CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 112813|Reply: 776

PERGI JAUH JAUH. (U)-TAMAT-

  [Copy link]
Post time 15-5-2011 09:27 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by fizziany at 20-12-2011 17:04

Assalamualaikum.

Testing....tak  tau menjadi ke tak resepi aku kali ni.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2011 09:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by fizziany at 15-5-2011 21:34

Novel :  Pergi Jauh Jauh.

“Tengku Faris Muhammad Tengku Mansor?” bahunya dicuit dari belakang.  Pantas Faris segera menoleh. Lama tidak mendengar nama penuhnya disebut sebegitu. Dua orang lelaki berkot hitam tak ubah macam lelaki di dalam cerita Men In Black sedang menghulur tangan mahu berjabat dengannya.

“Errr….iya…” dalam ragu2, salam disambut juga. Huluran tangan disambut kejap. Wajah kedua lelaki itu dipandang curiga. Keduanya tunduk hormat sebaik Faris mengiyakan soalan mereka.

“Tengku Khursiah mengirim kami untuk menjemput Tengku. Sila,” kata salah seorang dari mereka dengan penuh tunduk hormat. Faris menjungkit keningnya. Tak sampai sejam menunggu di lapangan terbang, orang suruhan Tengku Khursiah sudah sampai.

“Oo....bagus betul korang ni! Inilah yang dikatakan orang Malaysia Boleh! Cepat dan betul…jom..jom..” beg galasnya terus disandang ke bahu. Kedua lelaki berkot hitam tadi berpandangan lalu mengiringi Faris menuju ke tempat letak kereta.

Faris tersenyum2 memerhati lelaki dihadapannya. Dengan cuaca Malaysia yang panas pada tahap 32 darjah celcius ni, tak panas ke diorang ni berkot bertali leher bagai? Sedangkan dia, hanya memakai jeans lusuh dan t-shirt tanpa kolar berwarna kelabu cair. Di tambah pula dengan sandang belakang yang  sering digunakan sejak sekolah tinggi dulu, penampilannya langsung tidak mencerminkan bahawa dia seorang anak seorang jutawan Malaysia sekaligus merangkap salah seorang kerabat diraja.

Sebaik sampai di sebuah kereta Mercedes Benz berwarna merah darah dengan lambang kerajaan Negeri Sembilan di hadapan kereta, pintu kereta terus dibuka untuknya.

Tersenyum2 Faris menerima layanan sebegitu. Dia masuk saja tanpa berkata apa2. Penghawa dingin kereta terus menerjah tulang keringnya.  Kali terakhir dia menerima layanan sebegitu baik adalah sewaktu umurnya 7 tahun. Selepas berpindah ke London  bersama mama, terus semua layanan seperti itu hilang.

Faris  merehatkan badannya dengan bersandar malas di kerusi belakang. Kereta bergerak perlahan2 meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Mata Faris terus memberi pandang ke arah pemandangan sepanjang jalan. Ada rasa kagum yang terbit dari lubuk hatinya melihat pembangunan yang agak pesat di bumi Malaysia.

Nyatanya, Malaysia hari ini, kelihatan berbeza dari Malaysia yang ditinggalkannya 19 tahun yang lalu. Faris mengukir senyum sendirian. Kalau mama ada sekali, pasti banyak benda yang boleh dibualkan sekarang.

“Maafkan saya. Tengku nak minum?” soal salah seorang lelaki yang sedang berada di hadapan.Sebuah botol air mineral dihulurkan kepada Faris.  Pucuk dicita ulam mendatang! Faris mengukir senyum.

“Efficient betul you all ni ya! Kebetulan, saya pun memang tengah haus….” Puji Faris gembira lalu menyambut botol air itu. Penutup botol dibuka, lalu terus saja Faris meneguk air. Hmmm…nyamannya…Faris tak putus2 mengukir senyum dibibir.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2011 09:32 PM | Show all posts
check in  utk cite terbaru fizziiiiiiiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2011 09:38 PM | Show all posts
Faris menggosok2 kepalanya. Terasa berpinau matanya bila terasa ada sesuatu yang keras menghentak kepalanya. Pantas dia membuka mata. Perjalanan yang panjang tadi, membuatkan dia tertidur sejenak. Sebaik mata dibuka, suasana gelap. Lelaki berkot tadi sudah hilang. Tinggal dia seorang saja di dalam kereta.

“Keluar! Keluar!” seorang lelaki bertopeng muncul dari tepi tempat duduknya sambil mengacukan sebuah pistol tepat ke kepala Faris. Faris tergamam. Mana 2 orang suruhan Tengku Khursiah tadi?

