CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43088|Reply: 536

Siti tergeliat lidah nyanyi lagu inggeris

  [Copy link]
Post time 6-4-2011 09:35 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by nazlinda04 at 6-4-2011 09:38

Siti Nurhaliza 'Tergeliat Lidah' Nyanyi Slanga Inggeris         
                     
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ        Siti Nurhaliza ketika memperagakan gaun labuh gabungan warna hitam dan merah di majlis 5Stars Designers sempena Anugerah Bintang Popular 2010 di Genting Highlands, Ahad lalu. - Foto SHAARI CHE MAT

GENTING HIGHLANDS: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza akui tercabar  apabila perlu menyanyi dalam slanga Bahasa Inggeris semasa merakam lagu dalam bahasa itu.
Menurut penyanyi yang mesra disapa Siti itu, sebanyak 10 buah lagu untuk album pertama dalam Bahasa Inggeris tersebut  telah siap dirakam dan sedang menunggu masa untuk dilancarkan.
Ia dijadual pada pertengahan tahun ini.
“Semua rakaman lagu dilakukan di Malaysia walaupun saya menggunakan khidmat komposer dari Australia iaitu Brian Bruno dan Cristian Alexander.
“Semasa proses rakaman tidaklah terlalu rumit tetapi setiap nyanyian saya perlu ditambah dengan slanga sehingga kadangkala “tergeliat lidah” untuk menyebutnya.
“Tetapi nasib baik saya mempunyai komposer yang banyak membantu,” ujar Siti sewaktu majlis 5Stars Designers meraikan selebriti yang menggayakan pakaian mereka pada Anugerah Bintang Popular 2010, di sini, Ahad lalu.
Pada majlis itu Siti  memperagakan pakaian berwarna gabungan hitam dan merah rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.
Kata Siti  dia memang menyasarkan album tersebut untuk dipasarkan ke luar negara.
Selain itu, Siti tidak menolak untuk merakamkan album Inggeris keduanya jika album tersebut mendapat sambutan yang baik daripada peminat.
“Saya sangat berpuas hati selepas berjaya merakamkan album ini, sangat teruja dan bersedia untuk menerima komen daripada pendengar,” katanya lagi.
Album itu bakal diterbitkan oleh syarikat produksi What's Up Entertainment, milik anak tirinya, Adib.

**Jujur siti ni...tergeliat lidah pun nak kasi tau....huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2011 09:46 AM | Show all posts
ok lagi lah tergeliat... jgn terbelit sudah ler.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 09:47 AM | Show all posts
huhuhuhu..gelak saje
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 09:52 AM | Show all posts
ingat ada video yang dia tergeliat lidah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 09:55 AM | Show all posts
at least die mengaku gak tak reti articulate the words t
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 10:03 AM | Show all posts
mesti byk praktis speaking.........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2011 10:07 AM | Show all posts
juujur kekdahnya disukai ramai ..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 10:19 AM | Show all posts
kena selalu praktis - bercakap bahasa inggeris
nanti sebutan jadi lancar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2011 10:34 AM | Show all posts
at least siti mencuba..........
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 10:38 AM | Show all posts
ni la sifat siti yg aku respect. wpun ramai org keji dia..dia ckp omputeh salah..tapi she will the the challange..improve diri dia..kadang2 aku tak salahkan siti..siti tu org kuala..org kampung..duk umah pun pakai kain batik...aku dpt rasakan mcm mana kita yg tak penah ckp omputeh kat umah...mak ayah ckp melayu..lidah keras..tiba2 nk ckp omputeh..
lagi sakit hati..org2 duk kutuk siti...nak comparekan siti ngan org2 urban..yg brought up..skolah..surrounding..lifestyle ckp omputeh..
kadang2 nak jer aku suh org2 yg x pernah nak merasa mcm mana org yg x penah ckp omputeh ni rasa mcm mana feel kitaorg nk ckp...debor2 jantung dah la satu..otak beku..tak kuar vocab..if vocab tak tau..mcm mana nk ckp omputeh kan...tu yg pentingnyer learnig process..and the best way nak improve language..kita kena duk dlm community tu sendiri..even g kelas..it not totally work..
jadik..siti yg seperti kita tau..bukan kaki clubbing..bukan ada nitelife..she is very committed ngan dunia dia...so pada org2 yg x suka siti (aku bukan peminat dia..just be realistik)..hargailah satu permata yg kita tau..dia kaya sb diri dia..usaha dia..x guna keseksian dia. tetak tajam2 ke..nk shortcut jadik kaya...(tu pun korang duk mengata gak)
kadang2 aku tak faham ngan org yg suka melahar2 ni..kita kena admit la..if they work for the money..they deserve to get it..contoh siti n linda on..kaya mana pun..USAHA dia..tak mcm sestengah artis (sorry...tiga suku artis) yg job tak la segah mana..tapi LIFESTYLE....mak datokkkkkkkkkkkkkkkk....renung2kan dan fikir2kan..SEKIAN...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 10:41 AM | Show all posts
abaikan la apa2 ilat aku tu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 10:41 AM | Show all posts
tapi kan siti ni mmg bila dia ckp inggeris slang melayu dia pekat lagi
mungkin sbb dia pun jarang bertutur/praktis baca sumting in English
tapi dia ckp Melayu pun mcm ada slang gak (ala2 org jawa ckp melayu)
aku tak reti nak describe tapi mmg ada
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 10:46 AM | Show all posts
very good ct.... tak HIPOOOO.... JUJURRR.... mcm tu la baguih sekurang2nya

