CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 206775|Reply: 395

KISAH KEMATIAN ALLAHYARHAM SALOMA..1983..SIAPA YG BENAR?

     Close [Copy link]
Post time 9-5-2011 03:23 PM | Show all posts |Read mode
SELEPAS 28 tahun berlalu, kisah kematian Biduanita Negara, Puan Sri Saloma pada 25 April 1983 menjadi perbualan apabila wujud cerita berbeza mengenai insan yang berada di sisinya ketika menghembuskan nafas terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya.
Seniwati Datuk Rosnani Jamil mendakwa Saloma meninggal di pangkuannya dan menyifatkan detik itu satu penghargaan besar buat dirinya sekali gus menginsafkan dirinya kerana bintang yang diagung-agungkan dan dipuja-puja, tetapi pada akhir hayatnya hanya ditemani dirinya dan seorang ustaz.

Kenyataan Rosnani atau mesra dipanggil Mak Nani disiarkan Harian Metro dalam ruangan Interaksi pada 6 April hingga kakak Saloma, Mariani Ismail, 75, tersinggung seolah-olah tiada ahli keluarga di sisinya ketika detik kematiannya.

Hakikatnya kata Mariani, dia bersama keluarga terdekat, Umi Kalsom Mahban dan Ismail Osman (ibu bapa Saloma) serta bapa tiri, Mum Yusof bersama Dian P Ramlee dan suami, Mohd Amanti Ahmad serta Shasha dan suami, Azlan Ramli berada di sisinya.



Bagaimanapun katanya, Rosnani tidak ada ketika itu.


Kenyataan Mariani disiarkan pada 28 April hingga Mak Nani tampil menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku pada hari kematiannya.

Dalam artikel disiarkan pada 2 Mei lalu, Mak Nani mendakwa, anak saudara Saloma, Linda menghubunginya malam itu kira-kira jam 9 malam mengatakan Saloma nazak dan memintanya datang membawa ustaz.

Ketika sampai, dia disambut Linda, Dian, Shasha, Armali, Sazali dan Mum lalu Mak Nani meminta mereka keluar, meninggalkan hanya dia dan ustaz bersama Saloma.

Selepas ustaz membaca doa dan Mak Nani membaca Al-Fatihah, ustaz memaklumkan kepadanya yang Saloma sudah tiada.

Mak Nani keluar bertemu yang lain memaklumkan perkara itu dan menyuruh mereka masuk.

Ketika itu, anaknya, Anwardi Jamil sampai lalu disuruh memanggil doktor. Armali sebagai waris Saloma, bersama doktor menguruskan surat kematian manakala Anwardi mencari kereta jenazah sementara Dian, Shasha dan Linda disuruh pulang untuk mengemas rumah.

Apabila segalanya selesai, Mak Nani, Anwardi, Armali dan Mum membawa jenazah pulang ke rumah Saloma di SS 2, Petaling Jaya dan ketika memasuki lif, keadaan sunyi dan sayu apabila azan Subuh berkumandang. Situasi itu cukup menyedihkan dan menginsafkan diri Mak Nani hingga menangis hiba.

Kenyataan Rosnani menimbulkan rasa kurang senang keluarga Saloma hingga Dian dan Shasha tampil membuat kenyataan.  

Dian dan Shasha menegaskan Saloma di kelilingi ahli keluarganya yang sentiasa berada di hospital sejak lima hari terlantar di hospital.

Shasha atau nama sebenar, Siti Haslinda Abdul Hamid, 56, yang juga dikenali sebagai Linda, mempersoalkan mengapa ada pihak lain mendakwa berada di sisi Saloma yang dipanggilnya Mama ketika menghembuskan nafas terakhir.

Dengan kata lain, tiada ahli keluarganya sedangkan mereka semua mengelilingi katilnya ketika detik terakhir itu.

Katanya, sebelum Saloma dimasukkan ke Hospital Assunta, Mama mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur (GH) kemudian dibawa pulang. Di rumah, Saloma dijaga jururawat 24 jam mengikut shif manakala doktor datang dua kali sehari.

“Mama dimasukkan ke hospital atas nasihat doktor kerana perutnya besar dan keras. Kata doktor, peralatan di rumah tidak cukup tetapi Mama enggan ke hospital.

“Saya memujuknya dan mengatakan mahu membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Assunta dan Mama setuju.

“Hari Rabu Mama masuk hospital dan pada Jumaat malam, doktor mengatakan keadaannya kritikal lalu meminta semua ahli keluarga berkumpul.