“Kenapa saya kena keluar?” soal Faris marah. Kepalanya masih berdenyut.

“Ahhh!!! Aku cakap keluar, kau keluar ajelah! Jangan banyak cakap!” jerkah lelaki bertopeng itu. Dia memakai t-shirt berwarna hijau lumut dan berseluar jeans lusuh.

“Ala….” Faris terpaksa akur dengan arahan lelaki itu. Dia mengesot keluar dari kereta mewah lalu terus berdiri di hadapan lelaki berbaju hijau. Bila dia menoleh ke kanan, ada seorang lagi lelaki bertopeng memakai t-shirt berwarna hitam.

“Oo..ada geng…” kata Faris memandang keduanya. Pandangannya terarah pula ke belakang sudut kereta. Dilihatnya, 2 orang lelaki suruhan Tengku Khursiah yang berkot hitam tadi sudah tertiarap di bahu jalan dengan pakaian mereka yang berlumuran darah.

Faris terpana. Jantungnya berdegup pantas. Dia merenung kedua lelaki dihadapannya. Apa semua ini???

“Ahh..tak payah banyak cakap! Jalan!!” arah lelaki berbaju hijau lalu menolak Faris kasar menghampiri sebuah van yang agak buruk. Faris hanya patuh.

“Angkat tangan kau ke atas!!” jerkah lelaki berbaju hijau itu lagi.

“Alah…kalau tak angkat tak boleh ke? Lenguhlah..” rungut Faris. Patuh pada arahan mereka berdua saja sudah cukup baik…

“Eh….” Tiba2 lelaki berbaju hijau itu melepuk kepala Faris.

“Kau ni banyak cakap sangat ye….aku salotape mulut kau nanti!” tambah lelaki berbaju hijau itu. Faris mencebik. Tubuhnya ditolak kasar memasuki van.

“Eh! Eh!...sini tangan kau!!!” arah lelaki berbaju hitam pula.

“Nak buat apa..” tingkah Faris resah. Kedua2 lelaki bertopeng itu dipandangnya.

“Ikat kaulah…..” jerit lelaki berbaju hitam. Faris terus menggelupur, enggan tangan dan kakinya diikat. Serentak dengan itu, pistol terus diacu ke kepalanya. Terdiam Faris serta merta.

“Haa….menggelupur lah lagi! Seminit kau bergerak, aku tembak! Ni pistol betul ni….” kata lelaki berbaju hijau lumut memberi amaran. Faris terus kecut perut. Pistol di hujung hidungnya dipandang. Dalam masa yang sama, lelaki berbaju hitam terus pantas mengikat tangan dan kaki Faris.

“Ye ke pistol betul? Nampak macam tipu je….” Faris sekali lagi menduga. Rambutnya ditarik kasar.

“Adooii!!!!!!Jambul aku!!!!” Faris menjerit nyaring.

“Pistol tipu???? Kau tengok ni! Kau tengok ni!!!” serentak dengan itu, lelaki berbaju hijau terus melepaskan satu das tembakan tepat ke udara.

Pppoonnggg!!!!! Berasap muncung pistol itu dibuatnya. Faris ternganga. Dia memandang lelaki bertopeng hijau itu dengan mulut yang terbuka. Peluh jantannya merenik didahi hingga ke leher. Pistol betul????

Tubuh Faris yang sudah diikat ditolak kedalam van. Lelaki berbaju hijau dan kawannya yang berbaju hitam  sama2 memandang Faris.

“Hahahahahah!!!!!!! Apa pun tak boleh!!! Apa pun tak boleh!!!!Hahahha….” mereka berdua ketawa terbahak2 sambil membuka pintu tempat duduk hadapan. Faris ternganga melihat keduanya. Pergelangan tangan dan kakinya terasa begitu sakit. Kuat betul tali ni…

Van sudah dihidupkan lalu perlahan2 van itu bergerak meninggalkan kereta mewah merah menyala di tepi jalan. Faris sempat menoleh ke belakang. Beg aku!!!  Semua harta pentingnya seperti kad pengenalan, telefon bimbit, kad kredit dan beberapa kad lain berada di dalam beg tersebut.

“Bang!! Beg saya bang!!!!” jerit Faris memohon simpati.

Srrett!!! Van yang baru hendak bergerak laju, terpaksa dihentikan tiba2. Lelaki berbaju hitam yang memandu van segera menoleh.

“Aku rasa kena salotape la mulut dia ni! Bila dia bercakap, hati aku tak tenteram!!  Nak bawak van pun tak senang!!! Kau tolong aku Dol, salotape mulut dia!!” jerit lelaki berbaju hitam berang.