kita boleh belajaq drpada kesilapan dan improve.....well done
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 10:45 AM | Show all posts
sejak kejayaan misz nina.. berebut2 org nak nanyi english songs n bikin album omputih.. ermm... berlumba2 nengok eh..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 10:49 AM | Show all posts
siti ckp sblm aku kene bambu baik aku ngaku dulu................
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 10:49 AM | Show all posts
sejak kejayaan misz nina.. berebut2 org nak nanyi english songs n bikin album omputih.. ermm... berl ...
ANTUGIGI Post at 6-4-2011 10:45

berjaya sgt ke mizz nina tu berapa juta unit albumnya laku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2011 10:50 AM | Show all posts
sejak kejayaan misz nina.. berebut2 org nak nanyi english songs n bikin album omputih.. ermm... berl ...
ANTUGIGI Post at 6-4-2011 10:45



xde makna deh!! shima ngan ning baizura dah kuar album inggeris dulu tau!!
mana miz nina masa tu??
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 10:52 AM | Show all posts
yg penting ai akan beli album yg ori..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 10:55 AM | Show all posts
xde makna deh!! shima ngan ning baizura dah kuar album inggeris dulu tau!!
mana miz nina masa ...
elorna Post at 6-4-2011 10:50



   org citer yg terbaru ler..hehhehhe
pas misznina tuh muncul.. n lagu wat u waiting for dpt smbutan giler... pastu tgk paper.. byk la retis nak follow..

xpe la. psaingan yg sehat la ye hendaknya..hehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 10:57 AM | Show all posts
just look it from positive side la... at least dia berani mencuba n willing to learn new thing in her life.. pd aku, as long as ko jujur n buat sesuatu dgn ikhlas, insyaallah ada la balasan dia... mmg la english dia x bgs.. seantero malaysia tau dia dr kg kat kola lipis tu ha, spm pn xbrapa nak bagus, so wat do u expect her in her englisg? mesti la tergagau2 gak.. tp xpe, yg pntg ada semangat nak belajar n nak mencuba.. lgpn its all about the song n her singing ability, bukan psl vocabulary sgt pn... org putih tu kdg2 english teruk sgt, tp kita layan gak lagu dia,.. bcoz of the music kan... music is universal.. so xde barrier on language.. kot pas ni ko nak buat lagu arab pn, asal word tu ko leh sebut n music bagus, org ttp layan... just my 2 cents opinion... i'm not ct fanatic.... tp just look it from positive way... i'm proud sbb anak bangsa i ada yg nk mcuba n mgkn kot2 dpt smbutan, sapa bangga? malaysia kan? org apa, melayu kan....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.068608 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list