CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13230|Reply: 113

Fasha selebriti wanita pilihan lelaki Malaysia :)

[Copy link]
Post time 7-5-2011 06:07 PM | Show all posts |Read mode
Wanita dambaan
Oleh Fairuz Zaidan
fairuzaidan@bharian.com.my
2011/05/07
Kaji selidik XY - Ikon Lelaki dedah ciri gadis pilihan, nilai hantaran logik dari persepsi lelaki

YANG mana satu idaman kalbu? Apakah wanita penggoda, mengghairahkan menjadi pilihan atau si lemah lembut tetap diutamakan? Apakah yang bertudung atau sebaliknya? Siapa pula selebriti paling digemari ramai jejaka Malaysia?
Bagaimana pula dengan aspek perawan dan berapakah belanja wang hantaran yang dirasakan paling sesuai pada zaman ini? Benarkah aspek hantaran itu menjadikan lelaki takut berkahwin?
Usah berkerut dahi memikirkannya kerana semua itu terjawab dalam sesi kaji selidik yang dijalankan oleh XY - Ikon Lelaki, minggu ini.

Kaji selidik secara rambang membabitkan seramai 50 responden lelaki dipilih secara rawak antara lain mengukur ciri tipikal wanita yang dicari lelaki Malaysia dengan mengambil kira pelbagai pertanyaan biasa berkisarkan wanita yang sering membelenggu pemikiran lelaki. Responden berusia 22 hingga 38 tahun ini sudah bekerja dengan hasil pendapatan antara RM1,000 sehingga RM4,500 sebulan.

Berdasarkan kaji selidik itu, dapatlah disimpulkan beberapa tabiat serta persepsi lelaki Malaysia berkaitan wanita idaman mereka, pada masa yang sama memperlihatkan tahap pemikiran mereka tatkala berbicara soal wanita yang menjadi idaman pada masa ini.

Jom kita analisis keputusan di sebalik kaji selidik ini.
Persepsi pertama lelaki mengenai wanita?
A) Lemah lembut
B) Cantik
C) Penggoda
D) Mengghairahkan
E) Lain-lain (nyatakan) ………………….
# Daripada soalan itu, majoriti atau 70 peratus beranggapan wanita pilihan mereka adalah lemah lembut dan cantik. Pun begitu, jawapan lain lelaki mengenai persepsi wanita pilihan mereka ialah wanita bijak dan unik.

Seramai 47 responden bersetuju yang wanita Malaysia cantik dan pandai bergaya, manakala tiga pula berpendapat sebaliknya.

Selebriti wanita pilihan lelaki Malaysia? (Lima pilihan jawapan tertinggi mengikut turutan)
1. Fasha Sandha
2. Siti Nurhaliza
3. Lisa Surihani
4. Maya Karin
5. Nora Danish


Ciri-ciri wanita kegemaran lelaki? (Tiga jawapan pilihan tertinggi)
1. Bertudung
2. Berkerjaya
3. Pandai masak
# Jawapan lain termasuk berambut panjang, bentuk badan menarik serta tinggi. Bagaimanapun, bagi soalan pilihan diberikan sama ada wanita bertudung atau tidak bertudung diutamakan, 22 responden memilih wanita bertudung, 27 responden memilih wanita tidak bertudung, manakala seorang calon tidak kisah sama ada bertudung atau tidak.

Apakah tarikan pertama lelaki mengenai wanita pilihan?
Antara jawapan ‘nakal’ yang diberikan lelaki antara lain ialah punggung, saiz payu dara, tubuh badan menggiurkan, bau badan serta bermata galak.

Benarkah lelaki terlalu memilih soal wanita pilihan?
A) Ya
B) Tidak
C) Tidak kisah
(Daripada kaji selidik itu, 26 responden memilih jawapan tidak kisah, 15 responden pula bersetuju yang mereka memilih soal wanita pilihan, manakala baki sembilan responden pula tidak kisah soal wanita pilihan.

Apakah faktor hantaran tinggi beri kesan besar kepada golongan lelaki di Malaysia?
Lebih separuh responden mengakui terkena tempias jumlah hantaran yang besar. Namun, majoriti responden beranggapan anggaran RM7,000 ke RM10,000 sebagai nilai paling logik bagi situasi semasa.

Jumlah hantaran dirasakan sesuai pada masa ini?
A) RM3000-RM5000
B) RM5000-RM7000
C) RM7000 – RM10,000
D) RM10,000 – RM15,000
E) RM15,000 KE ATAS

Apakah soal wang hantaran tinggi menyebabkan lelaki takut berkahwin?
Seramai 27 responden bersetuju faktor hantaran tinggi menyebabkan mereka gerun bergelar suami.

Taraf pendidikan wanita yang dicari lelaki Malaysia?
Majoriti berasakan memadailah kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) syarat menawan jiwa mereka berbanding kelulusan lebih tinggi.
A) SPM
B) Diploma
C) Ijazah
D) PHD

Adakah lelaki Malaysia menganggap memasak sebagai sesuatu yang perlu bagi golongan wanita?
A) Ya
B) Tidak
* (Hanya lapan daripada 50 responden yang memilih tidak kisah soal wanita tidak tahu memasak sebagai teman hidup, sedangkan 42 responden merasakan perlu bagi wanita untuk tahu memasak!)

Mana lebih penting, rupa atau pelajaran?
Majoriti beranggapan kedua-duanya sekali.