“Woii Abu…kau janganlah sebut nama aku! Nanti dia tahu!!!” jerkah lelaki berbaju hijau pula. Faris terkesima memandang keduanya. Gila!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2011 09:47 PM | Show all posts
wah.. buah tgn baru dr fizzy...

go fizzy go..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2011 09:48 PM | Show all posts
sambung2,,,,,cam best
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2011 09:53 PM | Show all posts
nextttttt
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2011 10:14 PM | Show all posts
Novel :  Pergi Jauh Jauh.

“Tengku Faris Muhammad Tengku Mansor?” bahunya dicuit dari belakang.  ...
fizziany Post at 15-5-2011 21:28
Yi Haaaahhhhhhh, Cerita baru!!!! T/kasih Fizzi, bertambah meriah rumah ini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2011 10:24 PM | Show all posts
yaeh citer baru... teruskan fizzi
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2011 10:58 PM | Show all posts
Yesss cerita baru memeriahkan lagi rumah kita
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2011 11:08 PM | Show all posts
menarik..teruskan...hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2011 11:14 PM | Show all posts
fizzi ada cite baru..yeay..yeay..yeayyyyy...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2011 11:34 PM | Show all posts
Puan Emily mematikan talian telefon bimbitnya. Telefon itu dipandang lama. Mengapa Faris tidak menghubunginya? BUkankah Faris sudah berjanji, akan menghubunginya sebaik menjejak kaki ke Malaysia?

Puan Emily mengetap bibirnya. Dia melangkah menuju ke meja sisi yang terletak dihujung sudut. Sebuah buku panduan telefon dibuka. Beberapa senarai nama ditelitinya satu persatu. Hmmm… ini dia….Pantas jarinya mendail nombor yang dipilih.

“Hello…Assalamualaikum,” sapanya sebaik panggilannya bersambut. Senyuman terukir dibibir nipisnya.

“Waalaikumsalam…” jawab suara dihujung talian.

“Tengku Nong? Masih ingat pada Emily?” sapanya lagi sambil tersenyum. Puan Emily duduk di kerusi yang bersebelahan meja sisi itu. Rimbunan bunga Kristal berwarna warni dipandang.

“Tengku Puan Besar???” suara Tengku Nong dihujung talian seakan berteriak. Puan Emily tersenyum simpul.

“Masih ingat rupanya Tengku Nong pada saya….ingatkan dah lupa…” ujar Puan Emily senang.

“Tim tak pernah lupa pada kak Emi. Apa khabar kak Emi sekarang? Tak pulang ke Malaysia untuk acara pembukaan dan pembacaan wasiat arwah Tengku Besar?” soal suara dihujung talian mesra. Puan Emily senyum lega.

Sejak dia berpindah ke  London, Tengku Fatimah sahajalah yang sering mengutus berita kepadanya. Tengku Fatimah merupakan adik kepada arwah suaminya. Jika di istana, Tengku Fatimah lebih dikenali dengan panggilan Tengku Nong untuk majlis2 rasmi diraja.

“Khabar baik. Alhamdulillah. Kak Emi tak balik untuk acara tu. Lagipun, kalau ikut wasiat, tak ada kak Emi pun tak apa, asalkan ada Faris…” kata Puan Emily seseolah berkecil hati.

“Hmm…jangan berkata begitu Kak. Walaupun kakak jauh, tapi, dari segi hukumnya, kakak masih isteri arwah abang Mansor. Arwah tak pernah lupakan kakak pun…” pujuk Tengku Fatimah. Puan Emily tersenyum. Dia sedar, Tengku Fatimah berusaha mengambil hatinya.

“Hhmm..tak apalah. Cuma, kak Emi call ni, nak minta tolong Tim satu perkara…” ujar Puan Emily.

“Apa dia?” soal Tengku Fatimah.

“Faris….dia dah bertolak ke Malaysia jam 3 petang waktu London. Rasanya, sepatutnya dia dah sampai. Tapi, bila kak Emi call dia…dia tak angkat call. Cuba Tim tanya Tengku Khursiah, sebab sebelum Faris ke sana, kak Emi dah informed Tengku Khursiah tentang ketibaan Faris…” pinta Puan Emily.

“ Small matter. Don’t worry. Kalau dah bagitahu Tengku Khursiah, rasanya orang2 dia dah pergi ambil Faris kat airport. Mungkin Faris jalan2 kat mana2 kot…Apapun,  Tim akan inform kak Emi sebarang berita tentang Faris nanti,” janji Tengku Fatimah.

