CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12814|Reply: 105

Pemandu Perempuan Gelojoh?- Bung Mokhtar

[Copy link]
Post time 29-3-2011 03:26 PM | Show all posts |Read mode
Pemandu wanita berbahaya?



Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 28 Mac – Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘hangat’ apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan.

Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.

Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon.

‘‘Saya terpanggil membicarakan soal-soal sebegini kerana pada saya kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Maka kita di jalan raya tidak juga selamat daripada pemandu-pemandu yang cuai terutama pemandu wanita.

‘‘Dia relaks, dia tidak peduli kiri kanan. Kita hon, dia marah ada juga yang sanggup keluarkan tangan dan menunjukkan pelbagai isyarat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Kenyataan itu membangkitkan kemarahan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) yang serta-merta meminta Bung Moktar menarik balik kenyataan itu kerana tuduhan tersebut bersifat umum.

‘‘Minta tarik balik Yang Berhormat (YB) terutama perkara berkaitan pemandu wanita kerana ia terlalu umum,” katanya.

Bung Moktar ketika mempertahankan kenyataannya itu dengan tegas berkata, beliau ikhlas menegur kerana ia melibatkan soal keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

‘‘Saya tidak berhujah berdasarkan emosi dan itu juga tidak bermakna saya tidak menghormati wanita. Saya tetap menghormati mereka.

‘‘Namun perkara ini perlu diambil perhatian lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pemandu wanita yang baru lulus daripada ujian memandu,” katanya.

Nancy Syukri (BN-Batang Sadong) ketika mencelah berkata, kecenderungan pemandu-pemandu wanita yang baru lulus memandu secara perlahan adalah kerana mereka amat berhati-hati.


.......aku mcm setuju jer bung mohtar punya statement tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2011 03:35 PM | Show all posts
Pemandu wanita berbahaya?



Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR  ...
mycos79 Post at 29-3-2011 15:26



    Secara umumnya memang ada kebenarannya kenyataan bung mokhtar tu kalau dilihat dari cara sesetengah wanita memandu
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 04:03 PM | Show all posts
hah baru pagi tadi kena ni satu pompuan..dia baru keluar dari umah dia tepi jalan je...gostan2 tak tengok belakang. tengok depan je. sib bek aku berheti belakang dia. kalu tak. habis buang masa aku nak sattle satu pelangaran ngan keta aku. than masuk office lewat lagi...huh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2011 04:47 PM | Show all posts
aku rasa bung mokhtar kasi pendapat berdasarkan  "kereta lama" dengan "kereta baru" yang dipandunya....


Bagi dia kereta baru tu lebih rakus dan gelojoh dari kereta lama....

hehehehe.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 05:29 PM | Show all posts
ade sorang kenalan pompuan tudung labuh tp bila memandu mcm ape je...kalau org lain tersilap bukan main panjang hon nye...kalau dia tersilap x nak mengaku..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 05:56 PM | Show all posts
wanita harus naik beca jer...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2011 08:55 PM | Show all posts
pemandu wanita memandu ikut napsu... tu fasal napsu wanita ada 9...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 08:56 PM | Show all posts
aku sokong bung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2011 09:09 PM | Show all posts
gelojoh, gelojoh juga pantang nampak betina licin dahi disebatnya, lagi2 artis gebu2
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 09:46 PM | Show all posts
halllooooo... setau aku yang gelojoh tu bung! tak nyempat2 nak mintak izin wife tua nak kawin dgn zizi....

iols sopang santung di jalan raya, takde gelojohnya. yang suka potong Q dan gelojoh di jalan raya ni kaum bung yang ramai :p
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 10:13 PM | Show all posts
tadi dh borak dh psl mende ni kat CI....aku buh balik la kat sini

bila2 kasik percentage.....x dinafikan mmg aku kdg2 tensen jugak ngan driver pompuan (though aku pompuan) yg bawak sesuka ati dia, without thinking critically mase bawak keta.......baru smlm jugak aku jadi saksi atas gelojoh sikap driver pompuan yg x dan2 nak masuk lorong yg sempit......padahal abg bawak van in opposite direction dulu yg masuk lorong tu.....suppose awek tu tunggu la dulu, kasi van tu lepas.....huhu....pastu dh masuk c2, x reti nak reverse kasik space skit kat van tu lalu.....huhu.....muka je cun....tp x pk dgn bagus bila bawak keta

pg td, kat ganu ujan lebat sgt2......on da way nak g keje, tgh2 bawak keta, tiba2 keta depan bawak keta cam x stable jek....pastu bukak hazard light.....sbbkan aku x berapa yakin duk blakang dia, aku masuk lane kanan.....aku nampak lelaki tau yg drive keta hunda cibik depan aku tuh......rupanya depan keta cibik tu, protong saga pon lelaki yg bawak, pon jugak bukak hazard light.....

so camne tu.....kes ni jd camni sbb they never learn from others yg expert dlm bawak keta....tu yg ingat derang bawak dgn betul.......

~~aku dh penat kena sergah ngan abg aku mase mula2 aku dpt lesen P.....dia duk sebelah.....siap kena marah2 lagi.....pastu slalu ikut dia balik kg.....so dr c2 tgk cara dia drive.....dr c2 la blaja.....juz my pendapat yg 2 sen.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 10:20 PM | Show all posts
aku rasa bung mokhtar kasi pendapat berdasarkan  "kereta lama" dengan "kereta baru" yang dipandunya. ...
mycos79 Post at 29-3-2011 16:47


i like dis wan!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 05:24 AM | Show all posts
Reply 11# iza_yuss


aku dulu pun sama... lepas lulus dan dapat lesen, mak belikan kereta... abg aku paksa aku drive, dia duduk sebelah pastu ajak aku pusing2 kat jalan sibuk. dia nk tengok aku drive camne... time tu rasa macam nak terkucil, takutnya nak drive. tp alhamdulillah lepas tu aku jadi pemandu berhemah
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 09:36 AM | Show all posts
dari pengalaman aku, pemandu pompuan lagi degil & susah nak give in berbanding pemandu lelaki.  Kadang kita terlajak bukan sengaja nak potong que, kalau pemandu pompuan jangan harap dia nak bagi masuk, muka garang gila... tapi kalau depa terlajak & nak potong que bukan main buat muka kesian..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 10:10 AM | Show all posts
Reply 13# nazurah

kehkehkeh

sbb tu skang, kalo aku nak bawak keta sengsorang2 kalo jalan jauh2, dia x kisah sgt.....x riso.....infact macam2 dia ajar kalo nak tinggal keta tu kena buat itu ini.....cara nak masuk lane mase tukar lane pon, dia yang ajor....jgn masuk ngejut......huhu
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 10:40 AM | Show all posts
ckp bung tu ade betul yer...  cukup risau klu orang perempuan bwk kete..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2011 11:01 AM | Show all posts
Reply 14# rikiruj

hehehhe... kalo dah pakai spek mata beso...takdenya nk noleh kiri kanan. buat derk jek
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 11:34 AM | Show all posts
ade sorang kenalan pompuan tudung labuh tp bila memandu mcm ape je...kalau org lain tersilap bukan m ...
maleo Post at 29-3-2011 17:29



    bos mike bwk kete mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 11:35 AM | Show all posts
org pompuan ni suh depa bwk keta sorong je sudahh......
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 11:37 AM | Show all posts
bos mike bwk kete mcm mana?
Sagoo Post at 30-3-2011 11:34



   bawak kete penuh sopan..tp gemor hon2 jugak..bos mike plak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.093892 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list