Bagaimana soal perawan dalam perhubungan jangka panjang?
Kebanyakan atau 28 responden pula peka soal dara dalam menjalinkan perhubungan.


Wow, setelah menjadi artis wanita paling seksi, kini Fasha menjadi selebriti wanita pilihan lelaki Malaysia pula...And  dalam top 5 tu, Siti je yg berstatus isteri tp masih menjadi pilihan lelaki Malaysia, Siti juga mampu mengalahkan Lisa yg masih solo....So, apa komen korang pasal ranking ini???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2011 06:13 PM | Show all posts
Reply 1# MekConkey


   SPM jeh dah memadai ..berbanding orng lebey berpelajaran??
kokak sngt jantan2 dlm responden neh..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 06:14 PM | Show all posts
pasal tudung tu agak luar jangkaan jugak jawapannya...
ingatkan ramai yang pentingkan tudung....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 06:14 PM | Show all posts
sibaek wa x der PHD
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2011 06:14 PM | Show all posts
Dorang takut la tu klu pompuan pandai dari dia orang...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 06:15 PM | Show all posts
Reply  MekConkey


   SPM jeh dah memadai ..berbanding orng lebey berpelajaran??
kokak sngt jantan2 dlm responden neh..
skymania Post at 7-5-2011 06:13 PM



    tupsl ...x kann llki xmo wife educated kannn ??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2011 06:25 PM | Show all posts
ingin perempuan dara tapi pilih fasha sandha?

ironinya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 06:28 PM | Show all posts
Kaji selidik secara rambang membabitkan seramai 50 responden lelaki dipilih secara rawak antara lain mengukur ciri tipikal wanita yang dicari lelaki Malaysia dengan mengambil kira pelbagai pertanyaan biasa berkisarkan wanita yang sering membelenggu pemikiran lelaki. Responden berusia 22 hingga 38 tahun ini sudah bekerja dengan hasil pendapatan antara RM1,000 sehingga RM4,500 sebulan.

MekConkey Post at 7-5-2011 18:07



Sedikit benar responden ... 50 orang je ....

Kalau amik male staffs kat office aku ni .. result pasti berbeza
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2011 06:30 PM | Show all posts
bukan begitu kekadang pompuan ade degree ni buat name jer degree tapi care berfikir mcm budak pmr jer .  cantik dan bijak lebih menawan   .bijak bukan bermakna kene ade degree
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 06:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by chazey at 7-5-2011 18:59

Reply 8# haiku

o yeah.

dari 28 staff lelaki kat tempat aku,


25 orang sudah berkahwin.


3 masih bujang tapi ada gilpren.


dari jumlah itu;


23 orang memilih wanita yang berkerjaya dan mempunyai taraf pendidikan yang sama dengan mereka.


cuma 2 ja yang memilih wanita tidak berkerjaya.


dan bujang bertiga tu plak; sorang pilih setaraf, dua orang lagik pilih tak setaraf.


kesimpulannya;


dari 28 staff lelaki, 24 orang memilih wanita berpendidikan dan berkerjaya.


cuma 4 ja memilih untuk jadik lain dari yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 06:39 PM | Show all posts
Reply 7# chazey


    same goes to nak pempuan tu spm je memadai tp suka perempuan yg berpendidikan...??
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 06:42 PM | Show all posts
tupsl ...x kann llki xmo wife educated kannn ??
LEES Post at 7-5-2011 18:15



   mesti takot..tinggi pelajaran..makin tinggi wang hantaran...ciss!! bedebah sungguh responden neh..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 06:42 PM | Show all posts
klau aku jd laki, aku xmau gf lemah lmbut sgt
nk yg cantik,unik,bijak

kalau laaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 06:58 PM | Show all posts
Reply 11# chenta_dewi

kan? statement contradictory sangat. :re:
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 06:59 PM | Show all posts
ok bah kalau kau.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 07:01 PM | Show all posts
erk...FS...pujaan lelaki ruper nyer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2011 07:13 PM | Show all posts
mesti takot..tinggi pelajaran..makin tinggi wang hantaran...ciss!! bedebah sungguh responde ...
skymania Post at 7-5-2011 06:42 PM


    wa tgk llki skrg suker kawen ngan pompuan educated ... wlu pun dia ala ala taraf mat rempit jah

senang goyang kaki katenyerr
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 07:30 PM | Show all posts
responden dari pusat serenti kah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 07:39 PM | Show all posts
Biar betik research yg dibuat nih..takkan lelaki mesia ramai pilih pompuan setakat SPM jerk...x caya aku!!!kalau model/stewardess/pelakon/penyanyi/anak vvip baru ler derang suka walaupn setakat SPM jerk....Lelaki mesia sekarang ni pn mata duitan gak...x de nyer nak ber susah payahkan diri..kawen dgn janda tua pn sanggup asalkan poket penuh & hidup senang!!!!serah "vatang" sajork...he he
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 07:52 PM | Show all posts
Taraf pendidikan wanita yang dicari lelaki Malaysia?
Majoriti berasakan memadailah kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) syarat menawan jiwa mereka berbanding kelulusan lebih tinggi.
A) SPM
B) Diploma
C) Ijazah
D) PHD



pilihan lelaki malaysia-perempuan setakat spm????nmpak sgt kelulusan lelaki2 tu setakat spm/diploma jer...kesiannye.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.074347 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list