaya laa..memang orang cakap age just a number..tapi kena tengok juga..berapa jauh jurang number umur tu..lagi2 TT perempuan..

TT jangan down apa yg saya cakap..untuk saya..jurang TT terlalu jauh..lagi pun..dari cerita TT..saya tak nampak hala tuju..motivasi..effort perhubungan antara TT n dia..yang saya nampak..macam biskut jek..kejap timbol..kang ghaib..kang timbol blk..

saya ikhlas menaip nih..bukan jeles kat TT..cari laa yang sekufu dgn TT..kalau ada jurang pun..tak laaa terlalu jauh..kerana sekufu ni penting dari segi pemikiran..cara handle emosi n masalah..cara berkomunikasi dll.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 07:34 PM | Show all posts
adila39 replied at 15-5-2024 05:04 PM
Oh la haiii ok ampun..okaylaaa hope all ok

........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2024 11:19 AM | Show all posts
Edited by zaza_babypink at 16-5-2024 11:20 AM
crinklecut replied at 15-5-2024 05:16 PM
ntah2..dia ada awek laen kot..u just peneman dia jek..pecaya laa..memang orang cakap age just a numb ...

Alhamdulillah... beberapa hari yg lepas aku dah tegur semula dia, dia dah reply wasap aku, cuma aku bahasakan diri, sy & awak (sebelum ni bie & sayang), begitu juga dia... hubungan dgn dia dah baik
itulah, setiap kali lepas dia diam, aku akan tanya dia sama ada dia dah ada awek lain, tapi dia ckap dia hanya ada kwn perempuan aku sorang sj, mmg itulah jawapan dia setiap kali aku teringat nak tanya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 11:50 AM | Show all posts
selaku org yg pernah p blind date lbh 10x...1 je iolls nk commnt..dia main2 kan u je tu, carik bila sunyi...lelaki kalau nak bukan mcm tu effort dia, harap maklum! frinds with benefit only tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 09:12 AM | Show all posts
TT boleh rujuk jadual di bawah:

Andartu junior - 28-34 tahun
Andartu Senior - 35-39 tahun
Andartu forever - 40 tahun keatas

TT berada pd tingkatan paling akhir dlm carta kajian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2024 08:31 AM | Show all posts
ifanonline replied at 17-5-2024 09:12 AM
TT boleh rujuk jadual di bawah:

Andartu junior - 28-34 tahun


Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 08:47 AM | Show all posts
adila39 replied at 13-5-2024 12:09 PM
umur dah 45 kan patut tahu la..buang masa layan

selagi ada yang melayan , wanita kan suka di beri perhatian , caring , kata- kata manis
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 09:44 AM | Show all posts
aku baca byk kali, betulla umor dah 44

tp pemikiran mcm baru empat blas taun..

byk redflag apa yg kau harapkan, unless kau tu lawa mcm sariyanti.. tapi aku pasti dak kan?

tapayalah mengharapkan pada yg tak pasti, n mmg tak akan jadi tu.. buang masa la, eh tah ke body kau pun dah tergadai.. .semacam jee
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 09:45 AM | Show all posts
nad014 replied at 20-5-2024 08:47 AM
selagi ada yang melayan , wanita kan suka di beri perhatian , caring , kata- kata manis

yg terdesak je sllu mkn janji manis tiruan nih... huhu shian kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 3.929458 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list