“Thanks so much Tim. I owe you one. Tak sabar rasanya nak jumpa semula, having chit chat with all  the girls. Tengku Alyah mesti sudah besar panjang bukan sekarang….” Kata Puan Emily tersenyum.  Tengku Fatimah ketawa lalu angguk. Hampir setengah jam berbual di telefon, akhirnya Puan Emily meletakkan telefon.

Bunga kristal dipandang lagi. Hatinya masih gundah, meski sebentar tadi dia baru sahaja bergurau senda dengan adik iparnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2011 11:35 PM | Show all posts
Aisyah terkocoh2 membuka pintu rumah kayu usang yang terletak dipinggir hutan simpan Kuala Pilah.  Rumah kayu itu adalah satu lokasi yang dicari oleh Dol untuk menyimpan mangsa mereka kali ini.  Mencari rumah itu juga bukan senang, dah 2 kali mereka sendiri tersesat mencari jalan keluar.

Tapi, menurut Abu, hal itu amat baik. Kata Abu, jika mereka sendiri boleh sesat, jika mangsa mereka terlepas, tentu dia lebih sesat berbanding mereka bertiga.

Sekali pandang rumah itu, tak ubah macam rumah hantu. Abu dan Dol yang sedang mengusung sekujur tubuh yang berikat dipandang. Mulutnya ternganga memandang Abu dan Dol yang mencampakkan  tubuh lelaki yang berikat sana sini ke tepi dinding.

Tubuh itu tidak bergerak. Aisyah menghampiri abangnya dan Dol yang masih memakai topeng.

“Dah mati ke ni bang?” soal Aisyah separuh berbisik.

“Syyhhh…pakai topeng kau sekarang!” arah Abu, yang merupakan abangnya. SEjak kematian orang tuanya, Abulah pelindung dan penjaganya. Kelam kabut Aisyah mengenakan topeng yang sudah siap sedia  tersangkut dilehernya.

“Haa..kau tengok budak ni. Jangan biar dia terlepas. Kalau kau rasa dia macam nak terlepas, kau ikat lagi dengan tali lembu ni….” arah Dol. Aisyah angguk pantas. Sejak seminggu yang lalu, mereka sudah merancang dengan teliti penculikan ini.

Kata Abu dan Dol, jika misi kali ini berjaya, mereka tak payah bekerja seumur hidup! Ganjaran yang mereka bakal terima sudah cukup untuk mereka goyang kaki di rumah sampai ke tua….itu kalau sempat tualah….Jadi, Aisyah setuju saja. Apa kata abangnya, dia ikut!

Ini pun, bukan kali pertama mereka menculik! Sebelum ini, sudah 3 kali mereka menculik kanak2 berumur 3 hingga 6 tahun. Anak2 orang kaya belaka…minta tebusan setakat RM10 ribu tu….senang2 boleh dapat….

Dol dan Abu juga, memang licik. Rancangan mereka selalu tip top! Tak pernah gagal!

“Berapa umur budak ni bang? Besarnya…” bisik Aisyah.

“Ini bukan budak! Ini dah boleh jadi bapak budak dah ni…” marah Abu. Mereka bertiga masih merenung lelaki berikat yang masih pengsan.

“La…selalu culik budak! Kenapa culik bapak budak? Siapa nak bagi duit kat kita nanti?” soal Aisyah gelisah.

“Isy..kau ni Ecah, banyak mulut macam budak ni jugaklah! Kau tau tak ini siapa?” soal Dol keras. Dia dan Abu saling berpandangan.

“Siapa?” soal Aisyah berminat. Orang kaya mana lah pulak abang aku angkut ni?

“Aku pun tak tahu….” Dol menjawab lalu ketawa. Dia berlalu keluar. Abu turut ikut. Aisyah tercengang melihat keduanya. Biol!!! Dua-dua biol!!! Rengus Aisyah di dalam hati.

Pintu rumah ditutup. Aisyah tahu kemana Abu dan Dol akan pergi selepas ini. Kalau ikut rancangan, dia harus menjaga tebusan itu hingga Abu dan Dol pulang. Berapa lama, dia tidak tahu…Kemana Abu dan Dol pergi, pun Aisyah tak tahu. Kata mereka, mereka harus ke tempat bos. Siapa bos….jangan tanya.  Sebab Abu dan Dol pun tak tahu siapa bos!

Misi kali ini, Abu dan Dol gelarkan sebagai “Maskman’. Aishah garu pipi bila Abu mencadangkan nama untuk misi itu sebagai ‘Maskman’. Bukan dia tak tahu, ini semua gara2 Abu yang terlalu taksub dengan kartun Jepun ‘Maskman’ semasa kecil2 dahulu.