“Ketika itu, semua orang kelam kabut tetapi keadaannya kembali baik begitu juga keesokan harinya, Sabtu dan Ahad.

“Pada Ahad malam, ketika tiba di hospital selepas membawa datuk (Ismail) yang tiba dari Singapura, saya lihat pernafasan Mama berbeza dari biasa lalu memanggil doktor.

“Ketika itu semua ahli keluarga ada di hospital dan Mama disahkan meninggal beberapa minit selepas jam 12 tengah malam.

“Orang pertama yang saya hubungi memaklumkan perkara itu ialah Datuk Muda Hitam yang juga kawan Mama. Saya juga menghubungi Mak Nani memaklumkan kematian Mama,” katanya.

Shasha yang kini menjadi Penasihat Imej RTM tidak menafikan kehadiran Mak Nani di hospital sepanjang Mama dirawat tetapi pada malam kematiannya mengatakan Mak Nani tiada di situ.

Apabila membaca kenyataan Mak Nani, Shasha mendakwa dirinya keliru dan tertanya-tanya apa tujuannya berkata demikian.

Katanya, dia dan suami yang membawa jenazah Mama pulang dan tiba di rumah kira-kira jam 3 pagi. Sepanjang Saloma di hospital, Shasha mendakwa dia dan Dian bergilir-gilir menjaganya. Memandangkan ketika itu Dian mengandung, dia jaga waktu siang ditemani nenek manakala giliran Shasha waktu malam.

“Walaupun saya hanya anak saudara tetapi memang rapat dengan Mama yang menjaga saya sejak kecil. Malah sayang Mama pada saya pernah membuatkan anak kandungnya, Armali cemburu.

“Saya bangga kerana berpeluang mendampingi Mama yang mempunyai bakat besar dalam seni. Saya juga bangga dapat menjaganya sehingga akhir hayat,” katanya.

Dian turut menafikan cerita Rosnani berada di sisi Saloma ketika menghembuskan nafas terakhir di hospital dan hairan mengapa selepas 28 tahun baru kini perkara itu ditimbulkan.

“Ketika itu umur saya 25 tahun dan sedang mengandung enam bulan. Saya bukan mahu gaduh tapi kenyataannya salah dan perlu diperbetulkan.

“Hakikatnya, ibu bapa Mama ada, begitu juga anak-anak dan keluarga yang lain seperti Zazaloma. Suami saya juga ambil cuti ketika itu.

“Sepanjang Mama dirawat, ramai datang melawat. Bagaimanapun apabila Mama dipindahkan ke wad lain, kami kurangkan bilangan orang melawat, hanya keluarga dan teman rapat seperti Mak Nani dan Latifah Omar.

“Doktor juga mengatakan Mama menunggu seseorang dan kami sempat membawa Nasir berjumpanya, begitu juga datuk (Ismail) yang tiba dari Singapura pada Ahad dan sempat bertemu dan berbisik kepadanya mengatakan dia sudah sampai.

“Orang terakhir bercakap dengan Mama ialah suami saya yang membisikkan ke telinga memintanya mengucap. Zazaloma juga berada di hujung katil memicit-micit kaki Mama tetapi dilarang suami saya. Selepas itu, suami memaklumkan Mama sudah tiada,” katanya.

Dian menafikan Mak Nani tiba di hospital bersama ustaz pada malam kematiannya dan meminta semua yang lain keluar untuk membiarkan dia dan ustaz saja bersama Saloma sebagaimana didakwa.

“Dian juga menafikan Mak Nani meminta dia dan Shasha pulang untuk mengemas rumah manakala jenazah Mama dibawa pulang oleh Mak Nani.

“Kalau saya dan Shasha disuruh pulang, siapa yang menjelaskan bil hospital? Kalau bayaran belum dijelaskan, bagaimana hendak membawa jenazah pulang?” katanya.

Saloma atau nama sebenar, Salmah Ismail yang dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura pada 22 Januari 1933,  menghembuskan nafas terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya, pada 25 April 1983 selepas lima hari koma kerana masalah hati disebabkan demam kuning.


