CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19092|Reply: 0

Euro 2024: Portugal pilih dua ‘kuda tua’

[Copy link]
Post time 22-5-2024 10:50 PM | Show all posts |Read mode

LONDON – Khidmat bintang dunia, Cristiano Ronaldo masih diperlukan oleh skuad Portugal walaupun dia kini sudah berusia 39 tahun dan bakal tampil aksi keenamnya pada saingan Euro 2024 bulan depan.

Ronaldo yang kini beraksi dengan kelab Arab Saudi, Al Nassr memiliki rekod jaringan dalam setiap edisi Euro sejak penampilan pertamanya pada 2004.




Dia juga mempunyai koleksi 14 gol di kejohanan berkenaan selain memiliki rekod sebanyak 10 gol pada kempen perlawanan kelayakan yang berlangsung pada tahun lalu.

Pengendali Portugal, Roberto Martinez  menjelaskan Ronaldo layak dipanggil berdasarkan prestasinya bersama Al Nassr.

“Cristiano? Lebih baik bercakap dengan data. Dia seorang pemain yang meledak 42 gol dalam 41 perlawanan bersama kelabnya.

“Itu menunjukkan kemampuan fizikal dan keupayaannya untuk sentiasa kekal cergas termasuk kualiti dipamerkan ketika di depan gawang… sesuatu yang kami sangat suka dan perlukan,”  kata Martinez.

Dalam senarai diumumkan itu, Ronaldo bukan hanya pemain veteran yang disenaraikan memandangkan pertahanan Porto, Pepe yang berusia 41 tahun turut bakal menggalas tugas pasukan.

Sembilan pemain dari Liga Perdana Inggeris turut disenaraikan termasuk Ruben Dias, Diogo Dalot, Bruno Fernandes, Bernardo Silva dan Diogo Jota. – Agensi

Umur 41 pun tersenarai lagi bhaii..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.465410 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list