Sepanjang misi itu, mereka bertiga harus sentiasa memakai topeng. Tak kira masa dan waktu. Pantang larang dalam misi ini ialah, membuka topeng. Aishah ikut saja. Hentam sajalah labu! Janji dia dapat bahagian yang dijanjikan oleh Abu sebelum ini. Bolehlah aku menambah pelaburan masa depan! Aishah senyum lebar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2011 11:36 PM | Show all posts
Aishah yang mengenakan topeng merenung wajah lelaki dihadapannya. Hidup lagi ke tidak ni? Mati karang, aku jugak yang rugi. Aishah pantas berlari2 mendapatkan sebaldi air. Pantas baldi yang penuh berisi air itu, dibawa ke depan lelaki itu.

Brrusshhhh!!!.. Terus sahaja Aisyah menyimbah lelaki itu dengan air. Menggelupur lelaki itu kesejukan lantas dia terjaga.

“Hehhhh!!!” menjerit lelaki itu terbangun dari pengsannya. Aishah duduk bertinggung memandang lelaki yang terkial2 cuba bangun. Melihat kepayahannya untuk bangun dengan tangan dan kaki terikat, pantas Aishah membantu. Di dudukkan lelaki itu didepannya.

“Kat mana aku ni??!” jerit Faris segera sebaik terpandangkan sekelilingnya. Matanya meliar merenung segenap isi ruang rumah kosong yang tak ubah seperti rumah hantu itu. Pandangannya tertancap pula pada manusia bertopeng didepannya.

“Korang ni siapa hah?!! Apa korang nak dari aku?” menjerit  Faris bagai orang gila. Takutnya dia bukan kepalang. Geng ini boleh tahan ganas juga. Di dalam van tadi, dia dihentak dengan lelaki berbaju hijau lumut sehingga pengsan.

“Syyhhhh….” Manusia bertopeng didepannya mengisyaratkan jari telunjuknya ke bibirnya yang bertutup dengan topeng. Yang hanya kelihatan, hanya mata manusia itu.

Faris tergamam. Serta merta dia diam. Pergelangan kakinya terasa begitu pedih kerana ikatan yang terlalu kuat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2011 11:36 PM | Show all posts
“Tak payah bising2. Tak de orang boleh tolong kau kat tengah2 hutan macam ni….” Aishah bersuara, memberi amaran. Faris terpana lantas merenung manusia bertopeng didepannya. Suara…….

“Kau….?” Faris tidak jadi bertanya. Takkan perempuan nak menculik orang? Ini mesti pondan mana yang suara macam perempuan.

“Eh..nyah, lepaskan akulah. Kalau kau nak duit, tak payahlah ikat2 aku macam ni. Cakap je berapa kau nak, aku bagi terus…”marah Faris sambil memandang  Aisyah yang disangkanya khunsa.

Panggg!!!! Sebuah penampar hinggap dipipi Faris. Faris yang terkejut lantas memandang manusia bertopeng didepannya. Pijar kulit pipinya begitu terasa. Mata itu merenungnya tajam. Faris merenung mata itu. Dari mata yang terpamer, bentuknya begitu sempurna. Alis mata yang panjang dengan bulu mata yang lebat dan panjang, tak ubah macam mata seorang perempuan.

“Nyah kau panggil aku? Bengkok betul….” Si nyah itu bangun lalu berlalu ke ruang sebelah yang dipisahkan oleh dinding kayu yang hampir roboh.

“Nyah!! Nyah!!! Lepaskan aku!!! Aku bagi kau duit nyah!!!” laung Faris lebih kuat. Dia meronta2 cuba melepaskan diri dari ikatan. Namun, gagal. Nyahhhhhh…..Faris tunduk kecewa dalam kebasahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2011 11:43 PM | Show all posts
cobe2 buat kisah jenayah pulak....
kalau tak jadi, mintak mahapla ye...

cerita ini sekadar rekaan semata2 dan untuk suka2...
takde kaitan dgn sesapa pun....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 12:02 AM | Show all posts
wah....fizzi buat citer baru....!!!!
tq fizzi...menghilangkan sunyi kami semua!

best2........go fizzi go...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 12:48 AM | Show all posts
cobe2 buat kisah jenayah pulak....
kalau tak jadi, mintak mahapla ye...

cerita ini sekadar rekaa ...
fizziany Post at 15-5-2011 23:43
aku mmg suka cerita2 jenayah ni ....agagagagagah
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 08:38 AM | Show all posts
Hahaha...x pasal2 dpt  title Nyah...teruskan fizi...best nih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.566544 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list