SIAPA YG BENAR DLM HAL NI? THREAD NI DH ADA LUM YE?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-5-2011 03:28 PM | Show all posts
ANTARA ROSNANI JAMIL ?MARIANI? DIAN P.RAMLEE? LINDA ? SAPE YG CKP BENAR? AKU rasa mak nani dah nyanyuk dah tak ingat apa yg blaku 83 tuh...buat apa nak tegakkan kebenaran lagi kalau tak ingat atau saje buat2  xingat
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 03:32 PM | Show all posts
ape la dah lama perkara nie..tetibe skg nk bangkitkan??...punca jadi gaduh la nie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2011 03:36 PM | Show all posts
skg ni hari2 masuk metro..ada saje komen bls dr dorang tuh....patutnya saloma tu yg pergi biarkan je pergi dgn aman...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 03:37 PM | Show all posts
aish.... x pasal2 nanti ada kes saman menyaman pasal nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2011 03:40 PM | Show all posts
kes org2 tua nyanyuk...i mmg xbrapa suke mak nani tu..dh bertua masih xnak btudung..baju pn jrg2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2011 03:43 PM | Show all posts
da seabad da cite ni....
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 03:47 PM | Show all posts
gado psl bnde tak penting watpe..sedekah fatihah byk2 n wat kenduri arwah selalu lg bagus kat arwah saloma tu..sian dia, dia kat dalam tatau ape citer..org2 kat atas ni plak kecoh2 psl dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2011 03:49 PM | Show all posts
bila dah mati baru tau beratnya dosa tak tutup rambut seumur idup.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 03:52 PM | Show all posts
mmg xbrapa suke mak nani tu..dh bertua masih xnak btudung..baju pn jrg2
KUDABELANG Post at 9-5-2011 15:40


apa makna bertua?

dia penah pakai tudung sekejap. balik dr haji tak silap. pehtu tudung pun terbang, sampai skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 03:53 PM | Show all posts
kecoh la mak nani tu... kalau aku jadi family arwah pun tersinggung... kau apa hal tetiba nak bukak citer lama??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2011 03:55 PM | Show all posts
Reply 10# buahcinta

typing error beb..org tua x ssedar diri mmg aku suka kutuk
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 03:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by NAT_11 at 9-5-2011 16:10

Apasal nak gadoh-gadoh ? Tak penting SIAPA yang benar-benar
berada di sisi arwah ketika arwah Saloma menghenbuskan nafas terakhirnya.
Yang penting, arwah mati dalam iman, oleh itu bagi sayala, yang patut berada
di sisi arwah ialah ustazah yang tahu apa patut dibuat ketika arwah sendang
nazak. Kalau ustazah berada di sisinya, sudah pasti ustazah itulah yang
berbisik mengucap shdaat atau takat hanya ALLAH. ALLAH.Alllah....
supaya arwah dapat menyebutnya dalam mindanya sebelum dia menghenbuskan
nafasnya. Orang yang tak tahu, akan cakap "Menngucap mah....mengucap mah".
Dalam keadaan begitu, tahukah simati mengucap...? So saya harap yang berada
disisinya ialah ustazah seperti yang dikatakan oleh MAK NANI. Alfatihah buat
arwah Saloma semoga rohnya aman dan dicucuri rahmat. Amin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2011 03:58 PM | Show all posts
Reply 11# etlaboc


semPENA ulang tahun kematian PN.SERI SALOMA...METRO MENCARI kekwan lama untuk citer kisah saloma
sepanjang kenal...tetiba je mak nani citer yg mengaibkan n memalukan dirinya sndiri lak...mmg dia dah nyanyuk..dah ingat kisah lampau

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 04:01 PM | Show all posts
Reply 9# kajol77


Betul cakap you..Masa tue, nyesal tak berguna lagi
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 04:03 PM | Show all posts
mentang2 arwah tu biduanita negara, ada pulak org yg berbangga kununnya dia adalhah org terakhir disisi arwah. detail pulak tu bagitau menhembuskan nafas dlm pangkuannya....
btw, sapa salah sapa betul.....CSI la.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2011 04:04 PM | Show all posts
kalau cerita yang indah2 kan elok... nie cerita benda2 yg sensitif... of course family arwah terasa...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 04:09 PM | Show all posts
aku pun pelik...asal nk bicang pasal org dh takde...

yg idup nie patunya sedakah al-fatihah jela nie duk berdebat lak...ishh

derang nie dh tua2 duk umah senyap2 jela.....pas2 nie turn kita lak x tau bile...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 04:13 PM | Show all posts
benda dah lepas...tiba2 kecoh plak..hmm...sudah2lah tu...sedekah al-fatihah lagi bagus..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 04:15 PM | Show all posts
Reply  etlaboc


semPENA ulang tahun kematian PN.SERI SALOMA...METRO MENCARI kekwan lama untuk ci ...
KUDABELANG Post at 9-5-2011 15:58



    dia nak tunjuk dia baik....then dia pon bercerita laaa dgn harapan tadek sape2 pecah tembelang...last2 da melarat cenggini...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.105962 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list